Pemintaan
Dap Sarawak Tidak Rasional
Sebelum kewujudan
gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat setiap parti mempunyai dasar
perjuangan masing-masing. Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan
seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah
Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan
nyata. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
pula berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang
ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa. DAP terkenal dengan konsep
"Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti
ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas,
berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia,
kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi
parlimen
Pakatan Rakyat
merupakan gabungan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik
(DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Penubuhan Pakatan Rakyat bermula pada 1
April 2008 berikutan gelombang refomasi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke12 pada
8 Mac 2008.
PKR, DAP dan PAS
mencipta sejarah dengan memenangi empat kerajaan negeri selain Kelantan yang
dipimpin PAS sejak 1990 dan turut menafikan Barisan Nasional majoriti dua
pertiga di dalam Parlimen Malaysia.
Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama telah diadakan pada 19 Disember
2009 di Shah Alam. Pada acara ini, Dasar Bersama Pakatan Rakyat dilancarkan
dengan menyentuh 4 elemen utama:
•Demokrasi Telus
dan Tulen, •Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, •Keadilan Sosial
dan Pembangunan Insan, •Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara
Dengan dasar
sepakatan itu, setiap parti masih berhak untuk memperjuangkan dasar perjuangan
masing-masing tanpa perlu meninggalkan dasar utama parti masing-masing.
Maka perjanjian
persefahaman dibuat agar setiap perkara yang melibatkan dasar parti
masing-masing boleh terus dipertahankan. Setuju untuk tidak bersetuju dalam
sesuatu perkara perlu dihormati oleh setiap parti dalam PR agar matlamat utama
untuk menjatuhkan kerajaan BN tercapai tanpa menjejaskan dasar perjuangan
masing-masing.
Tujuan utama
gabungan tiga parti dalam PR (Pakatan Rakyat) adalah untuk mengantikan kerajaan
Umno dan BN (Barisan National) yang memerintah Malaysia selama ini.
Antara isu hangat
yang menyebabkan Dap meninggalkan PR di Sarawak adalah isu Hudud. Isu hudud
telah dijadikan sebab utama mengapa Dap menolak kerjasama dengan PAS di Sarawak
sedangkan mereka tahu bahawa Islam adalah minorti di Sarawak maka tidak timbul
isu tentang perlaksanaan hukum Hudud di Sarawak. Mengapa pemimpin utama Dap
Sarawak perlu mendesak rakan pakatan dari PKR untuk bersama-sama mereka
meninggalkan PAS sebab Hudud.
Dalam kontek
Sarawak memang sukar hendak melaksanakan perlaksanaan hukum Hudud walaupun PR menang
di Sarawak sebab PAS dan umat Muslim di Sarawak adalah minoriti. Yang menjadi
kemusykilan, mengapa mesti Dap Sarawak mendesak PAS Sarawak supaya tidak
menyokong hudud? Mereka sepatutnya lebih tahu realiti kedudukan umat Muslim di
Sarawak tanpa perlu mengeluarkan isu yang tidak releven dengan penduduk
Sarawak.
Apa sebenarnya
agenda utama Dap Sarawak? Kalau mereka merasa sudah kuat, mereka tidak perlu
bergabung dengan mana-mana parti dan
mereka boleh bertanding di semua kerusi di Sarawak tanpa perlu berunding dengan
mana-mana parti komponen di Sarawak. Buktikan yang mereka mampu menguasai
setiap kerusi yang mereka tandingi tanpa kerjasama dalam PR seperti sebelum
ini.
Sekarang pemimpin
Dap Sarawak pula mendesak PKR sama-sama meninggalkan PAS dalam PR semata-mata
ingin memenuhi hasrat Dap. Adakah pemimpin Dap merasa diri mereka berkuasa
boleh mengarah sesiapa saja ikut kehendak mereka sehingga boleh menjejaskan
dasar perjuangan parti masing-masing?
Dap perlu sedar
mereka baru berjaya memerintah Pulau Pinang dalam sepenggal lebih, janganlah
mereka menunjukkan kuasa mereka dengan mengarahkan rakan-rakan dalam PR untuk
ikut arahan dan kehendak mereka
saja. Setiap parti dalam gabungan PR
berhak untuk melaksana dasar perjuangan masing-masing tanpa menjejaskan hasrat
rakyat untuk menukar kerajaan BN sekarang kepada yang lebih baik.
Tanpa gabungan
dalam PR belum pasti Dap dapat memerintah semula Pulau Pinang sebab mereka juga
yang akan rugi atas keangkuhan dan kesombongan mereka. Sepatutnya masalah Hudud
bukan isu utama yang boleh jadi punca perpecahan dalam PR tetapi kita perlu
menghormati dasar perjuangan masing-masing kalau mahu PR dilihat sebagai
alternatif kerajaan Malaysia baru pada masa akan datang.
Desakan Dap Sarawak
terhadap PKR dan PAS Sarawak memang tidak rasional. Kita harap PKR boleh
menilai sendiri pemintaan Dap Sarawak kalau masih mahu melihat PR Sarawak maju
kehadapan sebagai alternatif kerajaan masa depan di Sarawak. PR akan dapat
bersatu semula dengan syarat semua pihak dalam PR dapat menerima dasar
perjuangan masing-masing serta menghormati pandangan antara satu sama lain,
bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara dan tidak menyerang
antara satu sama lain.
Kita serah pada
penilaian parti masing-masing untuk menentukan nasib PR kerana rakyat mahu
melihat sebuah kerajaan yang kukuh sebagai alternatif yang dapat memberi
kesejahteraan dan keadilan pada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Ingat musuh utama politik PR adalah Umno BN.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Sarawak
DAP’s demand is irrational
Before the
existence of the coalition of the three parties in Pakatan Rakyat, each party
had their own policy struggles. A policy championed by PAS is Islam with its
call of ‘Allahu Akbar’. PAS’ highest law is the Book of Allah (Quran) and
Sunnah and ljmak and Qias that are clear and realistic.
The People’s
Justice Party (PKR) is based on the same commitment to reform against injustice
and abuse of power. DAP is famous for its concept of ‘Malaysian Malaysia’
(Malaysia for all Malaysians). The parties are committed to the struggle for an
independent Malaysian Malaysia, elements of democratic socialism, based on the
principles of human rights, equality, social and economic justice, and based on
the institution of parliamentary democracy.
Pakatan is a
combination of the People’s Justice Party (PKR), Democratic Action Party (DAP)
and the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). The establishment of the Pakatan
Rakyat started on April 1, 2008 following a wave of reforms of the people in
the 12th general election on March 8, 2008.
PKR, DAP and PAS
made history by winning four state governments in addition to the PAS-led
Kelantan since 1990, and also denied Barisan Nasional their two-thirds majority
in the Parliament of Malaysia.
Pakatan Rakyat’s
first convention was held on December 19, 2009 in Shah Alam. At this event,
Pakatan’s common policy was launched, touching on four main elements:
-Transparent and
genuine democracy,
- Accelerating
high-performance, sustainable and fair economy,
- Social justice
and human development,
- Federal-state
relations and foreign policy
With this consensus
policy, each party has the right to fight for their own policy struggle without
leaving the main policies of each party. The memorandum of understanding is
made so that any matter that involves their party policies can be maintained.
Agreeing to
disagree on a matter should be respected by any parties in Pakatan so that the
main goal of toppling the BN government is achieved without compromising their
own policy struggles. The main purpose of the combination of the three parties
in Pakatan is to replace the government of Umno and BN which has ruled Malaysia
all this while.
Among the hot
issues that caused DAP to leave Pakatan in Sarawak is the hudud issue. This has
become a main reason why DAP rejects cooperation with PAS in Sarawak. However,
they know that Islam is a minority religion in Sarawak, and there is no issue
regarding the implementation of hudud law in Sarawak. Why do Sarawak DAP
leaders have to insist that their coalition partner PKR has to go with them to
leave PAS because of hudud?
Knowing
the reality of the position of Muslims in Sarawak
In the context of
Sarawak it is difficult to carry out the implementation of hudud law even if
Pakatan were to win in Sarawak because PAS and Muslims are a minority in
Sarawak. What is perplexing is that, why must Sarawak DAP insist that PAS not
support hudud? They should know better the reality of the position of Muslims
in Sarawak without coming up with an issue that is not relevant to the people
of Sarawak.
What exactly is the
main agenda of Sarawak DAP? Are they feeling that they are already strong, that
they do not have to join any party, and that they can compete in all the seats
in the state without the need to negotiate with any of their fellow component
parties in Sarawak? Prove that they able to dominate all the seats they are
contesting without the cooperation of Pakatan as before.
Now Sarawak DAP
leaders insists that PKR together with them leave PAS, merely to satisfy the
desires of DAP. Do DAP leader think they can lead anyone to follow their
desires that could affect the policy struggles of each party?
DAP should realise
they have managed to rule Penang for more than one term by not showing their
power by directing friends in Pakatan to follow only their instructions and
their will. Each party in the Pakatan coalition reserves the right to implement
its own policies without affecting the will of the people to change the current
BN government for the better.
Without the
combination of Pakatan, DAP definitely cannot rule Penang again because they
will lose the state through their snobbery and arrogance. The hudud issue
should not be a major issue that could cause a split in Pakatan, but instead we
have to respect each party’s policy struggles if we want Pakatan to be seen as
an alternative new government in the future.
The insistence of
Sarawak DAP to PKR and Sarawak PAS indeed irrational. We hope PKR can judge for
themselves the demands of Sarawak DAP if they still want to see Sarawak Pakatan
move forward as a future alternative government in the state. Pakatan will be
reunited with the conditions that all parties in Pakatan can accept their
policy struggles and respect each other’s opinion, agree to disagree on certain
things and not attack each other.
We leave it to the
judgment of each party to decide the fate of Pakatan because people want to see
a strong government as an alternative that can provide prosperity and justice
for all people regardless of race and religion. Remember the main political
enemy of Pakatan is Umno/BN.
kalau 'dap tidak sekuat mana disarawak tanpa pr' pas kuat sangat ka kat sarawak? bla bla.....
semuanya x kuat termasuk pbb bn tanpa kerjasama semua boleh lingkup...
x ada yg boleh stand alone kat swak...
Selamanya PAS dihati.
semasa penubuhan PAS di Sarawak di sekitar tahun 1996/97 di Kuching. Timbul satu persoalan "kenapa perlu PAS ditubuh di Sarawak".
Memahami realiti Sarawak dan masyarakatnya (ramai masyarakat semenanjung tidak memahaminya), memperkenalkan Islam dan menunjulkan ajaran Islam dari umat Islam lebih diutamakan.
Maka jalannya jelas, "berdakwa dan memperkenalkan Islam dengan menggunakan landasan parti politik (PAS)".
Dari sinilah, terpacaklah bendera bulan purnama di Taman Heng Guan jalan Matang Kuching. Namun PAS tidak dapat membuka kepaknya, bahkan berpusat kepada beberapa orang daripada semenanjung.
Namun ruak PAS mula menampakkan gerakan bila beberapa orang anak tempatan Sarawak mula menunjukkan minat.
PAS mula membuka langkahnya apabila dianggotai oleh pelajar-pelajar Sarawak yang belajar di Semenanjung.
Namun dalam politik Sarawak, PAS mula menjadi perhatian masyarakat apabila isu kekuasaan Taib Mahmod mula diberi perhatian.
PAS mula mendapat perhatian bila menyertai PKR dan DAP dalam Pilihanraya Sarawak.
Tanpa PKR, hampir mustahil PAS diberi perhatian oleh pengundi bukan islam, khususnya masyarakat iban dan bidayoh.
Begitu juga dengan masyarakat cina, tanpa melalui DAP orang-orang cina tidak akan mengenali bendera bulan purnama.
Hakikatnya, PAS akan menjadi kera sumbang di Sarawak, apabila dipulau oleh BN dan dijauhi oleh PKR dan DAP.
Bahkan dari 20% undi masyarakat muslim di Sarawak, mustahil PAS mendapat 30% undi dari keseluruhan undi masyarakat Islam. Ini bermakna PAS tidak akanmendapat 7% undi dari keseluruhan pengundi di Sarawak.
Kalau DAP tidak kuat di Sarawak, PAS lagi lemah di Sarawak.
Dap pun sekuat mana tanpa sokongan org Melayu/bumiputera contohnya di Miri dari dolok sampe kini tok baruk sidaknya berjaya dgn adanya sokongan dlm PR. berapa lamak dh sidaknya bertanding... liat ajaklah dlm pru14 kelak sapa yg benar2 kuat tanpa ada kerjasama...
Jadi salah siapa?.. Bukankah dap yg putuskan hubungan dgn PR Sarawak.
Hakikatnya semua x kuat mana tanpa kerjasama termasuk pbb dlm bn...