Baitulmal Sarawak Kurang Perihatin
Tabung Baitulmal Sarawak yang telah ditubuh sejak suku dekad yang lalu adalah merupakan sebuah badan yang diberi tanggungjawab oleh umat Islam di negeri Sarawak untuk menyediakan kemudahan mengutip, mengagih dan mentadbir tiga jenis dana iaitu, Dana Zakat, Dana Wakaf dan Dana Baitulmal.
Tabung ini adalah dibawah kuasa Majlis Islam Sarawak dan merupakan wakil yang bertanggungjawab di dalam pengurusan zakat. Menariknya Tabung Baitulmal Sarawak adalah sebuah badan yang mengamalkan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan serta mempunyai Visi, Misi dan Objektif untuk memastikan sumber zakat yang dikutip itu juga diagihkan dengan cepat dan berkesan.



“VISI: MENJADI SEBUAH ORGANISASI ISLAM YANG DINAMIK DAN PEMBELA KEPADA UMAT MANUSIA KHUSUSNYA MASYARAKAT ISLAM SARAWAK”.


Untuk mencapai Visi dan Misi organisasi, badan ini menubuhkan 9 tatacara Piagam Pelanggan untuk dijadikan sebagai piawai dalaman untuk memastikan amanah dan tanggungjawab dilaksanakan dengan mesra, telus, adil dan saksama.
Di samping itu, badan ini terus melangkah maju ke hadapan dengan mengadaptasi kaedah gaya kerja yang diamalkan oleh negara Jepun iaitu 5S, Seiri (Sisih), Seiton(susun), Seiso(sapu), Seiketsu(seragam) dan Shitsuke(sentiasa amalkan). Tujuan penggunaan 5S oleh badan ini untuk meningkatkan produktiviti organisasi dari segi proses kerja penyimpanan dan penggunaan kesemua barangan pejabat dan pengamalan persekitaran yang bersih untuk menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan. Pengurusan yang cekap telah terbukti apabila baru-baru ini Baitulmal menggondol anugerah Anugerah Innovasi Pengurusan Kewangan 2010 Peringkat Kebangsaan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada sebuah badan yang tidak dapat dinafikan kecekapan dari segi pengurusan kewangan.
Namun, persoalan di sini tercapaikah Visi dan Misi tabung ini? Melalui Dana Zakat, pihak Baitulmal telah mengagihkan beberapa bantuan kepada masyarakat seperti Bantuan Rawatan/Perubatan dan Pembedahan kepada pesakit, bantuan untuk musafir yang terkandas dari dalam dan luar negeri, bantuan fardhu kifayah, bantuan sara hidup fakir miskin, bantuan kecemasan bencana alam, bantuan bagi Asnaf Al-Gharimin (menyelesaikan hutang) dan bantuan Am bagi Asnaf Muallaf. Secara amnya, pelbagai bantuan yang disenaraikan oleh pihak Baitulmal kepada masyarakat.
Bagaimanakah sistem ini dilaksanakan? Sejauh manakah keberkesanan wang agihan Dana Zakat sampai dengan cepat, tepat dan berkesan kepada Fakir Miskin, Bencana Alam, Muallaf, Pesakit yang memerlukan, penyelesaian hutang dan bentuk kewajipan yang lain oleh tabung ini. Tabung ini merupakan wakil zakat kepada Majlis Islam Sarawak dan sumber kutipan diperolehi secara langsung oleh umat Islam di negeri Sarawak maka sudah pastinya pemberi zakat adalah pemegang saham kepada Dana tersebut.
Di dalam sesebuah organisasi, pemegang saham yakni Pemberi Zakat memberi tanggungjawab dan amanah kepada Tabung untuk mengagihkan kepada yang benar-benar layak dengan cepat, tepat dan berkesan. Sekiranya dana tersebut tidak sampai kepada yang memerlukan, natijahnya, pemegang saham dana atau pemberi Zakat tidak akan berpuas hati kerana badan yang dilantik untuk mengurus tidak memenuhi impian si pemberi Zakat, contohnya dalam isu bencana alam seperti banjir dan kebakaran.
Laporan yang kami terima di sekitar Kuching, orang ramai mendapat bantuan kewangan, keperluan beras dan keusi roda dari Persatuan Buddha. Kami ucapkan terima kasih kepada Persatuan Buddha atas keprihatinan kemanusiaan yang dipamerkan cemerlang oleh persatuan tersebut.
Bagaimana pula peranan oleh Tabung Baitulmal Sarawak dalam isu ini. Si pemberi Zakat bercita-cita supaya wang yang dizakat dapat disalurkan secara cepat, tepat dan berkesan kepada yang sangat memerlukan. Sudah tercapaikah impian si pemberi zakat? Selain itu, laporan yang kami terima ketika berlakunya bencana dan musibah seperti banjir dan kebakaran, yang datang lebih awal ke tempat kejadian ialah dari Persatuan Buddha.
Seterusnya ialah isu berhubung dengan pengisian borang yang menyusahkan si fakir dan si miskin. Sejajar dengan perkembangan teknologi moden seperti Internet, borang-borang boleh didapati secara ‘online’ atas talian, tidak memerlukan si fakir dan si miskin untuk pergi ke pejabat Tabung Baitulmal. Sudahlah tidak mampu dari segi kewangan, apatah lagi memiliki alat moden dan mempunyai cukup wang untuk akses ke internet. Kalau si fakir dan si miskin sudah memiliki sumber, kemahiran dan fasiliti tersebut, sudah tentu mereka tidak perlu menagih simpati dari pihak Tabung untuk menghulurkan wang kepada mereka. Sudah tercapaikan impian si pemberi Zakat?
Baru-baru ini juga pihak kami telah menghubungi Mufti Perlis untuk mendapat kepastian dari segi syariah berkenaan pembahagian Asnaf. Asnaf ialah lapan golongan yang layak menerima agihan zakat iaitu Kaum Fakir, Kaum Miskin, Para Pengurus, Muallaf, Hamba-Hamba yang hendak dimerdekakan, orang-orang yang terlilit hutang, di jalan Allah dan orang yang kehabisan perbekalan di perjalanan.
Seperti Firman Allah yang bermaksud:-'Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60).
Berdasarkan Ibnu Katsir, kaum fakir didahulukan dari golongan lain dalam ayat ini sebab mereka lah orang yang sangat-sangat memerlukan bantuan jika dibanding dengan golongan yang lain. Kenapakah golongan fakir sangat diutamakan?
Pertama, ahli tafsir berpendapat orang fakir tidak mahu meminta-minta sedangkan orang miskin adalah orang yang meminta-minta dan berkeliling mengikuti manusia.
Kedua, orang fakir adalah orang yang memiliki penyakit bertahun lama sedangkan orang miskin ialah orang yang memerlukan sedangkan fizikalnya sihat belaka.
Mengikut pendapat Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya, setiap asnaf dibahagikan kepada 25%. Dari tinjaun kami, asnaf amil boleh dianggarkan melebihi 40%, sila lihat gambar bangunan baitulmal. Amil zakat juga dilihat terlalu mewah dengan kereta mewah, bukanlah satu kesalahan untuk memiliki kereta mewah untuk individu, tetapi agak janggal dan tidak rasional jika kereta dan fasiliti mewah bersumberkan dari Dana Zakat itu sendiri kerana asnaf manakah yang lebih diutamakan dalam pembahagian zakat mengikut ayat 60, surah Taubah di atas. Sudah tercapaikah impian si pemberi Zakat?
Daripada hasil tinjauan kami, pihak Tabung Baitulmal tidak memilliki Panel Shariah untuk mengesahkan dan mengakreditasi tatacara perlaksanaan penyaluran wang zakat secara terus, cepat, tepat dan berkesan terutamanya kepada golongan yang diutamakan dalam ayat 60 Surah Taubah, iaitu golongan Fakir dan miskin. Sekiranya, proses kerja dan tatacara pengagihan itu jelas (transparent) dan dipaparkan (dislosure) secara terbuka dan diakreditasi oleh Panel Shariah, insyaAllah ketelusan dan integriti menguruskan wang zakat akan datang secara luhur dan ikhlas mengikut lunas dan keutamaan golongan yang diutamakan dalam ayat al-quran yang dibincangkan tadi.
Salah satu dari sembilan piagam pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak ialah "Prihatin terhadap isu dan masalah yang dihadapi pelanggan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan cepat, tepat dan berkesan." Piagam ini mestilah mengutamakan golongan yang diutamakan, bukanlah mengutamakan golongan yang tidak diutamakan kerana kegagalan mengikuti lunas syariah menimbulkan ketidakcekapan seperti wang zakat tidak diagihkan pada tahun tersebut juga dan akses menggunakan teknologi Internet menyusahkan golongan fakir dan miskin.


Peranan Baitulmal Sarawak Kurang Berkesan
Dari tinjauan dan maklumat yang kami terima, Baitulmal Sarawak kurang memberi perhatian kepada 8 golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan sehingga ada diantara mereka ini tidak tahu akan keujudan dan fungsi Baitulmal yang ada sekarang.
Disebabkan kurang promosi dan juga penerangan maka golongan sasaran ini jarang mendapat bantuan seperti yang sepatutnya.
Sekiranya Baitulmal Sarawak benar-benar perihatin terhadap 8 golongan asnaf ini sudah pasti kita akan melihat kadar kemiskinan dikalangan umat Islam di Sarawak pasti menurun walaupun peranan ini sepatutnya dilakukan oleh pihak pemerintah.
Kutipan hasil zakat daripada umat Islam mampu untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kalangan umat Islam di Sarawak sekiranya Kerajaan menggalakkan umat Islam supaya memotong gaji bulanan mereka untuk pembayaran zakat disamping pembayaran cukai hasil pendapatan.
Kita sering mendengar rintihan penduduk Islam yang mengatakan susah sangat berurusan dengan Baitulmal Sarawak terutama sekali fakir miskin yang kurang pengetahuan atau tidak terdedah dengan maklumat tentang keujudan Baitulmal di Sarawak.
Apabila mereka memohon bantuan kebajikan, mereka perlu mengisi borang tertentu yang agak sulit terutama sekali kepada golongan buta huruf dan mereka yang sangat daif dimana kadang-kadang mereka ini tidak mempunyai dokumen yang diminta oleh pihak Baitulmal untuk dipenuhi.
Sekiranya mereka gagal untuk memenuhi syarat-syarat yang ketat tersebut akhirnya pemohonan mereka tergantung atau ditolak dengan alasan tidak memenuhi syarat.
Perkara semacam ini sepatutnya dikaji semula sebab bukan semua golongan fakir miskin mempunyai pelajaran atau ilmu pengetahuan tentang syarat-syarat yang dikehendaki oleh pihak Baitulmal sehingga menyulitkan mereka untuk mendapat bantuan kebajikan.
Sepatutnya pihak Baitulmal kena selalu turun padang berjumpa, membantu dan memberi penerangan kepada 8 golongan asnaf ini supaya mereka ini faham tujuan dan matlamat Baitulmal.
Mungkin Baitulmal akan memberi alasan yang mereka tidak mempunyai cukup tenaga kerja untuk menjalankan semua tugas tersebut, maka mereka tidak dapat turun padang menemui semua 8 golongan asnaf ini dari mendapat bantuan yang sewajarnya sekiranya mereka tidak mendapat sebarang laporan atau aduan dari orang ramai.
Wang hasil pembayar zakat sepatutnya digunakan semaksima mungkin supaya segala amal jariah mereka yang membayar zakat tersebut dapat digunakan sepenuhnya kepada golongan sasaran.
Kalau persatuan bukan Islam dapat memainkan peranan mereka dengan berkesan dalam soal kebajikan, Baitulmal Sarawak sepatutnya lebih baik lagi dalam soal kebajikan kerana agama Islam sendiri pun menyeru agar umatnya sentiasa memberi bantuan kepada fakir miskin dan mereka yang amat memerlukan bantuan.
Beberapa persoalan yang sering timbul dikalangan umat Islam tentang pengurusan dalam pengagihan wang zakat terhadap 8 golongan asnaf yang tidak begitu telus. Begitu juga dengan wang zakat yang digunakan untuk tujuan pembinaan bangunan Baitulmal dan kita juga ada mendengar wang zakat digunakan untuk meraikan pemimpin tertentu dalam sesuatu majlis.
Adakah perkara ini dibenarkan oleh hukum syarak atau sebaliknya? Pihak pengurusan Baitulmal perlu telus dalam hal ini agar wang pembayar zakat dapat digunakan dengan sebaik mungkin seperti mana yang dituntut oleh syarak.
Masih ramai lagi pembayar zakat yang belum tahu atau tertanya-tanya kemana perginya hasil wang zakat mereka sumbangkan kepada Baitulmal. Adakah wang zakat tersebut sampai kepada golongan sasaran atau digunakan untuk tujuan lain?.
Wang zakat yang disumbangkan oleh orang ramai tersebut jangan hanya digunakan untuk keperluan pejabat atau membina bangunan Baitulmal semata-mata tetapi perlu diberi keutamaan kepada golongan sasaran. Dimana matlamat utama dan tujuan asalnya Tabung Baitulmal adalah digunakan untuk membantu 8 golongan asnaf.
Persoalan inilah yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh pihak Baitulmal kepada pembayar zakat dan juga mereka yang memotong gaji bulanan. Mereka berhak untuk mendapat penjelasan tentang hasil wang zakat tersebut digunakan.
Kita juga mencadangkan agar Baitulmal Sarawak dapat memberi bantuan sepenuhnya kepada pelajar Islam miskin dan yang kurang berkemampuan tetapi cemerlang dalam pelajaran. Pelajar Islam yang cemerlang dalam pelajaran ini mesti diberi didikan agama yang cukupnya supaya mereka ini nanti akan jadi asset yang akan menjanakan ekonomi umat Islam di Sarawak suatu masa nanti.
VISI Baitulmal Sarawak untuk menjadikan sebuah organisasi Islam yang dinamik dan pembela umat manusia khususnya masyarakat Islam Sarawak hendaklah dilaksanakan dengan berpandukan Al Quran dan Hadis bukannya mengikut telunjuk golongan tertentu yang mempunyai kepentingan sehingga fungsi sebenar dan tujuan asal Baitulmal Sarawak ditubuhkan tercemar akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan kepentingan umat Islam.
Mungkin pihak Baitulmal Sarawak boleh mengkaji semula cara-cara terbaik membantu dan meringankan nasib golongan fakir miskin yang Islam dan bukan Islam dimana mereka juga perlu diberi bantuan sama seperti fakir miskin yang beragama Islam agar mereka yang bukan Islam akan melihat betapa indahnya dan adilnya Islam untuk semua golongan tanpa mengira golongan bangsa, agama dan fahaman politik.
Kita harap pihak Baitulmal dapat menerima cadangan dan pandangan ini dengan hati terbuka demi kebaikan umat Islam dan juga mereka yang amat memerlukan bantuan kebajikan agar mereka tidak hidup melarat dan terpinggir dari arus pembangunan.
Semoga usaha Baitulmal Sarawak untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sarawak berjaya tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.


Jofri Jaraiee
PAS Miri, SARAWAK


English version
The role of Sarawak Baitulmal Less Effective
From the surveys and the information we receive, Baitulmal Sarawak lack focus on eight of the recipients in need of help until some of them are not aware of the existence and the functions of the current Baitulmal.
Due to the lack of promotional and information, then this target group rarely get help as they should.
If Baitulmal Sarawak really cares for eight of the recipients, I'm sure we will see the rate of poverty among Muslims in Sarawak will decrease even though this role should be done by the government.
Revenue collection of zakat from the Muslim ummah is able to reduce the poverty rate among Muslims in Sarawak if the Government is encouraging the Muslims to deduct their monthly salary to pay Zakat as well as income tax payments.
We often hear the grievances of Muslims who say very difficult to deal with Baitulmal Sarawak, especially the poor who lack of knowledge or are not exposed to information about the existence of the Baitulmal in the State.
When they apply for welfare assistance, they need to fill in relevant form that rather difficult especially to the illiterate and those who are very poor, which sometimes they do not have the documents requested by the the Baitulmal to be met.
If they fail to meet the stringent conditions that finally their application suspended or rejected with reason are not eligible.
Things like this should be reviewed because not all the poor have education or knowledge about conditions that required by the Baitulmal until make it difficult to get welfare assistance.
The Baitulmal should be always on the field to meet, assist and provide information for the eight recipients of this group so that they understand the purpose and the goals of the Baitulmal.
Perhaps the Baitulmal will say, they do not have enough manpower to carry out all these duties, and then they cannot go into the field to meet all of the eight recipients from getting the necessary assistance if they do not have any reports or complaints from the public.
Zakat payer’s money should be used by the maximum possible, so that all the good deeds of the people who pay zakat to be fully utilized to target group.
If non-Muslim societies can play their role in welfare, Baitulmal Sarawak should be better in terms of welfare, because Islam itself was called for his followers always provide assistance to the deprived and those who are really need assistance.
There a few questions that often arise among the Muslims about the management of the distribution of zakat money to the eight recipients that are not transparent. Similarly, the zakat money used for construction of Baitulmal building and we also heard the zakat money is used to celebrate a particular leader in an event.
Is this allowed by Islamic law, or vice versa? The Baitulmal management should be transparent in this case, so that the zakat payers money could be used as best as possible as required by the Islamic law.
There are still many zakat payers do not know or wondering where goes the results of their zakat funds contributed to the treasury. Does the zakat money reach the target group or used for other purposes?
Zakat funds contributed by the public are not only used for office or treasury building alone but should be given priority to the target group. Where the main objectives and the purpose of the Baitulmal fund was originally used to help the 8 recipients.
This question should be answered and explained by the treasury to zakat payers and those who deduct their monthly salary. They have the right to seek clarification of the outcome of zakat funds being used.
We also propose that the Baitulmal Sarawak can provide full support to the poor Muslim students and the less fortunate, but brilliant in their studies. Muslim students who excel in these subjects must be given an adequate religious education so that they later would become assets, which one day will generate economies of the Muslims in Sarawak.
VISION of the Baitulmal Sarawak to make a dynamic Islamic organizations and defenders of human beings particularly the Muslim community of Sarawak should be implemented based on the Quran and the Hadith rather than following the dictates of the certain groups who have an interest until the actual function and the original purpose of Baitulmal Sarawak formed was contaminated as a result of their irresponsible actions and abusing of the Muslims interests.
Maybe the Baitulmal Sarawak can review the best ways to helps and alleviate the plight of the poor Muslims and non-Muslims, where they also should be given assistance as poor Muslims and non-Muslims so that they will see how marvelous and fairness of Islam for all the people regardless of race, religion and political belief.
We hope that the Baitulmal can accept the comments and suggestions with an open heart for the good of Muslims and also those who are in dire need of welfare assistance so that they do not live impoverished and marginalized from the mainstream development.
We hope that the Baitulmal Sarawak to reduce poverty in Sarawak will succeed regardless of race or political affiliation.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief