Tun Abdul Rahman Ya'kub seorang Pemimpin berjiwa rakyat Sarawak

Tun Abdul Rahman bin Ya'kub (3 Januari 1928 - 9 Januari 2015) merupakan Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat. Dia digantikan sebagai Ketua Menteri oleh anak saudaranya Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Beliau berketurunan Melanau.

Seorang yang sentiasa perihatin akan masalah rakyat serta  suka membantu dengan memberi sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau juga banyak membantu penduduk miskin yang tidak memiliki rumah sendiri dengan memberi kemudahan tempat tinggal seperti yang terdapat di Piasau Jaya, Lembah Hijau dan lain-lain kawasan di Miri semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Sekarang ini sukar untuk rakyat dapat memiliki rumah sendiri akibat harga rumah yang terlalu mahal dan sukar untuk dimiliki oleh rakyat miskin.

Kematian beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi rakyat Sarawak.  PAS Sarawak dan rakyat Sarawak terasa kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan kita juga berharap agar ada lagi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti beliau yang sentiasa perihatin akan masalah rakyat.

PAS Sarawak ingin merakamkan ucapan takziah atas kematiannya, Semoga Allah meletakkan rohnya bersama dengan roh orang-orang soleh.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Tun Abdul Rahman Ya'kub a Sarawak leader people-oriented

Tun Abdul Rahman bin Ya'kub (January 3, 1928 - January 9, 2015) is the third Sarawak Chief Minister and the fourth Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Governor of Sarawak). He was replaced as Chief Minister by his nephew Datuk Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. He was a descendant of Melanau.

Someone who is always concerned about people's problems and he would like to help by donating to the less fortunate.

He was a leader of the people at heart. He also helped many poor people who do not own their own homes by giving accommodation facilities such as those at Piasau Jaya, Lembah Hijau and other areas in Miri when he was the Chief Minister of Sarawak.

Now it is difficult for people to own their own home due to house price is too expensive and difficult to be owned by the poor.

His death is a great loss to the people of Sarawak. PAS Sarawak and Sarawak people feels loss the people-oriented leader and we also hope that there is a people-oriented leader like him that always concerned about the problems of the people.

Sarawak PAS would like to express condolences on his death, May Allah put his soul with the spirit of the righteous people.