Banjir
kilat & pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan memerlukan perhatian
pihak berkuasa
Semasa hujan lebat,
banjir kilat sering berlaku di kawasan perumahan 3E, Piasau Jaya Fasa 4, Miri.
Parit sempit dan rumput yang tumbuh di sepanjang saluran air menjadikannya
sukar untuk air hujan mengalir lancar.
Salah seorang
penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan dan tinggal di kawasan perumahan
mengadu kepada pihak kami bahawa kawasan itu sering dilanda banjir kilat
apabila hujan lebat berlaku.
Menurutnya lagi,
kadang-kadang air akan mengalir masuk ke ruang tamu tempat dia tinggal. Beliau
sering bimbang jika hujan berterusan, air dari longkang akan membanjiri kawasan
itu.
Dia telah mengadu
perkara itu kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah
saliran yang tersumbat, tetapi tiada tindakan diambil.
Kami menggesa
Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk mengambil tindakan segera terhadap masalah
yang dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan Piasau Jaya Fasa 4, lorong 3E.
Kerja membersihkan
saliran yang tersumbat dan membuang rumput yang merupakan sumber saliran
tersumbat harus dilakukan dengan segera untuk mencegah banjir kilat dan
pembiakan nyamuk Aedes.
Nyamuk Aedes dengan
mudah boleh membiak di dalam takungan seperti longkang tersumbat, tayar buruk
dan bekas penyimpanan air.
Untuk memastikan
kebersihan dan kesihatan penduduk perumahan, kerjasama dengan pihak MBM dan
pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera adalah
sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
Flash
Floods & Aedes mosquito breeding in residential areas require the attention
of the authorities
During heavy rains,
flash floods often occur in the 3E residential area, Piasau Jaya Phase 4, Miri.
Narrow trenches and grass growing along the waterways making it difficult for
the rainwater to flow smoothly.
One of the
residents who do not want to be named and stay in a residential area complained
to us that the area is often flooded when heavy rains occur.
According to him,
sometimes water will flow into the living room where he lives. He is often
worried that if the rain continues, the water from the drain will be flooding
into the area.
He has complained
the matter to the parties concerned to resolve the problem of clogged drains,
but no action was taken.
We urge the Miri
City Council (MCC) to take immediate action on the problems faced by the
residents in a residential area Piasau Jaya Phase 4, lane 3E.
Removal of clogged
drainage and removal of grass which is the source of clogged drainage should be
done immediately to prevent flash floods and Aedes mosquito breeding.
Aedes mosquitoes
can easily breed in reservoirs such as clogged drains, bad tires, and water
storage containers.
0 Comments Received
Post a Comment