Bumbung
Kanopi Pasar Malam rosak perlu ditukar segera
MIRI - Pasar Malam
di Pusat Komersial, Saberkas Miri menjadi salah satu tarikan pengunjung dari
dalam dan luar negeri bila berkunjung ke bandaraya Miri. Pasar Malam Saberkas
mula beroperasi seawal petang hari Rabu sehingga hari Sabtu.
Setelah
bertahun-tahun para penjaja memohon tapak kekal, akhirnya pihak berkuasa
bersetuju memberi tapak kekal kepada para penjaja di situ untuk berniaga. Pihak
Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah memperuntukan sebanyak RM400,000 untuk
membina tempat perniagaan kekal untuk para penjaja pasar malam di situ.
Walaupun pihak MBM
telah memberi peruntukan sebanyak RM400,000 untuk memasang kanopi itu tetapi
sekarang setelah lebih dari dua tahun, kanopi yang dipasang itu koyak dan bocor
ketika hujan baru-baru ini. Bumbung yang ada sekarang ini tidak tahan lama dan
mudah rosak apabila terkena hujan dan panas.
Ramai pengunjung
Pasar Malam mengadu ketika hujan keadaan disitu basah menyebabkan barang jualan
juga basah akibat bumbung kanopi tersebut bocor ketika hujan. Bukan saja
pengunjung yang kurang selesa tetapi penjaja disitu pun tidak puas hati kerana
dari dulu lagi mereka mahu pihak MBM memasang bumbung yang lebih kukuh dan
tahan lama seperti tempat makan di Seroja di mana strukturnya kukuh dengan
menggunakan bumbung yang tahan lama bukannya mengguna kanopi seperti di Pasar
Malam di Saberkas.
Kita mengesa pihak
MBM perlu menukar bumbung Pasar Malam dengan stuktur yang lebih kukuh dengan
segera agar ianya menjamin keselesaan dan keselamatan kepada pengunjung dan
juga penjaja disitu.
Pasar malam yang
teratur, selesa dan selamat untuk penjaja dan pengunjung akan memberi imej yang
baik kepada pelancong dari luar yang melawat bandaraya Miri.
Harap perkara ini
mendapat perhatian dan tindakan segera dari pihak yang berkenaan. Kerjasama
dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah penjaja Pasar Malam ini
amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
The
canopy roof of Night Market is damaged should be changed immediately
MIRI - Night Market
in Commercial Centre, Saberkas Miri become one of the attractions visitors from
domestic and overseas when it visited Miri city. Saberkas Night Market began
operating as early as Wednesday evening until Saturday.
After many years
the hawkers apply a permanent sites, the authorities finally agreed to give
permanent site for hawkers to do business there. Miri City Council (MCC) has
allocated RM400, 000 to build a permanent place of business for the night
market hawkers there.
Although the
council has allocated RM400, 000 to install a canopy, but now after more than
two years, the canopy that installed is torn and leaking when it rained
recently. The existing roof is non-durable and can be easily damaged when
exposed to rain and heat.
Many visitors
complain when it rains the Night Market condition there is wet causing vendible
also wet due to the canopy roof leaks when it rains.
Not only are
visitors who are less comfortable but the hawkers there was disgruntled because
than they used to be they want the MBM install a stronger roofs and durable
like dining areas at Seroja where its structure stronger by using a durable
roof instead of using a canopy as the Night Market in Saberkas.
We urge the council
need to change the roof the Night Market with a stronger structure immediately so
that it will ensure the comfort and safety of visitors and the hawkers there.
The night market
that is organized, comfortable and safe for the hawkers and visitors will give
a good image to tourists who visit Miri city.
Hope this gets
immediate attention and action from the parties concerned. Cooperation with the
relevant authorities to tackle the problem of the Night Market hawkers is very
much appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment