Penduduk kampung merayu jangan menceroboh tanah adat mereka
  
MIRI – Konflik takrif tanah Hak Adat (NCR) masih menjadi isu panas dan timbul salah faham kerana salah tafsir oleh sesetengah pihak, sebagai contoh, menteri-menteri, wakil-wakil rakyat (Ahli Parlimen, ADUN), pegawai kerajaan, syarikat swasta, peguam dan juga pemimpin masyarakat.

Masyarakat Dayak di Sarawak secara tradisinya mempunyai hak untuk menggunakan tanah itu dengan mengamalkan adat mereka sejak dari generasi ke generasi. Selaras dengan Kanun Tanah 1957 Sarawak, tanah adat Bumiputra ['Native Customary Land' (NCL)] yang diiktiraf.

Masyarakat Dayak, khususnya kaum Iban, telah diperuntukkan 2 juta hektar tetapi mereka juga mengemukakan tuntutan baru untuk menggunakan tanah adat Pulau Galau dan Pemakai Menoa. Desakan ini telah menyebabkan keresahan di kalangan orang orang Melayu di Sarawak termasuk Suku kaum Jatti Meirek, Kedayan, Vaie Segan dan lain-lain etnik di Sarawak. Hak Adat Bumiputera Sarawak yang terkandung dalam Undang-undang Tanah Sarawak @ Sarawak Land Code (1958) memberi hak yang sama kepada orang Melayu Sarawak.

Perkara ini perlu dibincangkan sekali lagi oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan antara masalah hak tanah adat orang Melayu dan hak adat orang Dayak di Sarawak termasuk Suku kaum Jatti Meirek, Kedayans, Vaie Segan dan kumpulan etnik lain di Sarawak.

Baru-baru ini penduduk di Kampung Pujut Tanjung Batu merayu kepada kerajaan supaya tanah yang dikhaskan untuk padang bola sepak dan program ibadat Qurban bagi penduduk kampung yang telah diceroboh oleh pemaju perlu segera dihentikan. Menurut salah seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Armin memberitahu pihak kami, hanya di kawasan itu terdapat tanah kosong yang telah digunakan oleh penduduk untuk berkebun dan sebagainya. Mereka telah lama meneroka tanah sejak dari nenek moyang mereka dulu. Tanah itu termasuk dalam tanah 'Temuda' yang terdiri daripada tanah yang ditanam dengan tanaman dan tanah yang telah ditanam sebelumnya tetapi telah ditinggalkan sesuai dengan siklus penanaman untuk kesuburan tanah dan pemuliharaan hutan.


Walaupun telah dimaklumkan bahawa kawasan itu adalah tanah rezab untuk penduduk Pujut, namun para pemaju terus berdegil dan masih terus bekerja di lapangan dan banyak belia dan tukang kebun yang menggunakan jalan itu mengadu kerana laluan utama mereka yang digunakan selama beberapa dekad telah diambil oleh pemaju.

Dengan paras penambakan tanah yang terlalu tinggi dari jalan raya, penduduk bimbang dan ianya tidak mustahil kampung Pujut akan ditenggelami oleh banjir kilat jika hujan lebat berterusan, pihak kerajaan boleh turun padang untuk melihat sendiri arus air deras dari bukit yang berdekatan mengalir ke kawasan kampung Pujut.

Ia sepatutnya aliran air disalirkan terus ke dalam laut daripada menggunakannya sistem perparitan yang sedia ada kini sempit dan kecil. Perlu dibina saliran konkrit yang mengalir terus ke laut bukan parit yang sempit menyebabkan banjir di kawasan perumahan dan kebun.

Air yang mengalir ke dalam parit kampung dan paras tahap yang tinggi penambakan tanah tidak mustahil kampung Pujut Tanjung Batu akan ditenggelami oleh air seperti dalam tahun 60-an dan 80-an di mana pada masa itu kampung Pujut dilanda banjir besar sehingga hingga ke paras 10 kaki mengikut kenyataan Armin.

Penduduk kampung mendesak kerajaan mengambil tindakan segera terhadap isu-isu yang mereka hadapi kerana mereka tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku jika pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk mencegah pencerobohan tanah mereka serta masalah pengairan yang tidak terkawal.
Kerjasama dengan pihak berkuasa dan mereka yang terlibat dengan masalah ini sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak
English version

The villagers appealed not to encroach on their ancestral land

MIRI – Conflict definition of Native Customary Rights (NCR) land is still a hot issue and misunderstanding arises because of misinterpretation by some parties, for example, ministers, representatives of the people (MPs, ADUNs), government officials, private companies, lawyers and even community leaders.

The Dayak community in Sarawak have traditionally have the right to use the land by practicing their customs since from generation to generation. In accordance with the 1957 Land Code of Sarawak, Native Customary Land (NCL) is recognized.

Dayak community, especially the Iban, has been allocated 2 million hectares, but they also put forward new demands for the traditional land of Pulau Galau dan Pemakai Menoa. This urge has caused anxiety among the Malays in Sarawak including the Jatti Meirek tribe, Kedayan, Vaie Segan and other ethnic groups in Sarawak. The Sarawak Native Customary Rights contained in Sarawak Land Law (Sarawak Land Code) (1958) gives the same rights to the Sarawak Malays.

This matter should be discussed again by the authorities to avoid misunderstandings and confusion between the problem of customary land rights of the Malays and the customary rights of Dayaks in Sarawak including the Jatti Meirek tribe, Kedayans, Vaie Segan and other ethnic groups in Sarawak.

Recently residents in Kampung Pujut Tanjung Batu appealed to the government so that the land reserved for football field and for Qurban worship program for villagers that has been encroached by the developer need to be stop immediately. According to one of the villagers known as Armin told us, only in the area was the vacant land used by the residents for gardening and so on.They have long been exploring the land from their ancestors. The land is included in the land of 'Temuda' consisting of land grown with crops and land previously planted but abandoned in accordance with the planting cycle for soil fertility and forest conservation.

Although it has been informed that the area is reserved land for Pujut villagers, but the developers continue to stubbornly and still continue to work on the ground and many youth and gardeners who use the road complain because their main route used for decades has been taken by the developer.

With the high level of land reclamation from the roads, the residents are worried but it is not impossible.
Pujut village will be submerged by flash floods if heavy rain continues, the government could get off the field to see for themselves flowing currents from the nearby hill flowing to the village of Pujut.

It is supposed the flow of water is drained directly into the sea instead of using existing drainage system is now cramped and small.There should be constructed of concrete drainage which flows directly into the sea instead of the narrow ditch that caused flooding in residential and farm areas.

The water that flows into the ditch of the village and the high level of land reclamation is not impossible the Pujut Tanjung Batu village will be flooded by water as in the 60's and 80's where at that time the Pujut village was hit by a massive flood of up to 10 feet according to Armin's statement.

Villagers urged the government to take immediate action on the issues they face because they do not want any unwanted things to happen if the authorities do not act immediately to prevent their land invasion as well as uncontrolled irrigation problems.
Collaboration with the authorities and those concerned with the problem are greatly appreciated.