Nenek
lumpuh terpinggir keseorangan di pondok usang
MIRI - Hidup
bersendirian tanpa ditemani gelak tawa cucu dan anak-anak semestinya bukan
pilihan sesiapa. Dalam keriuhan dan kemeriahan umat Islam bersiap sedia untuk
menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia, seorang nenek tua yang tinggal
berseorangan di Kampung Satap, Miri hanya mampu pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul, begitulah nasib yang terpaksa dilalui oleh
nenek tua ini yang sekian lama tinggal keseorangan. Atiah binti Duhak 80,
berkata beliau hidup sebatang kara di rumah yang usang dan uzur itu dan tidak
pernah berkahwin dan mempunyai keluarga atau saudara mara yang terdekat. Beliau
dilahirkan dalam keadaan cacat kaki dan tidak dapat bergerak seperti manusia
normal yang lain. Setiap hari beliau hanya dapat menguruskan dirinya secara
perlahan-lahan tanpa bantuan sesiapa.
Semasa muda, nenek
Atiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti berkebun dan menoreh getah untuk
menyara kehidupan hariannya. “Makcik tidak larat untuk bekerja lagi
memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan penyakit kaki yang
dihidapi sejak lahir lagi, ini membuatkan pergerakan makcik terbatas” katanya
kepada wakil PAS Miri yang berkunjung ke rumahnya untuk menyampaikan bantuan
kebajikan baru-baru ini.
Nenek Atiah berkata
beliau tidak suka merayu simpati orang lain sebaliknya cuba sedaya upaya
menguruskan hidup secara bersendirian. Walau bagaimanapun, beliau bersyukur
kerana terdapat jiran-jiran sekeliling yang prihatin dan kerap memberikan
pertolongan kepadanya termasuk memberi makanan dan keperluan harian yang lain. Katanya
lagi, pihak kerajaan pernah datang menziarahi beliau dan berjanji untuk
memberikan bantuan membina rumah kepadanya, namun sehingga kini beliau masih
belum menerima apa-apa bentuk bantuan.
Tambahnya, walaupun
keadaan dirinya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), beliau tidak
pernah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak
dahulu lagi.
Mohd Arifiriazul
bin Paijo selaku Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Miri berkata “Pihak PAS
Kawasan Miri
sentiasa komited untuk membantu insan-insan yang kurang berkemampuan termasuk
golongan kurang upaya dan warga emas yang terpinggir seperti kes nenek Atiah”.
Ini selari dengan
slogan PAS yang ingin menjadikan Negara Malaysia sebuah ‘Negara berkebajikan’. "Saya
mengharapkan kerjasama daripada pihak berwajib untuk melakukan siri-siri ziarah berkala bagi mengenalpasti
golongan sasaran yang memerlukan bantuan agar semua rakyat di Sarawak khususnya
di Miri dapat merasai kehidupan yang lebih baik sepertimana yang diperolehi
oleh rakyat yang lain” katanya.
"Sungguh
sedih melihat keadaan nenek Atiah yang
tinggal keseorangan dan tiada ahli keluarga yang boleh dijadikan tempat
bergantung harapan. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak
PAS Kawasan Miri ini, sedikit sebanyak dapat menceriakan hati nenek Atiah untuk
menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi” kata Mohd Arifiriazul.
Beliau berkata
pihak PAS Miri akan cuba untuk memanjangkan perkara tersebut kepada pihak
Baitulmal Miri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat. “Kami
dari pihak PAS Miri berharap nenek Atiah mendapat sokongan dan bantuan segera
daripada pihak Baitulmal, Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM ) dan pihak yang bertanggungjawab yang lain supaya nasib nenek
Atiah lebih terbela diakhir usianya” katanya mengakhiri ziarah kebajikan yang
dianjurkan oleh PAS Miri pada hari itu.
Kepada mana-mana
pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada nenek Atiah bolehlah disalurkan ke
Akaun Bank Islam “Tabung Prihatin Sarawak” -11022010039807. Sila sms transaksi
pemindahan kepada 0105939293 untuk tujuan rekod.
Wanman
Aktivis Muslimat PAS Miri
English version
Paralyzed
grandma isolated alone in dilapidated huts
MIRI - Living alone
without the company laughter of grandchildren and children is not necessarily anyone
choices. In the hubbub and excitement of Muslims getting ready to welcome the
arrival of holy month of Ramadan, an old woman who lives alone in Satap village,
Miri could only surrender and subsided by divine decree.
The heaver your eye
can see, the heavy the person holding it that's the fate that had to go through
by this old woman who lived alone for a long time. Atiah binti Duhak 80 said she lived alone in
an old and dilapidated house, and was never married and have a family or
closest relatives. She was born in a deformed leg and could not move like other
normal human being. Every day she just can manage itself slowly without
anyone's help.
During her youth,
grandma Atiah doing various jobs such as farming and tapping rubber to earn its
daily life. "Aunt was tired to work anymore because of health conditions
that do not allow, and foot disease suffered since birth, this makes aunt
movement limited” she told representatives of PAS Miri who visited her home to
deliver welfare assistance recently.
Grandma Atiah said
she did not like begging sympathy of others instead try to manage on its own
lives.
However, she was
thankful that there are neighbors around that is attentive and often provide
aid to her include providing food and other daily necessities.
She added that the
government ever came to visit her and promised to provide assistance to build a
house to her, but until now she had not received any form of assistance. She
added that although her condition is classified as Persons with Disabilities
(PWDs), she has never received assistance from the Social Welfare Department
(SWD) since long ago.
Mohd Arifiriazul
bin Paijo as Deputy PAS Miri Chief said "The PAS Miri has always been
committed to helping people of less fortunate including the disabled and the
elderly that is marginalized as in the case of grandma Atiah.
This is in line
with the PAS slogan who wants to make Malaysia a ‘benevolent state’. "I
expect cooperation from the authorities to conduct a series of periodic
pilgrimages to identify target groups that need help so that all the people in
Sarawak especially in Miri can feel a better life as is obtained by other
people, "he said.
"It is sad to
see the condition of grandma Atiah who lives alone and has no family members
who could be a place to rely on. Hopefully with the contribution given by the
PAS Miri is to some extent can cheer the hearts of grandma Atiah to welcome the
month of Ramadan soon, "said Mohd Arifiriazul.
He said the PAS
Miri will try to prolong the matter to the Baitulmal Miri and the Social
Welfare Department (SWD) in the near future. "We from PAS Miri hope
grandma Atiah being supported through and help from the Baitulmal, the Social
Welfare Department (SWD) and other the responsible authority so that the fate
of grandma Atiah is more taken care at the end of her age " he said ended
the welfare visit organized by PAS Miri on that day.
To anyone who wants
to lend a hand to grandma Atiah can be channeled to the Bank Islam account “Tabung
Prihatin Sarawak” -11022010039807. Please sms transfer of transactions to 0105939293
for record purposes.
.
Wanman
Muslimat activists
PAS Miri
0 Comments Received
Post a Comment