PAS Sarawak mengucapkan takziah kepada anggota keluarga penyelamat yang mati lemas

PAS Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga enam anggota Bomba dan Penyelamat, empat anggota PPDA Port Klang, Fatah Mohd Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, manakala Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, ahli PPDA Shah Alam lemas semasa operasi mencari dan selamat seorang remaja berusia 17 tahun, Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam, yang hilang dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong petang semalam. Semoga anggota keluarga mereka yang terlibat tabah menghadapi ujian yang berat ini.

Salah seorang anggota penyelamat adalah dari Sarawak iaitu Yahya Ali dari Kampung Tian Matu, Mukah. Semoga roh beliau dan rakan-rakan beliau yang sama-sama terkorban tergolong dalam orang yang mati syahid.

Menurut hadis Riwayat al-Bukhari antara lima golongan yang mati syahid adalah orang yang mati kerana wabak Taun mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan bencana alam dan syahid di jalan Allah.

Mereka sanggup berkorban kerana ingin membantu orang lain. Semoga pihak yang berkenaan dapat terus memberi bantuan kepada keluarga mangsa kerana jasa mereka amat besar. Semoga roh-roh mereka yang terkorban itu ditempatkan bersama roh para solehin. Aameen


Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Sarawak PAS expresses condolences to members of the dead family rescuers

Sarawak PAS condolences to the families of the six members of the Fire and Rescue, the four members of the PPDA Port Klang,  Fatah Mohd Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, and Yahya Ali, 24, while Adnan Othman, 33, and Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, a member of the PPDA Shah Alam drown when searching operation and safe a 17-year-old teenager, Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam, who was missing in a mine at Taman Putra Perdana, Puchong yesterday afternoon. We wish the family members of those involved tough to face this heavy test.

One of the rescue members was from Sarawak, Yahya Ali from Kampung Tian Matu, Mukah. Hopefully his soul and his friends who died together belong to the martyrs.

According to a hadith narrated by al-Bukhari, among the five people who were martyred are people who die of cholera, died from abdominal illness, drown, the ruins of natural disasters and martyrs in the way of Allah.

They are willing to sacrifice because they want to help others. We hope relevant parties can continue to provide assistance to the families of the victims because of their great service.

May their dead soul be placed with the souls of the righteous. Aameen

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief