Pegawai E-kasih gagal jejak golongan miskin tegar di Bandaraya Miri
Penduduk setinggan Pujut Tiga di Sungai Adong berebut-rebut mengambil bungkusan makanan pemberian PAS.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi menyampaikan bungkusan kepada salah seorang penerima.
Dua bungkus mee hon, sepaket minyak masak dan sekampit gula.. itu saja dari Presiden PAS.
SUNGAI ADONG – Dengan pemberian hanya dua bungkus mee hon, sepaket minyak masak dan sekampit gula, penduduk miskin dan berpendapatan rendah di kawasan setinggan di sepanjang Sungai Adong, Pujut 3 begitu gembira menyambut kunjungan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Asong Dungau menjinjing bungkusan yang mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.
Kunjungan itu diketuai oleh Presiden PAS, Dato Sri Abdul Hadi Awang. Hadir sama Ketua PAS Miri, Jofri Jaraiee dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita PAS bukan Islam, Madelline Len.
Seramai 134 penerima didaftarkan untuk menerima bantuan tersebut, namun sebahagian daripada mereka begitu teruja sehingga sanggup berebut-rebut mendapatkan bungkusan itu yang disimpan di atas ruangan penyimpanan barang kenderaan pacuan empat roda.
Beberapa penerima yang kebanyakan golongan warga emas dan suri rumah ketika ditemui memberitahu, mereka berasa terharu dengan pemberian tersebut dan tidak menyangka akan diberi mee hon, minyak masak dan gula memandangkan sebelum ini pernah mendapat bantuan yang sama.
Asong Dungau, 76, dari Long Moh, Baram ketika ditemui berkata, bantuan itu amat bernilai bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti mereka.
“Saya pernah meminta bantuan E-Kasih namun tidak berhasil. Saya juga tidak mendapat bantuan beras untuk golongan miskin tegar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, walaupun saya patut menerima,” katanya sambil menjinjing tiga buah beg mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.
Paya Jau, 77, dari Long Anyat, Baram pula menambah, setakat ini sudah dua kali PAS memberikan bantuan makanan kepada penduduk setinggan di situ.
“Kami berharap kerajaan dapat memberikan bantuan dan lebih prihatin dengan keadaan kami di sini yang begitu miskin dan daif,” katanya yang sudah lebih 30 tahun menetap di kawasan setinggan itu.
Alhamdulillah....tahniah PAS!
Kenapa tidak seluruh org miskin di Sarawak diberikan sumbangan yg sama, kalau bukan gimik politik murahan...
Di negeri2 Pakatan Takyat tidak ada setingganlah ye? Hanya di Miri ajekah?
Bagaimana nak jadi pejuang Islam kalau hanya sumbangan sekecil itu riuh seluruh dunia???
Alhamdullillah & tahniah pada PAS Miri walaupun sedikit sumbangan sekurang2nya mereka berusaha untuk membantu rakyat yg miskin dengan kadar kemampuan yang ada. Bagi mereka yang hanya tau comment yg tidak turun ke padang, janganlah meremehkan usaha PAS Miri dgn menyatakan "..Kenapa tidak seluruh org miskin di Sarawak diberikan sumbangan yg sama.."
Sepatutnya perkara ini dilakukan oleh pihak pemerintah bukannya PAS Miri seorang..ini bagi kita bukan gimik politik murahan tapi sebagai rangsangan utk pihak pemerintah bekerja lebih keras lagi utk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.. fikir2lah sendiri jgn suka mencelah orang yang membuat kebajikan biarlah mereka buat kebajikan mengapa mesti ada pulak orang susah hati melihat kebaikan yg di buat oleh PAS kepada orang lain...kalau rasa PAS Miri buat gimik politik murahan ...tolong2lah masyarakat miskin di Sarawak ini dengan cara tersendiri..itu pun kalau mampu...ini pandangan pemerhati politik
Malu tengok org2 Miri, Swak berebut2 makanan sumbangan..macam yg xpernah makan....
Adakah itu yg nak ditunjuk...sebab kerajaan xjaga kebajikan mereka?
Adakah ini konsep 'Tangan Kanan yg memberi, tangan kiri xtahu'?
kadang2 kita kena tunjuk sesuatu kebajikan kpd orang ramai bukan utk kepentingan sendiri tapi lebih kepada cara nk mengajak atau menyedarkan mereka yg diberi amanah agar menjalankan tugas mereka kepada semua tanpa mengira fahaman politik...tetapi mengapa masih ada lagik org x suka org membuat kebajikan utk semua...biarlah PAS buat kebajikan mengapa kamu susah hati????PAS bukan ambik duit rakyat pun....x taulah kalau ada org ambik duit rakyat lepas ya mengaku duit sendiri utk kepentingan politik sendiri!!!
Askm. Itulah masalahnya. Kebenaran hanya berlandaskan niat yg hanya Allah SWT saja yg mengetahuinya.
Pada lahirnya... politik tu sama je. Matlamat ahli2 politik, tak kira dari parti mana pun, hanya SATU je, iaitu hendakkan KUASA dan nekmat dunia. Nampak pada zahir, segala2nya ok...halal..Wallahu'alam.
Askm,
Suka tak suka kita kena juga lantik wakil rakyat dari parti politik pilihan masing2. Pada saya PAS ok lah tapi bila dia bersekongkol dgn DAP & PKR utk memerentah negara, saya hilang keyakinan terhadapnya.
Mereka ini yakni PAS , DAP & PKR, bukan ibarat lagi tapi terang2 tidur sebantal mimpi lain2. Ini akan mengundang masalah ketika mentadbir negara nanti. Maklum je lah ada 3 kepala. Lingkup negara dibuatnya nanti.
Kita berdoalah semuaga kita semua dilindungi olih Allah SWT dari bencana.