Miri, 5 Julai - Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat, Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Miri petang semalam kerana memakai baju-T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH sekali gus menjadikannya tangkapan pertama di Sarawak. Zulhaidah yang tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam, ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.
Zulhaidah dihadapkan ke mahkamah pagi ini dan ditahan reman selama 3 hari sehingga Jumaat. Penyokong-penyokong Zulhaidah mula membanjiri mahkamah sejak awal pagi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap exco AMK tersebut.
PAS Sarawak melalui Ketua Penerangan, M Azwani Rani, Ketua Pemuda, M Arifiriazul dan exco-exco Dewan Pemuda Sarawak turut hadir ke Mahkamah Miri hari ini bagi menyatakan sokongan PAS terhadap Zulhaidah.
M Azwani, yang ditemui wartawan sejurus selepas itu, menyatakan kekesalan PAS terhadap penahanan itu yang disifatkan sebagai mencemari semangat demokrasi dan perlembagaan Malaysia. Azwani juga menyatakan komitmen PAS Sarawak terhadap tuntutan BERSIH yang menuntut pilihanraya yang lebih bersih dan adil di samping akan mematuhi saranan dan pandangan Yang di-Pertuan Agong semalam terhadap tuntutan BERSIH.
Turut bersama di Mahkamah pagi tadi ialah Dr Micheal Teo, Pengerusi PKR Cabang Miri dan ahli keluarga Zulhaidah.
Dalam Islam tidak ada kaedah terbaik nak selesaikan masalahkah?
Kan Islam itu agama yg syumul?
Knapa pula ikut telunjuk non muslim?
Hang pkiqlah sendiri....!
Padan muka tak malu!!!
Bagaimana kalau PR memerintah nanti,adakah rakyat bebas buat DEMO?
Otak longkang!!!
Polis Menjaga keselamatan majoriti rakyat supaya keamanan tidak digadai oleh segelintir manusia yg haprak dan sakit jiwa (pengacau)!
TAHNIAH PDRM!
Hanya yg ada kesedaran saja mampu menilaikan antara kerajaan baik dan buruk..
PDRM tunggangan BN. Menurut arahan.
Syabas sorg wanita mnjadi contoh krn berani menyokong BERSIH..
Teruskan