Kalau SPR Terima Cadangan, Kemungkinan Himpunan Bersih Tidak Akan Diadakan

Tujuan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini adalah untuk mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlaku adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-
1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

Kita mendesak agar SPR dapat menjalankan amanah yang diberi kepada mereka dengan adil dan bebas dari sebarang pengaruh politik. Sekiranya SPR dapat melaksanakan tugas seperti yang tersebut diatas dengan baik tidak timbul orang ramai meragui sebarang tindakan SPR selama ini.
Sekiranya SPR dan kerajaan tidak mahu himpunan bersih diadakan SPR dan mereka yang berwajib seharusnya bersedia untuk bertemu,berunding dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang professional.

Pihak SPR sepatutnya bersedia untuk berubah demi kebaikan untuk semua.
Sebarang pemintaan dari rakyat seharusnya diambil perhatian yang serious dari pihak SPR agar perkara yang tidak sepatutnya berlaku dapat dielakkan. Jadi kita mohon agar mereka yang telah diberi amanah menjaga SPR seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya keatas perkara yang tesebut tadi. Jangan pandang ringan masalah rakyat yang mahu keadilan dan kebebasan untuk bersuara.

Mungkin hari ini kamu diberi kuasa untuk menjaga amanah rakyat dan suatu hari nanti bila kamu sudah tidak berkuasa kamu yang akan menanggung akibat dari perbuatan kamu yang tidak jujur dan tidak amanah. Bagi mereka yang beragama sudah pasti mereka tahu akibat perbuatan mereka didunia akan di soal di akhirat nanti.

Kepada pengurusi SPR kita minta kamu supaya berlaku adil dan amanah dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kamu, mari kita perbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang lalu agar kamu akan dihormati oleh rakyat dan janganlah kamu tunduk kepada arahan yang bercanggah dengan tugas kamu. Kalau kamu sukar untuk melaksanakan tugas kamu dengan adil dan bebas lebih baik kamu letak jawatan secara terhormat, Insya-Allah rakyat akan memandang mulia dan menghormati keputusan kamu.

Sekali lagi kita minta SPR agar menunaikan hasrat dan pemintaan orang ramai agar dapat mengubah apa yang patut demi kebaikan semua. Marilah kita menuju ke arah Negara berkebajikan dan adil untuk semua.


English version
If the EC Accepted the Proposal, Maybe “Himpunan Bersih” will not be held
The Purpose of “Himpunan Bersih 2.0 “ to be held on July 9 is to insist that the Election Commission of Malaysia (EC) to be fair to all parties contesting the next general election.

The main function of the Election Commission is as follows: -
1) research and redrawing parts of Parliamentary Elections and the State each not less than eight years after the date of completion of the study and the redrawing of the business of the preceding;

2) the dealing registration of electors and revision of electoral rolls and

3) conduct elections to the House of Representatives and the Legislative Assembly, and conduct elections in the event of vacancy.

Election Commission policy is to maintain, supervise and maintain the democratic process in the country through the elections free and fair.
It is the responsibility of the Commission to ensure that people can choose their representatives through direct votes in every election.

We urge the EC to carry out the trust given to them in a fair and free from any political influence. If the EC able to perform the duties with excellent as mentioned above the public will not have any doubt with the EC action over the years. If the EC and the government does not want “Himpunan Bersih “ to be held the EC and those authorities should be prepared to meet, negotiate and resolve the problem by the professionals ways.

The EC should be prepared to change for the better for all. Any demand from the people should be seriously noted by the EC so that anything happen can be avoided. So we seek to those who have been entrusted to carry on duty as the EC should ultimately responsible for what as been mentioning earlier. Do not take lightly the problem of people who want justice and freedom of speech.

Maybe today you are authorized to keep the trust of the people and one day when you have no power you will incur as a result of your dishonest and untrustworthy actions. For those religious who believe the day after sure they know what they would be in question in the afterlife.

To the EC chairman we ask you to be fair and honest in discharging the duties entrusted to you, let us correct any past mistakes and blunders so that you will be respected by the people and do not succumb to the instructions that conflict with your duties. If you feel difficult to perform your duties fairly and free you better resign in dignity, God willing, people will look at your character and respect your decision.

Once again we ask the EC to fulfill the wishes and demands of the public in order to change what should be for the good of all.