RM69.3 juta untuk pembangunan Miri
by Steve Annuar. Posted on June 26, 2010, Saturday
Jumlah itu meningkat sebanyak RM14 juta berbanding RM55.1 juta tahun ini
MIRI: Sebanyak RM69.3 juta akan diperuntukkan untuk pembangunan Bandar raya Miri pada tahun depan berbanding RM55.1 juta yang diperuntukkan untuk tahun ini. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM14 juta daripada tahun ini. Berdasarkan laporan bajet tahunan MBM untuk tahun 2011, perbelanjaan ber¬jumlah RM69.3 juta diper¬lukan untuk projek-projek pembangunan di Miri meli¬batkan kerja-kerja menaik taraf, penyediaan kemudahan dan landskap, berbanding RM55.1 juta pada tahun ini.Perbelanjaan utama MBM adalah untuk penyelenggaran jalan, parit banjir, landskap, pembersihan bandar, lampu ja¬lan dan pengurusan sampah.
Sementara itu, MBM men¬gunjur pertambahan hasil pendapatan sebanyak RM4 juta pada tahun depan.
Pada tahun 2011, MBM berharap untuk beroleh RM70.9 juta berbanding RM66.5 juta pada tahun ini.
“Kami masih mengemas kini laporan bajet kita sebelum kita kemukakan kepada KASKA (Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam). Kami masih mempunyai tempoh selama sebulan untuk mengkaji semula bajet kita,” jelas Datuk Bandar Lawrence Lai. Beliau berkata demikian kepada media selepas mem¬pengerusikan mesyuarat pe¬nuh anggota MBM di sini, semalam. Mengulas tentang kerja-kerja menaik taraf pasar dan tamu di sini, Lawrence memberitahu, peruntukan berjumlah RM1.3 juta telah diluluskan.
Dana berkenaan akan digu¬nakan untuk menaik taraf la¬pan pasar dan tamu di sini, iaitu Central Market dengan anggaran peruntukan pembaikan berjumlah RM370,000, Tamu Muhibbah dan Tamu Khas (RM50,000), Unity Market (RM35,000), Pasar Minggu Saberkas (RM200,000), Lu-tong Market (RM110,000), Taman Seroja (RM250,000), Taman Tunku (RM80,000) dan Morsjaya (RM60,000). Sejumlah RM100,000 akan digunakan sebagai dana kece¬masan kerja-kerja pembaikan sekiranya diperlukan.


PS: Pembangunan Miri telah di beri peruntukan yang berjuta-juta seperti yang tersebut dalam petikan akhbar Utusan Borneo di atas. Taman Seroja telah diberi peruntukan sebanyak RM250,000.00. Yang musykilnya mengapa tandas awam tidak dapat di bina di Taman Seroja? Kemana perginya peruntukan tersebut???