Adakah Lebuhraya Pan Borneo
mencapai sasarannya?
Asal-usul
jalan utama yang dirancang menghubungkan negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang
luas dengan Brunei bermula di antara tahun 1960-an ketika ia dikenali sebagai
Lebuhraya Trans-Borneo. Dorongan untuk perhubungan jalan raya yang lebih baik
di seluruh Sabah dan Sarawak berkembang pada tahun '70an, yang membawa kepada
pelan oleh Kerajaan Malaysia (kedua-dua Persekutuan dan Negeri), Brunei dan
Kalimantan Indonesia untuk mengembangkan lagi idea pembinaan sebuah lebuh raya
di sepanjang pantai Borneo. Ia akan dipanggil Lebuhraya Pan Borneo.
Untuk
mempercepat pertumbuhan sosioekonomi Sabah dan Sarawak, satu usaha besar untuk
membangun dan menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo telah diumumkan oleh Perdana
Menteri Malaysia pada April 2013 sebagai sebahagian daripada janji 'AkuJanji'
Kerajaan kepada Negara. Ini diikuti oleh komitmen dalam Belanjawan 2015.
Apabila
siap pada pertengahan 2021, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dari Telok Melano ke
Merapok dijangka merangkumi jarak sejauh 1,060 km. Jalan 4-lorong dua hala yang
akan datang dan Lebuhraya Pan Borneo bebas tol dijangka menjadi tulang belakang
pengangkutan di negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan akan memainkan peranan
utama untuk membuka koridor ekonomi dan peluang di kawasan yang ia perolehi.
Banyak
persoalan timbul apabila berlaku peralihan kuasa di peringkat pusat di mana
sebelum ini kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan bajet untuk projek Lebuhraya
Pan Borneo untuk disiapkan pada 2021.
Pembinaan
Lebuhraya Pan Borneo bagi sektor di Sarawak, yang melibatkan jarak 1,089 km,
dijangka siap lebih awal daripada jadual. Bernama melaporkan, pembinaan yang
dijangka siap pada 2021 itu kini berada pada kadar dua peratus lebih cepat bagi
pembinaannya.
Akankah
Lebuhraya Pan Borneo mencapai sasaran apabila kerajaan persekutuan telah
beralih dari kerajaan Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Harapan (PH)? Kalau dipandang dari sudut ekonomi dan peluang
untuk meluaskan lagi ruang perniagaan antara Sabah, Sarawak, Brunei dan
Kalimatan Indonesia memang Lebuhraya Pan Borneo adalah salah satu cara terbaik
untuk membangunkan Borneo secara keseluruhannya.
Bolehkah
kerajaan PH meneruskan projek Lebuhraya Pan Borneo dalam kemelesetan ekonomi
semasa? Kos pembinaan Lebuhraya Pan Borneo juga perlu dipantau supaya tidak
berlaku ketirisan dan ia akan mengurangkan kos pembinaan dengan memberi banyak
peluang kepada kontraktor tempatan yang berkelayakan untuk menjalankannya. Tender
terbuka yang dicadangkan oleh Menteri Kerja Raya baru juga harus diberi
perhatian supaya ia tidak menambah kos kepada bajet yang telah diluluskan
sebelum ini.
Ada
beberapa persoalan timbul, apabila kita mendapati pembinaan Lebuhraya Pan
Borneo menggunakan buluh sebagai bahan untuk menahan berat beban lebuhraya.
Kenapa mesti menggunakan buluh dan adakah bahan ini sesuai untuk menahan beban
berat untuk pembinaan lebuhraya? Adakah bahan ini sesuai dan dapat menjimatkan
kos pembinaan lebuhraya yang memakan kos berbillion ringgit?
Begitu
juga jarak yang ditempuh dipaksa melalui sempadan Brunei di mana kenderaan dari
Sabah ke Sarawak dan sebaliknya terpaksa menggunakan pasport untuk meneruskan
perjalanan seterusnya. Adakah kerajaan Malaysia membuat perjanjian dengan
kerajaan Brunei supaya perjalanan melalui Brunei diberikan kelonggaran seperti
perjalanan menggunakan pasport biasa? Adakah kerajaan merancang untuk
menggunakan cara lain tanpa menggunakan pasport untuk pergi ke destinasi tanpa
melalui Brunei?
Kami
menggesa isu ini diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk perjalanan
menggunakan Lebuhraya Pan Borneo akan memberi faedah kepada penduduk Borneo
khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak dan Brunei dan ini akan meningkatkan
lagi ekonomi negara. Diharap pihak yang berkenaan dapat memberi jawaban tentang
persoalan yang tersebut diatas.
Jofri
Jaraiee
Pesuruhjaya
PAS, Sarawak
English
version
Does Pan Borneo Highway reach its
target?
The main
route originally designed to connect the vast Sabah and Sarawak states with
Brunei began between the 1960s when it was known as the Trans-Borneo Highway.
The impetus for better road links throughout Sabah and Sarawak expanded in the
'70s, leading to a plans by the Government of Malaysia (both Federal and
State), Brunei and Kalimantan Indonesia to further develop the idea of
constructing a highway along the coastline of Borneo. It will be called the Pan
Borneo Highway.
To
accelerate the socio-economic growth of Sabah and Sarawak, a major effort to
develop and upgrade the Pan Borneo Highway was announced by the Prime Minister
of Malaysia in April 2013 as part of the Government's Promises to the State.
This is followed by a commitment in the 2015 Budget.
When
completed by mid-2021, the Sarawak Pan Borneo Highway from Telok Melano to
Merapok is expected to cover a distance of 1,060 km. The future 4-lane dual
carriageway and toll-free Pan Borneo Highway is expected to be the backbone of
transportation in the states of Sabah and Sarawak and will play a key role in
opening up economic corridors and opportunities in the areas it earns.
A lot of
questions arise when there is a power transition at the central level where
previously the Barisan Nasional government has approved the budget for the Pan
Borneo Expressway project to be completed in 2021. The construction of the Pan
Borneo Highway for the sector in Sarawak, involving a distance of 1,089 km, is
expected to be completed ahead of the schedules. Bernama reported that the
construction expected to be completed in 2021 is now at two percent faster than
its construction.
Will Pan
Borneo Highway reach its target when the federal government has switched from
Barisan Nasional (BN) government to Pakatan Harapan (PH)? Looking at the
economy and the opportunity to expand business space between Sabah, Sarawak,
Brunei and Indonesia, the Pan Borneo Highway is one of the best ways to develop
Borneo as a whole.
Can the
PH government continue the Pan Borneo Highway project in the current economic
downturn? The construction cost of the Pan Borneo Highway should also be
monitored so that it does not happen leakage and it will reduce the cost of
construction by giving many opportunities to qualified local contractors to run
them. The open tender proposed by the new Works Minister should also be taken
into consideration so that it does not increase the cost to the previously
approved budget.
There
are some issues arising, when we find that the construction of the Pan Borneo
Highway uses bamboo as a material to withstand the weight of the highway. Why
must use bamboo and is this material suitable to withstand heavy loads for
highway construction? Is this material suitable and can save the cost of
building highways that costing billions of ringgit?
Similarly,
the distance traveled was forced through the Brunei border where vehicles from
Sabah to Sarawak and vice versa had to use a passport to continue the next
trip. Do the Malaysian government make any agreement with the Brunei government
so that travelling through Brunei given a flexibility like a trip using a
typical passport? Are the government planning to use another short way without
using a passport to travel to destination without going through Brunei?
We urge
this issue be given due consideration for the trip using the Pan Borneo Highway
will benefit the residents of Borneo specifically for the people in Sabah and
Sarawak and Brunei and will further enhance the country's economy. It is hoped
the relevant parties can provide answers on the above-mentioned issues.
0 Comments Received
Post a Comment