Ambik
tindakan tegas keatas mereka yang menggunakan kekerasan
Ahli Parlimen Miri
Dr Michael Teo telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat
klinik beliau pada pagi jumaat yang lalu. Kejadian serangan terhadap Ahli
Parlimen Miri Dr Michael Teo sehingga menyebabkan kecederaan memang perbuatan
mereka yang tidak ada perasaan keperimanusiaan.
Dr Teo juga
mengalami tiga tulang patah di relang yang memerlukan pembedahan besar serta
luka di kepalanya akibat pukulan yang kuat dalam serangan tersebut. Penyerang
menggunakan kayu pemukul besbol sempat melarikan diri dan pihak polis masih
menyiasat kes ini.
Kejadian ini boleh
menjejaskan keselamatan orang ramai sekiranya pihak keselamatan tidak segera
mengambil tindakan tegas keatas mereka yang menggunakan kekerasan terhadap
seseorang.
Pihak keselamatan
bukan saja perlu sentiasa menjaga keselamatan wakil rakyat dan orang ramai
tetapi perlu sentiasa memantau kegiatan jenayah yang sering berlaku di
bandaraya Miri.
Kalau ada masalah
pun pihak yang tidak puas hati mereka boleh bersemuka dengan mereka yang
berkenaan agar kejadian menyerang secara kekerasan sehingga mencederakan
seseorang tidak berlaku lagi.
Kita mengesa pihak
keselamatan segera mengambil tindakan tegas keatas mereka yang bertanggungjawab
dalam serangan keatas Ahli Parlimen Miri itu agar kejadian semacam ini tidak
berulang lagi.
Pihak keselamatan
bukan saja perlu bertindak tegas keatas mereka yang mengguna kekerasan terhadap
orang lain bahkan kejadian ragut dan rompakan yang semakin menjadi-jadi di
bandaraya Miri juga perlu ditangani dengan sebaik mungkin.
Kita harap Dr Teo
cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Take
stern action on those who use violence
Miri Member of
Parliament Dr Michael Teo was attacked by an unidentified man near his clinic
on last Friday morning. The assaulted case against MP Miri Dr Michael Teo,
causing injury indeed their acts of those not have the feeling of a humanist.
Dr Teo also
suffered three broken bones in the collar that requires major surgery and the
wounds on his head caused by a strong blow in the attack. Baseball bat attacker
managed to escape and the police are still investigating the case.
These events may
affect the safety of the public if the security does not take immediate action
on those who use violence against someone.
Not only the
security forces should always take care of the safety of the representatives
and members of the public but should continue to monitor criminal activity often
happens in Miri city.
If there are any
problems with disgruntled parties they can face to face with those concerned so
that the incidence of violent attack that injured someone does not happen
again.
We urge the
security forces take immediate action on those responsible for the attack on MP
Miri so that this kind of incident does not happen again.
The security forces
must act decisively not only on those who use violence against others and even
snatch theft incident and robberies are becoming more common in Miri city also
need to be addressed as quickly as possible.
We hope Dr Teo
speedy recovery and can perform its duties as representatives of the people
very well.
0 Comments Received
Post a Comment