Pesakit strok memerlukan bantuan 


Strok atau "angin ahmar" adalah masalah kesihatan yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu. Satu lagi bahagian otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak menjadi rosak atau mati, mengakibatkan tubuh dikawal oleh otak yang tidak berfungsi. Strok adalah kecederaan saraf yang serius dan gejala-gejalanya adalah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

PAS Miri melawat salah seorang pesakit strok yang tinggal di kawasan perumahan Kampung Tudan Fasa 2 Lutong dan menawarkan bantuan untuk meringankan beban beliau. PAS juga telah menyumbangkan bantuan untuk meringankan beban keluarga yang terlibat.

Salah seorang mangsa strok, Abdul Ra'of Bin Kadir mengalami strok pada akhir tahun lalu dan dia mempunyai 3 orang anak dan salah seorang anaknya, berusia 2 tahun baru-baru ini meninggal dunia akibat daripada serangan jantung berlubang.  Sekarang dia tidak boleh bekerja seperti biasa kerana strok dan isterinya adalah suri rumah sepenuh masa.

Mudah-mudahan, Abdul Ra'of dapat pulih dan kembali normal agar dia dapat menyara keluarganya semula. Setakat ini, dia masih memerlukan bantuan untuk menyara keluarganya.

Mereka memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Mungkin dengan sedikit bantuan, ia dapat meringankan beban kehidupan keluarga mereka sekurang-kurangnya mereka dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Kami menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, NGO dan orang ramai untuk menyumbangkan secara bersama dan membantu meringankan beban keluarga yang terlibat dalam masalah ini.

Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.


Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Stroke patients need help

Stroke or "angin ahmar" is a health problem caused by blockage of blood vessels and blood supply to the affected brain. Another part of the brain does not get enough oxygen and therefore, the brain cells become damaged or die, resulting in the body is controlled by the brain that is not functioning. Stroke is a serious nerve injury and its symptoms are sudden loss of nerve function.

Miri PAS visited one of the stroke patients living in the Kampung Tudan Phase 2 Lutong residential area and offered some help to ease his burden. PAS also donated some help to ease the burden of the families involved.

One of the victims of the stroke, Abdul Ra'of Bin Kadir suffered a stroke at the end of last year and he has three children and one of his sons, aged 2 years recently passed away from a perforated heart attack. Now he can't work as usual because of the stroke and his wife is a full-time housewife.

Hopefully, Abdul Ra'of can recover and return to normal for him to support his family back. So far, he still needs help to support his family.

They need help to carry on with their daily lives. Perhaps with a little help, it can ease the burden of their family life at least they can continue with their lives as usual.

We urge the Department of Social Welfare, Baitulmal, NGOs and the public to collectively contribute and help ease the burden of families involved in this problem.

Cooperation with the relevant parties to resolve this issue is very much appreciated.