Mangsa
kebakaran merayu dibina semula rumah mereka dengan segera
Mangsa rumah yang
terbakar minggu lalu di Kpg Subak Bekenu memohon dan merayu agar pihak kerajaan
dapat segera membina semula rumah mereka yang musnah sama sekali pada hari itu.
Menurut mangsa,
mereka sudah memohon bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan tetapi
sehingga kini belum ada jawaban. Mereka amat memerlukan tempat tinggal mereka
semula memandangkan kehidupan mereka sekarang hanya bergantung kepada ikhsan
orang lain.
Salah seorang
mangsa mengadu kepada pihak kami yang mereka amat memerlukan tempat tinggal
walaupun sederhana yang penting mereka dapat memulakan kehidupan yang lebih
selesa di tempat sendiri. Sekarang mereka hanya menumpang di rumah saudara mara
mereka yang berdekatan dari tempat tinggal mereka.
Sekiranya pihak
agensi kerajaan yang berkaitan lambat memberi bantuan, mereka amat mengharapkan
bantuan dari orang ramai yang sudi membantu mereka membina semula rumah mereka
yang musnah itu semampu yang boleh.
Kebanyakan mereka
bekerja sebagai petani dan sudah tentu pendapatan mereka tidak cukup untuk
membina semula rumah mereka tanpa bantuan dari pihak kerajaan dan juga orang
ramai yang perihatin akan nasib yang menimpa mereka.
Anak-anak mereka
yang masih sekolah juga perlu bantuan membeli buku, alat-alat tulis serta
pakaian mereka yang sudah hangus terbakar semasa kejadian tempoh hari.
Kita mengesa pihak
kerajaan terutama agensi kerajaan yang berkaitan dengan kebajikan serta Projek
PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) dapat membantu membina semula rumah
mangsa kebakaran itu dengan segera.
Pihak kami juga
sedia memberi bantuan dengan melancarkan Tabung Membina Semula Rumah Mangsa
Kebakaran di Kampung Subak, Bekenu untuk memudahkan orang ramai menderma.
Sumbangan orang
ramai boleh disalur melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) akaun Tabung
Perihatin Sarawak 11022010039807 dan Maybank akaun Dewan Pemuda PAS Miri
511186319143.
Setiap penyumbang
boleh hantar SMS atau WhatsApp di talian 0105939293 untuk direkodkan transaksi.
Sumbangan anda semua amat dihargai. Hanya Allah saja yang mampu membalas
kebaikan dan kebajikan anda semua.
PAS Miri juga
menyediakan talian pusat khidmat untuk DUN Lambir dan DUN Senadin. Setiap aduan
boleh disalurkan melalui talian no 0105939293 untuk memudahkan pihak kami
menyalur masalah rakyat kepada pihak berkuasa dan kepada pihak berkaitan untuk
tindakan seterusnya. Pihak kami sentiasa memberi kerjasama dengan agensi-agensi
kerajaan yang berkaitan untuk mengatasi masalah rakyat.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Fire
victims appealed rebuilt their homes immediately
Victims of burning
house a week ago in Kpg Subak Bekenu apply and appealed so that the government could
immediately rebuild their homes that were destroyed on that day.
According to the
victim, they have sought the assistance of the relevant government agencies but
up to now no answer. They need a place to stay as their lives are now only
depends on the courtesy to others.
One of the victims
complained to us that they really need a place to stay even simpler as long as
they can begin their life more comfortable in their own place. Now they just
live with their relatives nearby from their homes.
If the relevant
government agencies slow to provide assistance they are hoping for help from
the members of the public who are willing to help them rebuild their homes that
were destroyed as best as it can.
Most of them are
farmers and of course they did not have enough money to rebuild their homes
without the help from the government and also members of the public that care
about the fate that befell them.
Their children that
still in school also need help to buy books, stationery and their clothes that were
destroyed by fire during the day of the incident.
We urge the
government, especially government agencies relating to the welfare and the PPRT
Project (Development Program for the Extremely Poor) can help rebuild the house
of fire victims immediately.
We are also ready
to provide assistance by launching Rebuilding Fund for house Fire Victims in
Kampung Subak, Bekenu for the public to donate.
Public donations
can be channeled through Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Sarawak Caring Fund
acct 11022010039807 and Maybank Miri PAS Youth acct 511186319143.
Each contributor
can send SMS or WhatsApp at 0105939293 for transactions recorded. All your
contributions are greatly appreciated. Only God can reward you all the goodness
and virtue.
0 Comments Received
Post a Comment