Perkhidmatan Unifi untuk kemudahan pelajar perlu ditingkatkan

Image result for unifi sarawak coverage

Keputusan Kementerian Pendidikan untuk menamatkan serta merta perkhidmatan Internet TM Unifi di lebih 1,000 sekolah di negeri Sarawak amat mengecewakan para pendidik dan pelajar yang amat  memerlukan perkhidmatan Unifi berkelajuan lebih 100Mbps.

Baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Gobind Singh Deo menyatakan mahu melaksanakan sistem jalur lebar dengan kelajuan dua kali lebih pantas, pada separuh harga tetapi sebaliknya mereka mengantikan dengan perkhidmatan jalur lebar Zoom YES dengan kelajuan minimum hanya 1Mbps hingga 4Mbps yang sudah tentu lambat untuk menampung keperluan pelajar yang ramai.

Kami mengesa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sistem jalur lebar dengan kelajuan dua kali lebih pantas, pada separuh harga pada semua pusat pendidikan di negara ini. Perkhidmatan Unifi dan jalur lebar Internet perlu ditingkatkan dengan kelajuan lebih dua kali ganda dari sekarang dengan harga yang berpatutan. Kebanyakkan perkhidmatan jalur lebar yang digunakan di Malaysia agak lambat dengan harga yang agak mahal.

Kualiti perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar juga perlu ditingkatkan kerana masih terdapat kawasan di mana sistem isyarat jalur lebar tidak dapat menerima isyarat maksimum dan juga pada kadar yang agak perlahan. Disamping itu kemudahan asas seperti elektrik dan juga bekalan air bersih untuk penduduk Sarawak perlu diberi keutamaan.

Kami harap masalah ini dapat diberi perhatian oleh kerajaan PH (Pakatan Harapan) dan diatasi dengan segera oleh pihak yang berkenaan untuk memberi kemudahan kepada pengajar dan pelajar yang amat memerlukan perkhidmatan Unifi dan sistem jalur lebar yang lebih pantas dan lancar dengan harga yang berpatutan. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Unifi services for student facilities need to be improved

The decision of the Ministry of Education to immediately terminate the TM Unifi Internet service in more than 1,000 schools in the state of Sarawak is very frustrating for educators and students who are in desperate need of 100Mbps Unifi speeding services.

Recently, the new Communications and Multimedia Minister, Gobind Singh Deo, said they wanted to implement broadband systems at speeds twice as fast, at half price but instead they replaced with the Zoom YES broadband service with a minimum speed of only 1Mbps up to 4Mbps which is certainly slow to accommodate the needs of many students.

We urge the Ministry of Education and the Ministry of Communications and Multimedia to further improve the quality of broadband system services at twice the speed, at half price at all educational centers in the country. Unifi and Internet broadband services need to be improved with more than twice the speed of current at an affordable price. Most of the broadband services used in Malaysia are quite slow at relatively expensive prices.

The quality of broadband services in rural areas should also be improved as there are still areas where broadband signal systems cannot receive maximum signals and also at relatively slow pace. In addition, basic amenities such as electricity as well as clean water supply for Sarawakians should be given priority too.

We hope this issue can be addressed by the PH Government (Pakatan Harapan) and promptly addressed by the relevant party for convenience to educators and students who are in need of Unifi services and broadband systems that is faster and smoother at reasonable prices. Collaboration with the relevant parties to address this problem is greatly appreciated.