Rumah panjang di Sibuti masih jauh ketinggalan dari Arus Pembangunan
Bekenu - Baru-baru ini PAS Miri telah berkunjung dan meninjau keadaan pendududk di beberapa buah rumah panjang sekitar kawasan Parlimen Sibuti di lokaliti Niah dan Saeh. Kebanyakan penduduk disitu berbangsa Iban dan terdapat juga orang Melayu dan Cina.
Disitu kita telah menerima beberapa aduan serta maklumat tentang keadaan kehidupan mereka di kawasan tersebut. Diantara isu utama yang mereka luahkan kepada pihak kami ialah keadaan jalan masuk kampung yang hampir 10 km masih tidak berturap dengan sempurna.
Begitu juga jalan menuju ke sekolah, yang terdapat ditepi jalan kampung tersebut yang tidak begitu selamat digunakan oleh pelajar terutama sekali kepada kanak-kanak kecil. Beberapa kemudahan disekitar sekolah tersebut seperti jambatan di tasik dalam keadaan usang dan membahayakan pengguna terutama kepada kanak kanak dan juga pelajar sekolah tersebut.
Menurut penduduk di rumah panjang tersebut, bantuan untuk penambahbaikan rumah panjang mereka, sehingga kini masih belum lagi diterima, walaupun sudah beberapa kali mereka dijanjikan oleh pihak pemerintah. Begitu juga keperluan bekalan air bersih dan elektrik yang masih lagi tidak mencukupi untuk penduduk di kampung tersebut.
Ramai penghuni di rumah panjang yang kami lawati, mengatakan terdapat hampir 60% masih lagi tidak menerima bantuan wang sebanyak rm500 BR1M seperti yang dijanjikan oleh pihak pemerintah.
Begitulah keadaan rumah-rumah panjang di sekitar kawasan Sibuti yang kami kunjungi, mereka merayu kepada pihak berwajib agar dapat menunaikan janji mereka untuk memberi kemudahan asas serta infrastruktur di kawasan tersebut agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah hampir 50 tahun mereka masih hidup dalam keadaan daif serta terpinggir dari arus pembangunan.
Kita mendesak agar pihak berwajib segera menunaikan janji-janji mereka kepada penghuni rumah panjang tersebut agar mereka ini tidak terus menunggu dengan penuh harapan, tetapi kehidupan mereka terus terpinggir dan mereka ini hanya diperlukan waktu pilihanraya semata-mata untuk meraih undi.
Pihak yang diamanah untuk menjadi pemerintah seharus berlaku adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kalau tidak sanggup berjuang dan berkhidmat untuk rakyat, usahlah jadi pemerintah lebih baik beri amanah dan kuasa tersebut kepada mereka yang jujur dan adil untuk semua.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Longhouse in Sibuti still far behind the current development
Bekenu - Recently, PAS Miri has been visited and observe the situation of the population in several longhouses in the vicinity of Parliament Sibuti and Saeh Niah locality. Most of the people there are Iban ethnic and there are also Malays and Chinese.
There we have received several complaints and information about their living conditions in the area. Among the key issues that they expressed to us was the condition of the road in the village about 10 km is not sealed properly.
As well as roads leading to schools located beside the road village, this is not so safe to use by students, especially to the small children. Some of the facilities around the school such as bridges on the lake in the state of dilapidation and endanger the user especially the young children and school students.
According to the longhouse residents, aid to improve their longhouse until now still not yet received, even though they had repeatedly promised by the government. As well as the needs of clean water and electricity are still not enough for residents in the village.
Many residents in long houses that we visited said there were nearly 60% have yet to receive financial assistance of RM500 BR1M, as promised by the government.
That is the long-houses in the vicinity of Sibuti that we visited, they appealed to the authorities to be able to fulfill their promises, to provide basic facilities and infrastructure in the area, so they can enjoy life more comfortable after almost 50 years they still living in poor and marginalized from mainstream development.
We urge the authorities to immediately fulfill their promises to the longhouse residents so that they do not continue to wait with hope, but their lives continue to be marginalized and they are only needed during elections just to win votes.
The entrusted to be the government should be fair to all regardless of race, religion and political belief. If not willing to struggle and serve the people, do not be the government, it is better to give the trust and the power to those who are honest and fair to all.
Rumah Panjang Di Sarawak Masih Perlu Insfrastruktur
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
March
(13)
- Penduduk Di Sungai Niah Terancam?
- Media Massa Perlu Berani Menyampaikan Suara Rakyat
- Rumah Panjang Di Sarawak Masih Perlu Insfrastruktur
- Penduduk Kecewa Dengan Sikap Polis Di Dewan Orang ...
- Baitulmal Sarawak Mewah Tapi Rakyat Masih Miskin!!!
- Hukum Allah Saja Yang Dapat Selesaikan Masalah Man...
- SPR Sarawak Lambat Bayar Wang Cagaran Poster Calon?
- Penduduk Kampung Lusut Menagih Janji YB
- PAS Untuk Semua
- Bandaraya Miri Perlu Poliklinik Moden Dan Canggih
- OKU Pun Jadi Mangsa Kezaliman Pemimpin BN!!!
- Bekalan Air Bersih Miri Tercemar Akibat Kecuaian
- Nasib Penduduk Rumah Panjang Yang Terpinggir
-
▼
March
(13)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Keadaan rumah panjang telah banyak berubah. Rumah kayu telah bertukar rumah batu, walaupun ada terdapat rumah panjang yang masih belum siap sepenuhnya. Yang jelas ekonomi penduduk rumah panjang semakin hari semakin meningkat dan degan itu dapatlah mereka menyiapkan rumah mereka sepenuhnya, buktinya ramai dikalangan mereka memiliki ledang sawit yang telah menghasilkan pendapatan yang lumayan sehingga mengalahkan pendapatan sesetengah pekerja petronas. Semuanya itu adalah disebabkan dasar kerajaan yang baik. MPOB byk membantu petani sawit dgn memberi bantuan anak sawit spt yang terdapat dalam gambar dan ramai petani telah menerima manafaat daripada bantuan tersebut. Jalan kampung, kerajaan sentiasa perhatin dan telah memperuntukan banyak wang untuk membantu menaikkan taraf jalan kampung, ada yang sudah berturap, ada yang telah di batu dan kerja-kerja ini berterusan. Janganlah kita pandai mengkritik sahaja, apa yang sudah dilakukanoleh pas terhadap kelantan, negeri kecil mudah untuk di urus, tetapi masi
h ramai rakyatnya hidup dalam kedaifan, dalam rumah yang lebih usang dari rumah panjang yang terdapat dalam gambar banyak lagi jalan tanah merah yang belum diturap. Sepatutnya negeri yang telah dahulu merdeka dari kta lebih terserlah pembangunannya.
Jamganlah pecahbelah kan masyarakat bumiputera sarawak ini yang hidup aman harmoni sejak sekian lama dgn agenda peribadi bertopengkan islam pas. Kena realistik dgn banci penduduk.
Tahniah kerana kerajaan bn telah berjaya meningkatkan ekonomi orang bumiputera Sarawak. Boleh tanya sikit.
Betulkah Kelantan negeri termiskin masih ramai rakyatnya hidup dalam kedaifan, dalam rumah yang lebih usang dari rumah panjang yang terdapat dalam gambar banyak lagi jalan tanah merah yang belum diturap? Pernah saudara datang melihat sendiri dan tinggal di kelantan spt dakwaan sdr?
Berapa ramai orang Melayu/bumiputera yang sudah kaya raya dalam Sarawak selain Keluarga dan saudara mara Pehin Sri Taib?
Berapa banyak tanah orang melayu/orang asal Sarawak yang masih tinggal x dikaco oleh syarikat2 kroni taib?
Mengapa masih ada orang melayu/bumiputera x ada tanah ditanah air sendiri sehingga tinggal di kampung setinggan?
Kenapa Sarawak masih dalam kategori negeri termiskin dalam Malaysia?
Sila jawab dengan fakta jangan dengan emosi...terima kasih
Tahniah kerana kerajaan bn telah berjaya meningkatkan ekonomi orang bumiputera Sarawak. Boleh tanya sikit.
Betulkah Kelantan negeri termiskin masih ramai rakyatnya hidup dalam kedaifan, dalam rumah yang lebih usang dari rumah panjang yang terdapat dalam gambar banyak lagi jalan tanah merah yang belum diturap? Pernah saudara datang melihat sendiri dan tinggal di kelantan spt dakwaan sdr?
Berapa ramai orang Melayu/bumiputera yang sudah kaya raya dalam Sarawak selain Keluarga dan saudara mara Pehin Sri Taib?
Berapa banyak tanah orang melayu/orang asal Sarawak yang masih tinggal x dikaco oleh syarikat2 kroni taib?
Mengapa masih ada orang melayu/bumiputera x ada tanah ditanah air sendiri sehingga tinggal di kampung setinggan?
Kenapa Sarawak masih dalam kategori negeri termiskin dalam Malaysia?
Sila jawab dengan fakta jangan dengan emosi...terima kasih
kaya raya kononnya... still jugak duk lot sementara @ NCR... sorryyyyyy ddliensu
Orang ya ada mata tapi buta, ada telinga bengal, ada mulut cakap besar, duduk atas tsnah ncr / tol sik hal, asal jangan terhegeh-hegeh x pemalu datang ke rumah duduk atas tsnah ncr/tol tek. Mintak undi kesian. Datang sik di undang. Berambuslah,!!!jgn ngaco kamek di rumah panjang lagiK?
hebat.... ada broadband..... jom kitak pergi bintulu ikut highway
Kitak sinun kata diri kitak sendiri ka???? kesian, ulang balik ayat yang kitak tulis baca depan cermin....
Ya...memang....HEBAT...boleh..walaupun kamek di rumah panjang masih duduk di atas tanah tol/ncr, tetap kami bersyukur dengan tuhan. Hidup aman makmur dan rezeki melimpah ruah. Cemburu ka!!!! Sapa makan cabik nya terasa pedas, ha...ha...ha...
heran jua kt peragai org yg komen membela bn tok...mati2 kata bn membela rkyat...yg org komplen ya bukan org luar tp org asal swak sendiri..ada jua yg masih x sedar diri masih jua membela org yg merampas tanah asal/adat swak ... cuba ktk liat sapa pun ladang sawit yg besar2 di swak tok??? org asalkah atau taukey cina/kroni taib???
mmg ada jua org asal dpt tanam sawit tp cukup2 makan aja...yg berkuasa atas tanah kenek tok sapa?
rame org kat rumah panjai komplen tanah sidak banyak kena kebas oleh kroni2 taib tp yg peliknya masih jua ada pembela kroni taib tok...berapanya bagi ktk duit utk bela bn & jual tanah ya???
x ada org mau cemburu ktk org kat umah panjai hidup aman makmur dan rezeki melimpah ruah...yg komplen pasal tanah tok pun dari org rumah panjai sendiri bukannya dari org dtg dari luar,,,,mungkin yg komen tok org suruhan bn sbb caranya komen org dah agak bukan org rumah panjai tapi org yg duduk kat banglor dibandar sbb ya nya x tau hal kampung halamannya...mun dtg pun waktu perayaan aja,,,,kasian2 dek lo....tanah asal dikebas tp masih lagi hidup bersama bn,,,mun org swak tok hidup selesa aman bahgia x ada org kelahi psal tanah..pikir2lah sendiri
Benarka bn rampas tanah? Jangan buat fitnah, orang alim pas kononnya. Tapi pandie cakap merapu, sik ada fakta, buat fitnah. Saya mauk nyanyak, kenak kerajaan pas kelantan menjual tanah wakaf orang melayu / islam di kelantan dengan taukey cina?
sapa yg buat fitnah? tanya sendiri dgn org kampung yg tanah sidak kena ambik?
psal kelantan ya benarkah sidak pas kelantan pas kelantan menjual tanah wakaf orang melayu / islam di kelantan dengan taukey cina?
ktk ada bukti? kalau ada bukti bwa ke mahkamah.
Kamek baruk trnsfr balit ke miri dr Kelate awal taun tok. TQ Jab Pelajaran.
Ada la pegi bandaraya Miri mauk carik palak paip, gam paip,stopper air etc sebab umah orang tua kamek dah kira uzur ckit dan perlu di atur nya pun sistem per'paipan'. Dua tiga kali pusing kedei, x jumpa juak kedei nok org mlayu, iban, kdayan ka nok jual benda2 cam ya. Naik gi boulevard, beli jak di sia.
Beza ngan tempat kamek belum tok (klate), kedei hardware org melayu konker, kedei bekki kreta org melayu jadi tokey, kedei makan konfirm la melayu pun.. & lain-lain benda kebanyakannya orang cina/ india hanyalah berada di belakang dan melayu/bumi di depan.
So cuba compare ngan ctok. Ney cdak iban, mlayu, miriek, kedayan.. kitak ada jadi tokey ke x di kedei2 dekat permymall, blvrd, servay etc.
Maaf la.. kamek org Miri rasa mauk tabik ngan cdak Klate. Kelass demo oghe kelate di Miri & swk..
Jangan balit sebab kita dah bersikap perkauman rupanya pulang ari kelantan
Dolok nenek kame madah, kalau si pandei sekolah semua akan habis, kinek tok baru nak sedar sebab dah menyesal langkah awal dolo salah sik betul jalan, bila masuk pembangkang baru nak cakap rasuahlah, apalah semua nya sik betul padahal nya sendiri yang sik betul tuhan jak tahu pada zaman masih ngan BN siapa rasanya terkena bagus bertaubatlah.