Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak

PAS SARAWAK UCAP TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN OPENG SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK KE-6

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak mengucapkan tahniah kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam, di Astana Negeri di hadapan Yang Dipertua Negeri (TYT) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Jumaat, 13 Januari 2017.

2. PAS Sarawak mendoakan beliau diberi kekuatan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab memimpin rakyat Sarawak ke mercu tanda kecemerlangan. PAS juga berharap beliau dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem khususnya dalam polisi-polisi mesra rakyat dan keputusan-keputusan yang mengutamakan kepentingan umum.

3. Selaku Menteri yang memegang portolio Hal Ehwal Islam kini, PAS Sarawak secara khusus berharap agar Ketua Menteri dapat terus memastikan agenda umat Islam terus diperkasakan tanpa mengetepikan hak dan kepentingan masyarakat majmuk Bumi Kenyalang. Semoga rakyat Sarawak mengekalkan kehidupan yang mesra, bahagia dan damai muhibbah sentiasa.

4. PAS Sarawak yakin dengan pengalaman kepimpinan beliau yang telah memegang pelbagai portfolio dalam Kabinet Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari akan dapat membawa Sarawak terus aman, maju dan kekal makmur di bawah lembayung rahmat Allah. Ini sesuai dengan lirik lagu Negeri Sarawak “Kekallah Sarawak bertuah, teras perjuangan rakyat, berjaya berdaulat”.
Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan Oleh;
Haji Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

14 Rabi’ul Akhir 1438H / 13 Januari 2017.

English version

Sarawak PAS Congratulates Datuk Amar Abang Johari for the appointment as the 6th Sarawak Chief Minister

1. Sarawak Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) congratulates Datuk Amar Abang Johari who was sworn in as the sixth Chief Minister of Sarawak, in Astana in the presence of the Head of State (TYT) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud on Friday, January 13, 2017.

2. PAS Sarawak wishes him the strength to carry out the mandate and the responsibility to lead the people of Sarawak to the hallmarks of excellence. PAS also hope that he will continue the legacy of the late Tan Sri Adenan Satem especially in people-friendly policies and decisions that prioritize the public interest.

3. As of Ministers held portfolio of Islamic Affairs now, PAS Sarawak in particular hope that the Chief Minister can continue to ensure the agenda of Muslims continue to be strengthened without neglecting the rights and interests of the Land of the Hornbills pluralistic society. We wish the people of Sarawak to maintain friendly life, happy and peaceful goodwill always.

4. PAS Sarawak confident with his leadership experience that has held various cabinet portfolios in the Government of Sarawak, Datuk Amar Abang Johari will continue to bring Sarawak in peace, progress and remained prosperous under the crimson grace of God. This is according to the lyrics of State "Sarawak Stay lucky, terrace of struggle, successful sovereign".

Yours faithfully,

Haji Jofri Jaraiee
Sarawak PAS commissioner