Kaum Jati Miriek
merupakan penduduk asal Bumiputera di bandaraya Miri yang terletak berhampiran
dengan sempadan Brunei di bahagian utara Sarawak. Kebanyakan penduduk di Miri
berketurunan Malayu asal dari suku kaum Jati Miriek sebelum kedatangan
pendatang dari luar menetap di bandaraya Miri.
Walaupun terdapat
lain-lain kaum Bumiputera juga tinggal di Miri tetapi sejak telaga minyak
pertama ditemui di bukit Kanada Miri, ramai penduduk dari luar bahagian Miri
datang berhijrah untuk bekerja dengan syarikat minyak Shell yang mula-mula
sekali beroperasi di kawasan utara Sarawak.
Kebanyakan penduduk
di Miri dulu bekerja sebagai petani, nelayan dan juga bekerja dengan syarikat
minyak Shell. Kebanyakan tanah penduduk di Miri asalnya ditanam padi dan mereka
juga bebas meneroka tanah untuk bercucuk tanam seperti, pisang, keladi dan
lain-lain. Tanah ini di panggil ‘Tanah Termuda’ sebab asalnya ditanam tetapi
telah ditinggalkan mengikut kitaran
penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan tanah dan pemuliharaan
hutan.
Tanah merupakan
satu-satunya pusaka warisan peninggalan kepada generasi sekarang. Ianya amat
berharga dan bernilai tinggi, tanpa tanah sukar untuk menyara kehidupan
seharian lebih-lebih lagi zaman sekarang, banyak tanah warisan pusaka telah
bertukar hak milik kepada pihak kapitalis. Sebelum kedatangan British, orang
Melayu sudah lama menetap di Miri dan mereka bercucuk tanam serta ada juga jadi
nelayan untuk menyara kehidupan seharian mereka.
Pembangunan yang
semakin pesat di bandaraya Miri menyebabkan banyak tanah warisan sekarang sudah
bertukar hak milik kepada syarikat pemaju. Dimana lagi tanah warisan Melayu di
Miri yang masih ada?
Baru-baru ini
penduduk asal kampung Pujut Tanjung Batu dan penduduk Pujut Padang Kerbau
mengadu kepada pihak kami yang tanah petanian pusaka warisan mereka juga akan
diambil alih oleh pihak pemaju.
Pihak pemaju telah
mengeluarkan notis peringatan kepada penduduk kampung yang bercucuk tanam
disitu supaya meninggalkan kawasan tersebut serta merobohkan pondok yang
didirikan disitu dalam tempoh 2 minggu. Pihak pemaju menuduh penduduk kampung
sebagai menceroboh tanah pemaju dan diminta meninggalkan tanah tersebut dengan
segera.
Menurut penduduk
kampung yang ditemui mengatakan mereka sudah berpuluh-puluh tahun meneroka serta
mengusahakan tanah tersebut sebelum kedatangan pihak pemaju. Mengapa sekarang
pihak pemaju menuntut tanah mereka sedangkan sebelum ini penduduk kampung sudah banyak kali memohon tanah untuk
pertanian tapi tiada jawapan dari pihak berkuasa.
Penduduk kampung
sudah lama menuntut dan memohon tanah tersebut sehingga kini tidak diiktiraf
oleh pihak berkuasa sedangkan pemaju yang bukan asal orang tempatan pula diberi
hak untuk memiliki tanah pusaka warisan mereka.
Seramai lebih dari
300 orang yang mempunyai hak di tanah tersebut akan dihalau keluar dari tanah
sendiri seolah-olah mereka dianggap sebagai pendatang asing oleh pihak pemaju.
Sekiranya mereka dihalau keluar dari tanah mereka sendiri, dimana mereka akan
meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan berkebun.
Kebanyakan penduduk
kampung disitu adalah petani dan mereka hanya mengharapkan hasil dari petanian
untuk menyara kehidupan harian mereka. Itulah satu-satunya tanah yang masih ada
dan merupakan sumber rezeki pendapatan untuk menyara keluarga mereka dengan
menjual ubi kayu, keladi, pisang, buah sawit dan lain-lain hasil dari
pertanian.
Kawasan tanah yang
beratus hektar itu kalau diambil alih oleh pihak pemaju akan menyebabkan mereka
akan kehilangan tanah warisan mereka. Datuk nenek moyang mereka sudah lama
meneroka tanah tersebut sebelum adanya pemaju datang ke Miri.
Pihak Suruhanjaya
Koperasi Malaysia juga telah memberi perakuan pendaftaran kepada Koperasi
Warisan Pekebun Kampung Pujut Padang Kerbau Miri. Ini secara tidak langsung
memberi hak kepada pekebun untuk memiliki tanah tersebut secara sah bukan
menceroboh seperti dakwaan pemaju.
Mengapa pihak
pemaju pula boleh mendakwa yang tanah tersebut hak milik mereka sedangkan
penduduk kampung sudah lama meneroka tanah tersebut sebelum ada pemaju datang
kesitu? Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan siapa yang bertanggungjawab
memberi hak milik tanah yang berstatus NCR itu kepada pemaju?
Di bawah Seksyen 2
(a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL) didefinisikan sebagai
“tanah di mana hak adat Bumiputra (NCR) telah didapati secara komunal ataupun
selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb Januari 1958 dan masih lagi sah
diperlakukan”. Mengikut undang-undang Kanun Tanah Sarawak 1957, tanah adat
Bumiputra ['native customary land' (NCL)] memang diakui.
Tanah ‘Temuda’ pula
terdiri daripada tanah yang telah ditanam dengan tanaman dan juga tanah yang
dahulunya ditanam tetapi telah ditinggalkan mengikut kitaran penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan
tanah dan pemuliharaan hutan.
Rang Undang-Undang
Pindaan Kanun Tanah Sarawak yang telah dibentangkan semasa Persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lalu dimana Ketua Menteri Tan Sri
Datuk Amar Adenan Satem memberi jaminan, pindaan itu tidak akan menyebabkan
Bumiputera hilang hak pemilikan tanah NCR kerana ia tidak membenarkan urusan
jual beli kepada Cina atau kaum bukan Bumiputera lain.
Walaupun tujuan
mengubah undang-undang ini untuk memudahkan jual beli tanah NCR kepada syarikat
kononnya Bumiputera boleh dilaksanakan bagi tujuan membangunkan tanah tersebut
tetapi syarikat berkenaan tidak membangunkan tanah NCR sebaliknya melantik atau
mencari syarikat yang dimiliki oleh bukan Bumiputera bagi melaksanakan aktiviti
di atas tanah tersebut.
Kebanyakan golongan
Bumiputera yang miskin terpaksa menjual tanah, harta benda atau barangan milik
mereka sendiri pada masa kecemasan atau kesuntukan wang untuk mendapatkan tunai
segera. Ada diantara mereka juga terpaksa menggadaikan tanah untuk mendapatkan
duit yang sedikit misalnya bagi membiayai persekolahan anak mereka atau
melanjutkan pengajian dan sebagainya.
Walaubagaimana pun
bukan semua penduduk kampung menjual tanah mereka semata-mata untuk mendapat
tunai segera, ada juga yang masih berusaha sendiri membangunkan tanah mereka
seperti penduduk di
kampung Pujut. Mereka merayu agar pihak pemaju jangan rampas tanah warisan
pusaka mereka di Miri kerana inilah satu-satunya tanah yang masih ada dalam
kawasan pinggir bandaraya Miri untuk penduduk asal Miri.
Kita mengesa pihak
berkuasa terutama Ketua Menteri sekarang dapat membantu menyelesaikan masalah
tanah warisan Melayu di Sarawak agar ianya selamat dari kepupusan akibat dari
pembangunan yang semakin pesat dan hanya menguntungkan pihak pemaju yang bukan
asal dari Sarawak.
Kita juga mengesa
pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana tanah
NCR, Tanah Termuda orang Bumiputera boleh bertukar hak milik kepada pemaju
tanpa pengetahuan penduduk asal yang sudah berpuluh-puluh tahun meneroka dan menetap di bumi Sarawak.
Penduduk kampung
akan berusaha untuk menghalang pemaju dari menceroboh tanah warisan mereka dan
mereka tidak sanggup kehilangan tanah mereka. Mereka tidak mahu pampasan sebab
segala tanaman mereka yang telah mereka usahakan selama ini telah mendatangkan
hasil dan mereka mahu pihak kerajaan memberi hak milik tanah sepenuhnya kepada
mereka.
Kita harap pihak
berkuasa segera mengatasi masalah ini dengan adil dan tidak hanya memihak
kepada syarikat yang kaya raya untuk mengambil hak orang kampung yang hidup
bergantung hidup hasil dari pertanian. Tanpa tanah dimana mereka akan
mendapatkan hasil pendapatan?
Adakah pihak
kerajaan mampu menyara kehidupan harian mereka setelah mereka kehilangan hak
mereka? Adakah pihak kerajaan ingin melihat rakyat sendiri tiada punca
pendapatan dan terus hidup dalam kemiskinan dan menumpang di tanah sendiri?
Kita perlu selamatkan tanah warisan Melayu Bumiputera dari jatuh ke tangan
orang luar.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Do
not seize the heritage land of Malay Jati Miriek
Jati Miriek is an
original indigenous population in Miri city located near the border with Brunei
in the northern part of Sarawak. Most of the residents in Miri are Malay
descent origin from the tribes of Jati Miriek before the arrival of immigrants
from outside settled in Miri city.
Although there are
other indigenous people also live in Miri but since the first oil well was
discovered in Canada Hill, Miri, many residents come from outside of Miri
division immigrated to working with Shell Oil Company which began to operate in
the northern region of Sarawak.
Most of the
residents in Miri used to work as farmers, fishermen and also worked with Shell
Oil Company. Most of the land of Miri residents originally planted paddy and
they are also free to explore the land for farming, such as bananas, yams and
more. This land is called 'Termuda Land' because originally planted but have
been abandoned by shifting cultivation cycle for the enrichment of the soil and
forest conservation.
Land is the only
heirloom heritage to the present generation. It is very precious and valuable,
without land hard to earn daily life especially today, many inherit land
ownership has been transferred to the capitalists. Before the advent of the
British, the Malays have long settled in Miri and they are farming and they are
also a fisherman to earn their daily lives.
The rapid
developments in Miri city led many inherited land were changing ownership to
the developer. Where is the land of Malay heritage in Miri that still exist?
Recently, the
original inhabitants of the village of Pujut Tanjung Batu and residents of
Pujut Padang Kerbau complained to us that their heritage of agriculture land
will be taken over by developers.
The developer has
issued a reminder notice to the villagers that farming there to leave the area
and demolish the huts set up there within 2 weeks.
According to the
villager who was met say they've been for decades exploring and cultivating the
land before the arrival of the developer. Why now the developers claim their
land while before this the villagers had many times applied for the
agricultural land, but there was no answer from the authorities.
The villagers have
long been demanding and applying the land until now have not been recognized by
the authorities while the developers are not native local people were given the
right to own their ancestral land inheritance.
A total of more
than 300 people who have rights in the land will be driven out of their own
land as if they were regarded as illegal immigrants by the developer. If they
are driven out of their own land, where they will survive seek sustenance to
gardening.
Most of the
villagers there are farmers and their only hope for the result of agriculture
to earn their daily lives. That is the only remaining land and a source of
sustenance to support their family income by selling tapioca, yams, bananas,
oil palm fruit and other produce from the farm.
It is hundreds of
hectares of land that if taken over by the developer will cause them lose their
ancestral lands. Their forefathers had long been exploring the land before the
developers came to Miri.
The Malaysian
Cooperative Commission has also given a certificate of registration to the
Heritage Gardeners Cooperative to Padang Kerbau village. This indirectly
entitles the holders to legally own the land not trespassing, as developers
claim.
Why the developers
can also claim the ownership of their land whereas the villagers had long been
exploring the land before the developers come over there? How this could happen
and who is responsible for granting the status of NCR land to developers?
Under Section 2 (a)
of the Land Code of Sarawak, native Bumiputra (NCL) is defined as "a land
where customary rights (NCR) lands has been obtained by communal or otherwise
in accordance with the law prior to 1 January 1958 and are still legal
tender." Defer to the laws of Sarawak Land Code 1957, 'native customary
land’ (NCL)] is recognized.
'Termuda' lands
consists of land that has been planted with crops and land formerly cultivated
but abandoned by shifting cultivation cycle for the enrichment of the soil and
forest conservation.
Bill Amendment of
the Sarawak Land Code, which was presented during the State Legislative
Assembly (DUN) in November last year where Chief Minister Tan Sri Datuk Amar
Adenan Satem assured, the amendments will not lead to loss of Bumiputera
ownership of NCR land because it does not allow the sale and purchase to
Chinese or other non-Bumiputera.
While the aim of
changing the legislation to facilitate the purchase of NCR land to the
so-called Bumiputera companies can be held for the purpose of developing the
land but the company does not develop NCR land instead appoint or find a
company that is owned by non-Bumiputera to undertake activities on the land.
Most of the poor
Bumiputera forced to sell land, property or goods of their own at the time of
emergency or short of money to get fast cash. Some even had to mortgage the
land to earn a little money, for example to finance their children's school or
to continue their studies and so on.
However, not all
the villagers sell their land just to get fast cash, there are also still
trying to develop their own land as Pujut villagers. They appealed to the
developers do not seize the land of their inheritance in Miri because this is
the only land remaining in the outskirts of Miri city for the original
inhabitants of Miri.
We urge the
authorities, especially Chief Minister now can help solve the problem of Malay
heritage land in Sarawak so that it is safe from extinction as a result of the
rapid development and benefit only the developers who not origin from Sarawak.
We also urge the
Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate how the NCR land,
‘Termuda’ land of Bumiputera can interchange the property to a developer
without the knowledge of the original inhabitants that have been for decades
exploring and settling in Sarawak.
The villagers will
try to prevent developers from encroaching the land of their inheritance and
they are not willing to lose their land. They do not want compensation because
all their crops they have earned has been fruitful, and they want the
government to give full land ownership to them.
We hope that the
authorities immediately address these issues fairly and not favor only to a
wealthy company to take the rights of the villagers that life dependent on
revenue from agriculture. Without land where they would get earnings results?
Will the government
be able to sustain their daily lives after they lost their rights? Does the
government want see our own people no source of income and continue to live in
poverty and surrogate in their own land?
We need to save the inherited land of Malay Bumiputera from falling into
the hands of outsiders.
Read more...