Adakah Bajet 2016 khas untuk
Pilihan Raya Sarawak?
YAB
Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
telah membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 di Parlimen dengan tema “Mensejahtera
kehidupan rakyat”.
Bajet
2016 mencadangkan untuk memperuntukkan sebanyak 29.2 bilion ringgit untuk pembangunan
di Sabah dan Sarawak dengan beberapa peruntukan tambahan seperti pembinaan
Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) yang bebas tol sepanjang 1,090 km dijangka siap
sepenuhnya pada 2021 dengan peruntukan RM 16.1 bilion.
Antara
lain ialah perkhidmatan kelas ekonomi udara domestik dikecuali daripada GST, satu program baru, 70 juta ringgit
disediakan melalui Bank Simpanan Nasional bagi pinjaman tanpa faedah untuk
tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had pinjaman 50 ribu ringgit untuk
setiap unit di rumah panjang, 70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma
disediakan untuk meningkatkan bekalan
makanan dan pendapatan penanam padi.
Walaupun
ianya nampak baik untuk penduduk di luar bandar tetapi ianya lebih pada peruntukan
untuk mengula-gulakan penduduk luar bandar yang masih lagi terpinggir dari arus
pembangunan di Sarawak. Ini seolah-olah bajet untuk Pilihan Raya umum Sarawak
yang akan diadakan pada awal tahun 2016.
Pada
bajet 2015 yang lalu Kementerian Kewangan berjanji untuk terus komited menyedia
dan menaiktaraf kemudahan dan
infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak. Sejumlah 4.5 billion ringgit
diperuntukkan pada bajet 2015 yang lalu terutamanya di Sabah dan Sarawak bagi
melaksanakan program berikut. Diantaranya peruntukan yang masih lagi belum
dilaksanakan sepenuhnya ialah :
-
Projek
jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di
Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 943 juta ringgit.
-
Melaksanakan
program penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15 ribu buah rumah dengan
peruntukan sebanyak 1.1 bilion ringgit,
-
Program
bekalan air bersih luar bandar kepada 7,500 buah rumah dengan peruntukan
sebanyak 394 juta ringgit,
-
program
membina dan membaik pulih rumah usang melibatkan 9,500 buah rumah dengan peruntukan
sebanyak 200 juta ringgit,
-
Meningkatkan
mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui
penyelenggaraan dan sewaan pesawat baru dengan peruntukan sebanyak 160 juta
ringgit,
-
melaksanakan
program pembangunan ekonomi,kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan taraf
hidup masyarakat orang asli dengan peruntukan sebanyak 352 juta ringgit dan
-
Menambah
10 batang tiang lampu menjadikannya 20 batang tiang lampu di setiap kampung di seluruh
negara yang melibatkan lebih 22 ribu kampung dengan peruntukan sebanyak 26 juta
ringgit . Ini menjadikan jumlah keseluruhan 56 juta ringgit bagi menyediakan
lampu jalan kampung.
Persoalannya
sekarang adakah pihak Audit Negara telah membuat laporan tentang perbelanjaan keatas
peruntukan tersebut sampai kepada sasarannya. Bagaimana dengan tindakan keatas
mereka yang menyalahgunakan peruntukan yang dilaporkan oleh Audit Negara
sebelum ini. Apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan keatas mereka ini?
Kita
dapati masih lagi terdapat kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di Sarawak
yang masih lagi ketinggalan dari segi infrastruktur dan jalan perhubungan pun
masih teruk. Banyak lagi jalan yang belum dibaik pulih atau diturap sepenuhnya
terutama di kawasan luar bandar.
Kita
ingin tahu sama ada bajet dan peruntukan yang telah disalurkan untuk Sarawak
seperti yang tersebut diatas telah digunakan sepenuhnya atau masih ada lagi
baki yang masih belum digunakan untuk projek tersebut.
Kita
mengesa pihak kerajaan mengeluarkan laporan Audit Negara khususnya peruntukan yang
telah diluluskan untuk Sarawak sama ada telah digunakan sepenuhnya atau
sebaliknya supaya setiap peruntukan tahunan dapat disalurkan kepada golongan
sasaran untuk mengelak sebarang ketirisan dan penyalahgunaan peruntukan.
Kita
tidak mahu peruntukan yang sedia ada digunakan untuk tujuan memacing undi semata-mata
ketika hampir Pilihan Raya umum. Hak-hak rakyat perlu diberi kepada semua tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik supaya hasrat kerajaan untuk
mensejahtera kehidupan rakyat mencapai kejayaan.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Did Budget 2016 is typical for
Sarawak State Election?
YAB Dato
'Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Prime Minister and Minister of Finance
has tabled budget 2016 on 23 October 2015 in Parliament with the theme "Wellbeing
of the people's lives."
Budget
2016 proposes for allocate 29.2 billion for development in Sabah and Sarawak
with some additional provisions, such as the construction of the Pan Borneo
Highway (LPB) toll-free along the 1,090 km is expected to be completed in 2021
with an allocation of RM 16.1 billion.
Among
others are economy class domestic air services exempt from the GST, a new
program, 70 million is provided through Bank Simpanan National for
interest-free loans for the purpose of building longhouses with a loan limit of
50 thousand ringgit for each unit in the longhouse, 70 million ringgit as Huma
paddy fertilizer subsidy are provided to increase food supplies and paddy
farmers income.
Although
it looks good for the rural population but is rather on the provision for
snaking sweet-talk the rural population that are still marginalized from the
mainstream of development in Sarawak. This seems to be a budget for Sarawak
State Election to be held in early 2016.
In the last
2015 budget the Ministry of Finance pledged to remain committed to providing
and upgrading of facilities and rural infrastructure in Sabah and Sarawak. A total of 4.5 billion allocated in the last 2015
budget, especially in Sabah and Sarawak to implement these programs. Among
these provisions have yet to be fully implemented include:
- The
rural roads along 635 kilometres, including former logging roads in Sabah and
Sarawak with an allocation of 943 million ringgit.
-
Implementing a program of electricity supply to more than 15 thousand houses
with a total allocation of 1.1 billion ringgit,
-
Program of rural clean water supply to 7,500 houses with an allocation of 394
million ringgit,
-
Program for building and repairing dilapidated houses, involving 9,500 houses
with an allocation of 200 million ringgit,
-
Improving the quality of rural air services in Sabah and Sarawak through
maintenance and rental of new aircraft with an allocation of 160 million
ringgit,
-
Implement programs of economic development, infrastructure facilities and
improvement of the living standards of indigenous people with an allocation of
352 million ringgit and
- Adding
10 lights poles making it 20 light poles in every village throughout the
country involving more than 22 thousand villages with an allocation of 26
million ringgit. This brings the total number of 56 million to provide street
lighting in villages.
The
question now is whether the National Audit made a report on the allocation of
expenses reaches its intended target. What about the action against those who
abuse the provisions reported by the Auditor General before. What action has
been taken by the government on these?
We found
that there are still villages and longhouses in Sarawak that is still lagging
behind in terms of infrastructure and communication routes are still bad. There
are many more roads that have not been repaired or fully paved, especially in
rural areas.
We want
to know whether the budget and the allocation given for Sarawak as mentioned
above has been fully utilized or there is more unused balance for the project.
We urge
the government to issue a National Audit report in particular the provisions
that have been approved for Sarawak either fully utilized or otherwise so that
each annual allocation can be channelled to the target group for avoid any
leakages and misuse of the provision.
We do
not want the existing provision used for fishing the vote exclusively when
almost the General Election. The rights of citizens must be given to all
regardless of race, religion and political affiliation so that the government's
intention for Wellbeing of people’s lives achieves success.
0 Comments Received
Post a Comment