Kenyataan Media:  Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS)

PAS TERUS KONSISTEN PERJUANG NASIB DAN HAK RAKYAT SARAWAK

PAS Sarawak akan terus istiqamah hingga kemenangan dan terus konsisten memperjuangkan nasib dan hak rakyat Sarawak. Projek-projek untuk rakyat yang bertemakan kebajikan dan kemasyarakatan di bawah inisiatif Untukmu Sarawak (UMS) akan diteruskan.

Kenyataan Chong Chieng Jen, Pengerusi Dap Sarawak baru-baru ini menolak PAS dalam Pakatan di Sarawak dengan angkuh sememangnya sudah dijangka. Sejak beliau memegang jawatan Pengerusi Dap Sarawak dari mendiang Wong Ho Leng, Dap Sarawak semakin sukar dibawa ke meja rundingan.

Hakikatnya Dap di bawah kepimpinan Chong lah yang memutuskan keluar Pakatan Rakyat Sarawak dan memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR pada Mac 2015 dengan alasan Rang Undang-undang (RUU) berkaitan Hudud di Kelantan yang sebenarnya tidak berkaitan pun dengan Sarawak. Antara kenyataan melampau yang menunjukkan keegoan Chong lagi ialah apabila beliau menyatakan PAS tidak relevan di Sarawak.

Adakah Chong mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi beliau dan beliau juga suka memaksa rakan Pakatan lain seperti PKR untuk patuh dan tunduk dengan kehendak beliau. Tindakan Dap di bawah pemimpin seperti Chong menyukarkan untuk blok pembangkang bersatu dan ianya akan menyukarkan lagi hasrat rakyat untuk mengubah kerajaan yang ada sekarang.

PAS Sarawak tetap dengan pendirian tegas dan tidak akan tunduk dengan kehendak Chong supaya mengikut kehendak beliau untuk PAS tidak melaksanakan Hudud dalam negara meskipun RUU tersebut diusahakan melalui jalan demokrasi. Hudud bukan isu yang perlu dibangkitkan di Sarawak kerana dimaklumi oleh semua bahawa Sarawak belum mampu daripada pelbagai aspek utk pelaksanaan hudud waima dalam kalangan orang Islam Sarawak. Justeru, isu hudud hanyalah propaganda politik murahan Chong yang tidak rasional untuk menjustifikasi agenda tersirat yang beliau ingini termasuk mendapatkan lebih banyak kerusi dalam Pilihanraya Negeri akan datang.

PAS mengingatkan Dap bahawa musuh politik kita adalah BN. Pastikan peluru kita dihala kepada BN dan bukannya sesama blok pembangkang. PAS juga mengingatkan Dap agar matang dan bijak dalam berpolitik. Jika Dap Sarawak terus dengan cara kepemimpinan Chong mungkin Dap Sarawak akan terus ketinggalan dan sukar untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama dari Muslim dan Bumiputera lain di Sarawak.

Kita serah kepada ahli Dap sendiri untuk menilai dan memilih pemimpin mereka untuk masa depan Sarawak. Kita tidak mahu mencampuri urusan Dap dalam memilih pimpinan mereka seperti mana pemimpin mereka mencampuri urusan pemilihan pemimpin PAS masa Muktamar dulu.

Pendirian seperti Dap ini suatu perkara yang merugikan blok pembangkang dalam usaha kita untuk merealisasikan hasrat menjadi kerajaan baru di Sarawak atau setidaknya pembangkang yang kuat di Sarawak. Semua kena mengakui, Sarawak sebuah negeri yang harmoni. Keegoan Dap untuk meminta semua pihak mengikut kehendak mereka suatu perkara yang bertentangan dengan keharmonian rakyat Sarawak.

Rakyat negara ini akan hidup lebih harmoni dan aman sekiranya semua pihak menghormati kepercayaan dan adat budaya antara satu sama lain dan tidak mencampuri urusan agama lain. Ada masa untuk kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara yang melibatkan dasar negara tetapi ianya tidak menyentuh sensitiviti kepercayaan penganut agama Islam dan lain-lain agama.
Kita masih menjalinkan hubungan dengan PKR sebagaimana diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat dan mereka yang mahu bergabung bersama untuk kebaikan rakyat Sarawak.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

PAS continues to be consistent struggle for the fate and the rights of the people of Sarawak

Sarawak PAS will continue to steadfast until victory and continue to be consistent fought for the fate and the rights of the people of Sarawak. Projects for the people by the theme of charity and community under initiative for you Sarawak (UMS) will continue.

Statement by Chong Chieng Jen, Sarawak DAP chairman recently rejects PAS in Pakatan in Sarawak with imperious was already expected. Since he assumed the position of Chairman of Sarawak Dap of the late Wong Ho Leng, Sarawak DAP is more difficult to bring to the negotiating table.

Essentially Dap under the leadership of Chong who decided to leave the Pakatan Rakyat Sarawak and sever ties with PAS and PKR in March 2015 arguing Bills related Hudud in Kelantan which is actually not related with the state.

Among the extreme statement shows Chong egotism was when he said PAS is not relevant in Sarawak. Is Chong has its own agenda for his personal interests and he also likes to force the other Alliance partners such as PKR to follow and comply with his wishes. Dap action under the leaders of Chong makes it difficult for the united opposition bloc, and it will make difficult for people's wishes to change the present government.

Sarawak PAS remains a firm stance and would not bow to the will of Chong so that follow his wishes for PAS not implement Hudud in the country although the bill is pursued through the democratic way. Hudud is not an issue that should be raised in Sarawak as understood by all that the state has not been capable of many aspects for the implementation of hudud even among Sarawak Muslims. Thus, the issue of hudud is just Chong cheap political propaganda Irrational to justify the hidden agenda of his desire including getting more seats in the next state elections.

PAS reminds Dap that our political enemy is BN. Ensure that our bullets aimed at BN rather than fellow opposition bloc. PAS also reminded Dap to be mature and wise in politics. If Sarawak Dap continues by way of Chong leadership may Sarawak Dap will continue lag behind and difficult to get support of the people, especially from Muslim and other Bumiputera in Sarawak.

We leave it to Dap own members to evaluate and choose their leaders for the future of the state. We do not want to interfere with the Dap in choosing their leader as their leader meddling in elections of the PAS leaders in the congress before.

The stance of Dap is a matter of detrimental to opposition bloc in our efforts to realizing the aspirations to become a new government in the state or at least a strong opposition in the state. All must admit, Sarawak is a state of harmony. Dap egotism to ask all parties to follow their desires something that is contrary with the harmony of the state.

Malaysians will live in harmony and peace if all parties respect the beliefs and cultural customs of each other and do not interfere with other religions. There is time for us to agree to disagree on a matter involving national policy but it do not touch the sensitivity the religion of Islam beliefs and other religions.

We are still in a relationship with PKR as resolved in Central PAS conference and those who want to join together for the good of the people of Sarawak.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief