2017 Tahun Bebanan Dan Kenaikan Harga Barang Keperluan

Rakyat Malaysia menyambut tahun 2017 dengan kenaikan harga beberapa barang keperluan seperti kenaikan harga petrol, tayar, harga barangan keperluan sekolah terutama pakaian dan lain-lain barang keperluan harian.

Menurut satu laporan, jika sebelum ini ibu bapa memperuntukkan sekitar RM100 hingga RM150 bagi seorang anak namun pada tahun ini mereka perlu menyediakan lebih RM200 untuk membeli pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis.

Kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga minyak yang dijangka pada tahun 2017 ini sudah pasti akan memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini sekiranya tiada kawalan dan pemantauan yang menyeluruh terhadap kenaikan barang keperluan ini dan sudah pasti akan membebankan rakyat yang kurang berkemampuan dan yang berpendapatan rendah.

Kesan dari kenaikan harga barang keperluan ini memang beban bagi rakyat kerana mereka terpaksa membelanja lebih dari tahun sebelumnya. Pada ketika ramai yang terpaksa berhenti kerja akibat dari
pembuangan pekerja dan kesan dari krisis ekonomi dunia yang merundum menyebabkan kehidupan rakyat semakin terdesak dan terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan.

GST juga perlu dimansuhkan dan subsidi petrol untuk kenderaan yang menggunakan RON95 dan diesel perlu dikembalikan semula. Pengangkutan awam seperti taxi, bas, lori yang membawa barang keperluan perlu dikawal sepenuhnya agar mereka tidak menaikkan harga tambang apabila kerajaan memberi subsidi untuk pengangkutan awam.

Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat mengurangkan bebanan rakyat dengan memansuhkan GST dan hanya mengenakan cukai keatas barang mewah dan subsidi dikembalikan semula untuk mengurangkan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Harap pihak kerajaan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap masalah yang membebankan rakyat ini agar kehidupan rakyat pada 2017 ini tidak seteruk seperti tahun sebelumnya.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

2017 year of burden and increase in price of essential goods

Malaysians celebrate the year 2017 with the rise in prices of some essential goods such as petrol price hike, tires, prices of school supplies especially clothing and other daily necessities.

According to the report, if before this parents allocate about RM100 to RM150 for a child but this year they have to provide more RM200 to buy uniforms, shoes, bags and stationery.

The depreciation of the ringgit and the increase of oil prices is expected in 2017 will undoubtedly affect the spending of the lower and middle income.

What is the government action to address these issues if there is no a comprehensive control and monitoring against an increase of the essential goods and undoubtedly will burden the poor and low income.

The impact of increase in price of essential goods is indeed a burden to the people because they had to spend more than the previous year. At a time when many are forced to stop working because of retrenchments and the impact of the world economic crisis which weakens cause people's lives increasingly desperate and burdened by increase in price of essential goods.

GST should be repealed and petrol subsidies for vehicles using RON95 and diesel must be reinstated. Public transport such as taxis, buses, trucks carrying goods needs to be controlled so that they do not increase fare prices when the government gives subsidies for public transport.

We urge the government to reduce the people's burden by abolishing the GST and only impose tax on luxury goods and reinstated subsidies for reduce the people's burden of low and middle income.

Hope the government gives adequate attention to the problems that burden the people so that the people's livelihood in 2017 was not as bad as previous year.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief