Pemandu tidak bertanggungjawab dan mabuk adalah punca
kemalangan maut
Kebanyakan kes kemalangan maut berlaku disebabkan oleh
faktor pemandu selain jalan dan kenderaan. Tiga faktor dikenal pasti sebagai punca kemalangan jalan
raya, kenderaan, pemandu dan jalan raya. Faktor utama yang menyumbang kepada
kemalangan jalan raya di negara ini adalah kecuaian pemandu atau masalah
teknikal kenderaan selain dari jalan.
Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke mengesahkan
kewajipan untuk memakai tali pinggang keledar untuk individu melebihi 17 tahun
di kerusi belakang atau didenda RM300.
Juga, kanak-kanak atau remaja di bawah 17 tahun yang tidak
memakai boleh menyebabkan pemandu disaman.
Denda RM300 kerana tidak memakai tali pinggang keledar untuk
penumpang yang duduk di tempat duduk belakang untuk kanak-kanak dan remaja
harus dikaji semula.
Ini perlu dikaji semula kerana ia melibatkan kos pengguna
yang membawa lebih daripada 3 penumpang duduk di belakang kerana keluarga kecil
tidak mempunyai masalah untuk memenuhi peraturan keselamatan jalan raya. Bagi
keluarga berpendapatan rendah yang besar, kos membeli kenderaan baru atau
memasang peranti keselamatan pengguna tidak dapat dipenuhi sepenuhnya.
Bagi orang yang mampu dan menerima elaun beribu-ribu ringgit
sebulan seperti Menteri, tidak menjadi masalah untuk menyediakan kenderaan yang
bagus untuk anak-anak mereka tetapi bagi orang-orang berpendapatan rendah dan
sederhana ini adalah beban kepada mereka.
Adakah mereka perlu meninggalkan anak-anak mereka kerana
kenderaan mereka dibenarkan membawa hanya 5 penumpang termasuk pemandu? Atau
adakah mereka perlu menyewa kenderaan yang lebih besar untuk membawa anak-anak
mereka ke sekolah atau percutian keluarga mereka atau pulang ke kampong
halaman? Semua ini pastinya melibatkan kos yang besar jika anda ingin memenuhi
peraturan keselamatan yang melibatkan peralatan keselamatan di dalam kenderaan.
Untuk mendapatkan RM50 - RM100 sehari pun sukar, apa lagi
untuk membeli kenderaan baru dan kerusi keselamatan kanak-kanak yang pasti akan
menambah kos dan beban kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Jelasnya, pemandu, kenderaan, dan jalan raya merupakan
faktor kemalangan. Tetapi perlu diingat bahawa tanpa pemandu, kemalangan itu
tidak akan berlaku tanpa pemandu, kenderaan itu tidak akan bergerak sendiri.
Sikap pemandu tidak berdisiplin dan berhemah dan memandu di bawah pengaruh
dadah dan mabuk adalah faktor utama dalam kemalangan yang membawa maut. Jadi,
mengapa perlu denda kenderaan yang tidak dilengkapi dengan peralatan
keselamatan?
Peralatan keselamatan hanya sebagai peralatan persisian
untuk mengurangkan kecederaan semasa kemalangan dan bukan menyelamatkan nyawa sekiranya
kenderaan mengalami kerosakan teruk dalam kemalangan.
Saman itu adalah pilihan terakhir yang akan diambil terhadap
pemandu yang melanggar peraturan jalan raya, bukan kenderaan yang tidak
dilengkapi dengan peralatan keselamatan.
Kami juga menggesa dan mencadangkan agar kerajaan
menyediakan kenderaan untuk kanak-kanak sekolah untuk pergi ke sekolah-sekolah
yang menggunakan perkhidmatan bas percuma dan bukannya menyediakan kemudahan
kepada warga asing menggunakan perkhidmatan bas awam percuma di kawasan
kediaman.
Memberi perkhidmatan bas percuma kepada kanak-kanak sekolah
adalah lebih berfaedah daripada memberi peluang kepada warga asing untuk
mengakses perkhidmatan ini sambil memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk
mengurangkan perbelanjaan ke atas golongan berpendapatan rendah.
Pendidikan sivik seperti peraturan lalu lintas mesti
dipelajari di sekolah rendah dan menengah supaya pelajar menjadi lebih
berdisiplin, bertanggung jawab dan berhemah semasa memandu di jalan raya.
Banyak faktor perlu dipertimbangkan semasa di jalan raya,
seperti kenderaan yang berfungsi dengan baik, keadaan emosi, kesihatan diri dan
keadaan jalan dan cuaca. Jika pemandu berhati-hati dan bertanggungjawab,
kemalangan jalan raya dapat dielakkan walaupun kenderaan tidak dilengkapi
dengan peralatan keselamatan sepenuhnya.
Kami menggesa kerajaan mengkaji semula peraturan keselamatan
jalan raya supaya ia tidak menjadi beban kepada pengguna dan tindakan tegas
mesti diambil terhadap pemandu yang cuai dan mabuk. Ini adalah beberapa faktor
yang menyebabkan kemalangan jalan raya.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak-pihak yang terlibat
dalam menyelesaikan masalah ini sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
Irresponsible and drunk drivers are the cause of fatal
accidents
Most cases of fatal accidents occur due to driver factors
other than roads and vehicles. Three factors are identified as the leading
cause of road accidents, vehicles, drivers and roads. The main factors
contributing to road accidents in the country are driver negligence or vehicle
technical problems apart from the road.
Malaysian Transport Minister YB Anthony Loke confirmed the
duty to wear seat belts for individuals over 17 years in the back seat or fined
RM300. Also, children or teens under 17 years who do not wear can cause the
driver being summoned.
The RM300 fine for not wearing a seat belt for passengers
sitting in the back seat for children and teens should be reviewed.
This needs to be reviewed as it involves the cost of users
carrying more than 3 passengers sitting in the back as small families have no
problem meeting road safety regulations. For large low-income families, the
cost of buying a new vehicle or installing a user safety device cannot be fully
met.
For those who are capable and receive an allowance of
thousands of ringgits a month like the Minister, it is not a problem to provide
a great vehicle for their children but for low and medium-income people this is
a burden on them.
Do they have to leave their children because their vehicle
is allowed to carry only 5 passengers including the driver? Or do they need to
rent a bigger vehicle to take their kids to school or their family vacation or
back to home town? All this certainly involves significant costs if you want to
meet safety regulations involving safety equipment in the vehicle.
To earn RM50 - RM100 a day is difficult, what more to buy
new vehicles and child safety seats that will increase the cost and burden of
the lower-income group.
Obviously, drivers, vehicles, and roads are a factor in
accidents. But keep in mind that without the driver, the accident would not
have happened without the driver, the vehicle would not have moved by itself.
The attitude of the driver is not disciplined and prudent and driving under the
influence of drugs and intoxication is a major factor in the fatal accident.
So, why should fine the vehicle that is not equipped with safety equipment?
Safety equipment is only as peripheral equipment to reduce
injuries during an accident rather than save lives in the event the vehicle
severe damage in an accident.
The suit is the last resort to be taken on drivers who
violate road rules, not the vehicle, is not equipped with safety equipment.
We also urge and recommend that the government provide
vehicles for school children to go to schools that use free bus services
instead of providing foreigners with free public bus services in residential
areas.
Providing free bus services to school children is more
beneficial than giving foreigners access to these services while giving these
children the opportunity to cut down on spending on the lower-income group.
Civic education such as traffic rules must be learned in primary
and secondary schools so that students become more disciplined, responsible and
prudent while driving on the road.
Many factors need to be taken into consideration while on
the road, such as a well-functioning vehicle, emotionally controlled, personal
health and road and weather conditions. If the driver is careful and
responsible, the road accident can be avoided even if the vehicle is not fully
equipped with safety equipment.
We urge the government to review the road safety regulations
so that it will not be a burden to the user and decisive action must be taken
against careless and drunk drivers. These are some of the factors that cause
road accidents.
The cooperation and the attention of the parties involved in
solving this problem is greatly appreciated.
Read more...