Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan kenaikan 30% kuota penjawatan jawatan tertinggi dalam sektor korporat. Perkembangan ini diharap dapat memberi kesan positif kepada wanita berkerjaya dan diharap agar pihak kerajaan dapat membuat penyelarasan sebaiknya bila mana ia dilaksanakan.


Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri ingin mengingatkan bahawa polisi-polisi yang memberi perlindungan dan kemudahan kepada wanita ini telah lama dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di negeri Kelantan serta Selangor. Di mana Kelantan dan Selangor adalah negeri pertama yang mengimplimentasikan cuti 90 hari kepada penjawat awam wanita yang bersalin dan kemudian diikuti oleh kerajaan pusat. Di Kelantan telah lama memperkenalkan kaunter pembayaran khas bagi pengunjung wanita di pasaraya-pasaraya sebelum diikuti oleh KTM dengan memperkenalkan gerabak khas untuk wanita.


Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri juga ingin menggesa pihak kerajaan perlu lebih perihatin dan peka dengan keperluan wanita berkerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Perhatian ibu terhadap anak-anak diawal usia mereka amatlah perlu bagi melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang. Anak-anak adalah pelapis masa depan negera dan penumpuan pihak kerajaan dalam hanya meningkatkan kuota 30% tersebut tidak benar-benar melihat keperluan sebenarnya wanita yang berkerjaya.

Oleh yang demikian, Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri mencadangkan agar diwujudkan pusat jagaan anak-anak pejabat-pejabat atau digubal satu polisi yang membolehkan ibu-ibu yang berkerjaya untuk melakukan tugasan pejabat mereka dari rumah. Ini akan memberi kemudahan yang lebih kepada ibu-ibu yang berkerjaya untuk memberi perhatian terhadap anak-anak mereka demi untuk memberi perhatian kepada pembinaan awal anak-anak.


Ummi Zaima,

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri

http://pas-miri.blogspot.com