Kembalikan
Kuasa Autonomi Pelajaran di Sarawak
1. Kerajaan
Persekutuan (Kementerian Pelajaran) sepatutnya mengembalikan ‘Kuasa Autonomi’
berhubung Pelajaran kepada Sarawak seperti yang tersebut dalam perkara asas
Pembentukan Malaysia dalam Perkara 15: Pelajaran “Sistem pendidikan yang sedia
ada perlu dikekalkan di bawah kawalan kerajaan negeri”.
2. Sarawak perlu
diberi kuasa autonomi dalam bidang pelajaran dimana kerajaan Sarawak boleh
meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam bidang pelbagai kemahiran. Pelajar
zaman sekarang perlu menyiapkan diri mereka dengan berbagai bidang kemahiran
atau kepakaran untuk masa depan mereka.
3.Seperti yang
dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem apabila terdapat
pertukaran Menteri atau polisi yang berkaitan dengan pendidikan dilaksanakan
oleh Kerajaan Persekutuan, ia dilihat menjejaskan pelaksanaan pendidikan di
negeri ini. “Setiap kali Menteri tukar, polisi pun bertukar dan akhirnya
menjejaskan pelaksanaan pendidikan di Sarawak. “Dasar pendidikan harus sesuai
dengan generasi yang akan datang, banyak janji telah dibuat (Kerajaan
Persekutuan) tetapi tidak dipenuhi sepenuhnya,” ujarnya.
4. Kerajaan Sarawak
perlu wujudkan lebih banyak pusat pengajian tinggi yang boleh mengeluarkan
tenaga mahir dalam berbagai bidang kemahiran untuk industri dan pertanian.
Sarawak mempunyai keluasan tanah sebesar Semananjung Malaysia dan mampu
menampung lebih banyak lagi pusat pengajian tinggi yang dapat dimanfaatkan
untuk rakyat Sarawak yang masih jauh ketinggalan dalam arus pembangunan. Sarawak memang sesuai untuk dijadikan sebuah
negara perindustrian dan pertanian secara moden untuk meningkatkan ekonomi dan
pendapatan rakyat dan negara pada masa hadapan.
5. Dengan wujudnya
pusat pengajian tinggi dalam berbagai bidang kemahiran untuk industri dan
petanian ianya boleh memberi peluang kepada pelajar yang tercicir dalam bidang
akademi diserapkan kedalam bidang tersebut untuk memberi mereka peluang
mendapatkan pekerjaan dalam bidang industri dan pertanian apabila mereka tamat
belajar nanti.
6. Pelajar boleh
memilih bidang kemahiran yang mereka minati dan apabila mereka tamat nanti
mereka boleh keluar mencari pekerjaan atau bekerja sendiri dengan menggunakan
kemahiran yang ada pada mereka.
7. Maka tidak
timbul masalah pelajar atau graduan yang tidak fasih berbahasa Inggeris sukar
untuk mendapat pekerjaan sebab kebanyakan syarikat swasta memerlukan pekerja
mahir dalam berbagai bidang. Walapun ada Menteri yang mengatakan Bahasa
Inggeris adalah relevan, bukan Bahasa Malaysia tetapi dari sudut pekerjaan yang
melibatkan kemahiran dalam perindustrian dan pertanian pengggunaan bahasa
kebangsaan dan juga bahasa Inggeris kurang diambil perhatian. Mereka hanya
perlu faham kehendak serta keperluan pihak syarikat untuk menyiapkan projek
mereka dalam masa yang ditetapkan.
8. Memang tidak
dinafikan mereka yang graduan dalam bidang akademi seperti bidang pengurusan
memang perlu mahir dalam kedua-dua bahasa tetapi jawatan pengurusan dan
pentadbiran amat terhad untuk diisi lebih-lebih lagi disaat kegawatan ekonomi
sekarang yang memerlukan lebih banyak kepakaran dan kemahiran dalam
perindustrian dan pertanian.
9. Walaupun tidak
dinafikan Bahasa Inggeris diguna secara meluas diperingkat global tetapi ada
juga negara maju lain seperti Jepun tidak mengutamakan Bahasa Inggeris
sebaliknya bahasa ibunda mereka tetap diberi keutamaan dalam bidang teknologi.
10. Ini sebenarnya
bukan masalah bahasa tetapi cara pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan
dalam sistem pendidikan negara sekarang yang kurang memberi keutamaan dalam
bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) yang merupakan salah satu bahagian yang
diperlukan masakini.
11.Dengan
perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa
mahir, maka pelbagai bidang dan program perlu diberi keutamaan bagi memastikan
latihan kemahiran yang kini dikenali sebagai Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(PTV), dapat mengisi dan menyumbang keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh
industri dan negara.
12. Pihak kerajaan
juga perlu memperkenalkan skim pelbagai kemahiran baru untuk menyediakan satu
laluan alternatif bagi industri untuk meningkatkan kemahiran pekerja
berpengalaman.
13. Skim berbilang
kemahiran dapat memenuhi keperluan pekerja khusus dalam pengurusan projek
pembinaan utama. Ia bertujuan untuk membina satu kumpulan pekerja yang
berketerampilan dalam bidang pengurusan projek pelbagai pembinaan untuk
menjalankan lebih daripada satu jenis tugas kerja di lokasi. Majikan akan
mempunyai fleksibiliti yang lebih besar dalam menggerakkan pekerja pelbagai
kemahiran di tempat ini, dengan itu mengurangkan masa henti dan meningkatkan
produktiviti mereka.
14. Kita juga ingin
mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar waktu belajar di sekolah
diselaraskan dengan waktu kerja di pejabat untuk memudahkan para pelajar dan
ibubapa yang bekerja dapat mengambil anak sekolah mereka tepat pada waktunya
selepas waktu pejabat. Sekolah satu sesi pembelajaran dari pukul 8 pagi hingga
4 petang memberikan masa yang panjang kepada pelajar untuk belajar dan
berinteraksi dengan guru mereka.
15. Di negara kita
masih terdapat banyak sekolah yang tidak melaksanakan sekolah satu sesi kerana
kekurangan bilik darjah dan kemudahan untuk belajar. Sekolah satu sesi secara umum dipersetujui
oleh banyak pihak kerana memberikan kemudahan kepada ibubapa serta kebaikan
kepada pelajar. Gunakan masa sesi sebelah petang tersebut untuk mendidik mereka
supaya jadi pelajar yang bermotivasi serta taat kepada perintah agama mengikut
kepercayaan agama masing-masing.
16. Kerajaan
Sarawak perlu mempunyai peruntukan bajet untuk menambahkan lebih banyak bilik
darjah supaya memudahkan semua pelajar belajar dalam satu sesi persekolahan
sekiranya mahu kuasa autonomi pelajaran diberi kepada kerajaan Sarawak.
Mampukah kerajaan Sarawak memenuhi keperluan rakyat Sarawak nanti sekiranya
kuasa autonomi diberi oleh kerajaan persekutuan dengan menggunakan peruntukan
sendiri?
17.Kita amat
bersetuju sekiranya kuasa autonomi Pelajaran bagi Sarawak dimanfaat sepenuhnya
untuk kepentingan rakyat Sarawak tetapi jangan mengambil kesempatan untuk
kepentingan pihak tertentu. Beri pelajaran percuma kepada rakyat yang miskin
dan kurang berkemampuan agar mereka tidak ketinggalan dalam ilmu pengetahuan.
Bina lebih banyak pusat pengajian tinggi yang mampu untuk rakyat Sarawak
belajar tanpa perlu membayar kos yang terlalu tinggi seperti belajar di luar
negara.
18. Satu perkara
lagi yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran ialah pendidikan
agama Islam dikalangan pelajar Muslim supaya mereka tidak menyimpang dari
ajaran Islam akibat terlalu terpengaruh dengan kebudayaan barat yang
mementingkan materialistik yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. Jadilah
pelajar yang berguna untuk negara yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.
19. Perkara asas
ini perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah supaya Sarawak mampu berdikari
dalam sistem pelajaran yang setaraf dengan peringkat antarabangsa. Beri tumpuan
kepada masalah rakyat terutama rakyat miskin yang kurang berpelajaran agar
rakyat Sarawak menjadi insan yang berilmu dan berguna untuk agama dan negara.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Revert
Power of Autonomous Education in Sarawak
1. The Federal
Government (Ministry of Education) should return the 'Power of Autonomy' in
respect of Education to Sarawak as a matter of principle the formation of
Malaysia in Article 15: Education "the existing education system should be
maintained under the control of the state government”.
2. Sarawak should
be given autonomy in education where the state government can improve student
performance in various skills. Students nowadays should prepare themselves for
a variety of skills or expertise for their future.
3. As said by the
Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem whenever there is a change of
Minister or policy related to education implemented by the Federal Government,
it is seen affect the implementation of education in this country.
"Whenever the Minister change, the policy also change and ultimately
affect the implementation of education in the state. “Education Policy must
comply with the next generation, many promises have been made (the Federal
Government) but not fully fulfilled," he said.
4. Sarawak
Government should create more higher education centers that can produce skilled
manpower in various fields of expertise for industry and agriculture. Sarawak
has a total land area as big as Peninsular Malaysia and is able to accommodate
even more higher education institutions that can be utilized for the people of
Sarawak that is still far behind in development. Sarawak is suitable as
industrialized country and modern agriculture to boost the economy and the
income of the people and the country's future.
5. With a presence
of higher education in the field of skills for industry and agriculture could
provide an opportunity to students who drop out in the field of the academy be
absorbed into various fields of skills.
6. The students can
choose the areas of skills they are interested and when they graduated later
they can look out for a job or self-employment using the skills they have.
7. So there is no a
problems of student or graduates who are not fluent in English difficult to get
a job because most of the private companies need skilled workers in various
fields. Although there is a Minister who said English was relevant, not Bahasa
Malaysia but from the work involving skill in industrial and agricultural the
use of the national language as well as English is less be noted. They just
need to understand the needs and requirements of the company to complete their
projects on time.
8.There's no
denying those who are academy graduates in the field of management as it should
be proficient in both languages but administrative and management posts is
limited to be filled especially in times of economic turmoil now which requires
more expertise and skills in industry and agriculture.
9. No doubt English
language is widely used globally but there are also other developed countries
such as Japan do not prioritize English language instead of their mother tongue
remains a priority in the field of technology.
10. This is
actually not a language issue but the approach taken by the government in the
education system now less emphasis on skills and technical parts (BKT), one of
the parts needed today.
11. With the
current technology and manpower needs for skilled and semi-skilled workers, the
various areas and programs should be prioritized to ensure that skills training
is now known as the Technical and Vocational Education (TVE), can fill in and
contribute manpower needs required by industry and country.
12. The government
should also introduce various new skills scheme to provide an alternative route
for the industry to improve the skills of experienced workers.
13. The
Multi-skills scheme is to meet the special needs of workers in the management
of major construction projects. It aims to build a group of workers who are
skilled in the management of multiple construction projects to run more than
one type of service work at the site. Employers will have greater flexibility
in deploying multi-skilled workers on site, thereby reducing downtime and
increasing productivity.
14.We also want to
propose to the Ministry of Education so that the school time are coordinated by
office working hours to help students and parents who work can take their schools
children right on time after office hours. Single-session schools learning from
8 am to 4 pm to provide a long time for students to learn and interact with
their teachers.
15. In our country
there are still many schools that do not implement single-session schools due
to lack of classrooms and facilities for learning. Single-session schools is
generally agreed by many parties as to provide convenience to the parents as
well as beneficial to students. Use the evening session time to educate them so
that be motivated students and obeyed the commands of religion in accordance
with their religious beliefs.
16. Sarawak
Government should have a budget provision to add more classrooms in order to
make it easier for all students to learn in one session if they want autonomy
education given to the government of Sarawak. Can the Sarawak government meet
the requirements of the people of Sarawak later if the autonomy is given by the
federal government by using its own funds?
17. We strongly
agree that the autonomy for Sarawak Education fully utilized for the benefit of
the people of Sarawak but do not take advantage of interests of certain
parties. Provide free education to the poor and less fortunate so that they do
not lag behind in knowledge. Build more high school that is capable for the
people of Sarawak to study without having to pay the exorbitant costs such as
studying abroad.
18. The other thing
that needs to be addressed by the Ministry of Education is Islamic religious
education among Muslim students so that they do not deviate from the teachings
of Islam as a result of too influenced by western culture that emphasizes of
materialistic that is incompatible with the teachings of Islam. Be a good
student for the country that is more balanced between the world and the
hereafter.
0 Comments Received
Post a Comment