Penduduk
kampung menanti janji projek jalan kebun yang belum siap
MIRI – Setiap kali
musim hujan sudah pasti para pekebun di Pujut Tanjung Batu menghadapi masalah
untuk masuk ke dalam kebun mereka. Jalan ke kebun di Pujut Tanjung Batu dan
Padang Kerbau rosak teruk dan sukar untuk kenderaan kecil masuk melalui jalan
tersebut ketika musim hujan.
Ianya juga
berlumpur dan berlopak disana sini sehingga menyukarkan pekebun membawa keluar
hasil petanian mereka keluar.
Mereka sudah lama
memohon bantuan dari pihak yang berkenaan untuk membantu membaik pulih jalan
yang rosak dilaluan jalan pintas menuju ke kampung Pujut Tanjung Batu dan jalan Padang Kerbau.
Menurut salah
seorang penduduk di situ dan juga pengadu dalam masalah jalan ini berkata,
antara penduduk kampung yang mengadu masalah ini ialah imam Masjid Kampung
Pujut Tanjung Batu, Tuan Haji Salam Ahmad , Tuan Haji Maydan@bujang serta
pekebun-pekebun kecil yang lain di situ juga mengadu masalah yang sama kepada
pihak kami.
Menurut mereka
kalau pihak kerajaan dapat menurapkan jalan batu dikawasan itu pun sudah
dikirakan bagus daripada terus menunggu janji yang tidak kunjung tiba.
Pihak pengadu
pernah sudah lama memohon kepada wakil rakyat dan pernah juga ada wakil rakyat
yang berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah ini sejak tahun 2009
sehingga kini tetapi keadaan jalan masih belum berubah bahkan semakin rosak
teruk.
Sampai bila mereka
terpaksa menunggu janji projek jalan kebun mereka siap setelah sekian lama
mereka menanti. Mereka tidak mahu pihak berkenaan hanya pandai berjanji tetapi
tidak tepati. Kemana tuju peruntukan projek jalan kebun itu dibelanjakan.
Kita mengesa agar
pihak yang berkenaan serta agensi kerajaan yang berkaitan segera menunaikan
janji dan menurapkan jalan tersebut dengan batu untuk kemudahaan penduduk
kampung dan pekebun masuk ke kebun mereka.
Tanah tempat mereka
berkebun sekarang ini juga perlu diberi hak milik memandangkan inilah salah
satu punca mata pencarian mereka untuk menyara kehidupan harian keluarga
mereka. Kebanyakan penduduk di situ adalah petani kecil-kecilan dan tanah
tersebut adalah warisan dari datuk nenek moyang mereka dulu.
Kita harap masalah
tanah dan juga keadaan jalan kampung di Sarawak dapat diselesaikan dengan
segera sebab kita yakin peruntukan jalan untuk kampung dan projek jalan kebun
ini masih belum digunakan sepenuhnya. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh
pihak berkuasa dengan memantau setiap perbelanjaan dalam peruntukan bajet yang
sudah diluluskan oleh pihak kerajaan persekutuan.
Kerjasama dengan
pihak yang berkaitan mengatasi masalah ini dengan segera untuk kemudahan
penduduk kampung terbabit amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Villagers
await the promise of uncompleted road project
MIRI – Whenever the
rainy season it is definitely the farmers at Pujut Tanjung Batu having trouble
to get into their farm. The road to the farm in Pujut Tanjung Batu and Padang
Kerbau is severely damaged and difficult for small vehicles entered through the
road during the rainy season.
It also muddy and
potholes here and there and made it difficult for the farmers to carry out
their agricultural produce out.
They have long been
seeking assistance from the relevant authorities to help refurbishment the
damaged roads at the bypass routes leading to the village of Tanjung Batu and
the road of Pujut Padang Kerbau.
According to one of
the residents there and also the complainant of this road problems said among
the villagers who complained of the problem is the imam of Masjid of Kampung
Pujut Tanjung Batu, Haji Salam Ahmad, Haji Maydan @ Bujang and others
smallholders there also complained of
the same problem to us.
According to them
if the government can tar the gravel path to the area that was already presumed
good rather than continuing to wait for the promise that never arrived.
The complainant has
long been applying to the elected representatives and there was also a
representative who promised to help solve this problem since 2009 until now,
but the road has not been changed even more severely damaged.
Until when they had
to wait for the promise of the project through their farm completed after so
long they waited. They do not want the parties concerned only good at making
promises but do not keep. Where did go the provisions of the road projects was
spent.
We urge the parties
concerned and the relevant government agencies fulfill its promise and immediately
paving the road with stone to ease the villagers and the farmers go into their
farm.
The land they
farming now should also be given ownership since this is one source of their
livelihood to support their family's daily life. Most of the residents there
are small-scale farmers and the land is a legacy of their forefathers used to.
We hope that the
issue of land and the conditions of village roads in Sarawak can be solved
immediately because we believe the provisions of the road to the village and farm
road project is still not fully utilized. This matter should be addressed by
the authorities by monitor each expenditure in the budget allocations that have
been approved by the federal government.
Cooperation with
the relevant parties to resolve this issue immediately to ease the villagers
concerned is greatly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment