Penduduk Miri Minum Air Yang Tercemar?
MIRI - Penduduk Miri menghadapi krisis bekalan air bersih yang paling teruk akibat kebocoran dan tumpahan minyak diesel yang mengalir ke dalam Sungai Liku yang merupa sumber utama bekalan air bersih kepada pengguna di Miri.
Sebuah syarikat pembinaan jalan kira-kira 2 kilometer dari Loji Rawatan Air di Lambir, telah didapati mencemarkan Sungai Liku, dengan tumpahan minyak diesel akibat kebocoran.
Akibat pencemaran sungai tersebut, pihak LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) telah menutup operasi loji serta-merta bagi mengelak air yang tercemar masuk ke takungan penapisan dan rawatan.
Seorang pengguna dari kawasan Lutong mengadu kepada pihak kami, adakah air yang diminum oleh penduduk Miri selamat di minum dan tidak menjejaskan kesihatan pengguna.
Apakah jaminan pihak LAKU, sekiranya berlaku keracunan, akibat terminum air tersebut terhadap pengguna?
Adakah pihak LAKU ada memberitahu kepada pengguna akan kesan dari pencemaran air tersebut dan cara mengatasinya?
Pengguna berhak tahu masalah yang berlaku akibat pencemaran air tersebut, kerana ianya melibatkan kesihatan dan keselamatan pengguna yang mengguna air yang dibekalkan oleh pihak LAKU.
Ramai pengguna merungut kerana sepatutnya pihak LAKU segera memberitahu pengguna akan pencemaran air tersebut kerana mereka khuatir air yang mereka gunakan untuk minum tersebut boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Kita bukan hendak menyalahkan sesiapa dalam soal ini, tetapi pihak yang menjalankan kerja-kerja yang melibatkan alam sekitar dan yang berkaitan seharusnya berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka. Akibat kecuaian mereka, ramai yang jadi mangsa dan ini boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Kita mendesak agar pihak yang bertanggungjawab mencemarkan air bersih tersebut, patut diambil tindakan sewajarnya kerana akibatnya kecuaian mereka melibatkan ramai pengguna dan kehidupan serta alam sekitar terjejas dengan pencemaran tersebut.
Kita berharap pihak LAKU dapat mengatasi masalah bekalan air bersih ini dengan segera kerana ramai pengguna terkesan akibat pencemaran air bersih dan juga penyatuan air yang bakal mereka hadapi.
Semoga semua pihak dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih bertanggunjawab, amanah serta menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Miri Residents Drink Contaminated Water?
MIRI - Miri residents face clean water supply crisis, the most severe due to leaks and spills of diesel oil which flows into the Sungai Liku which was the main source of potable water supply to consumers in Miri.
A road construction company about 2 kilometers from the Water Treatment Plant in Lambir, was found polluting the Sungai Liku with leaking diesel oil spill.
As a result of river pollution, the LAKU (Northern Region Water Board) has shut down the plant immediately to prevent contaminated water into the reservoir filtration and treatment.
A consumer from Lutong complained to us, is the water consumed by the people of Miri safe to drink and does not affect health of consumers.
What is the warranty of the LAKU, in the event of poisoning, due to drink of the water to consumers?
Does the LAKU told to consumers about the impact of water pollution and how to fix it?
Consumers have the right to know the problems caused by water pollution, because it involves the health and safety of consumers who use water supplied by the LAKU.
Many users complained about the LAKU, should promptly notify the consumer, will be contamination of the water, because they worry that they use the water for drinking can affect their health.
We're not blaming anyone in this matter, but those who carry out work involving environmental and related should be careful in carrying out their duties. As a result of their negligence, that so many victims, and this may result death if not controlled properly.
We urges the responsible party that polluting the treated water, should be taken appropriate action, as a result of their negligence involves many consumers and life and the environment affected by the pollution.
We hope the LAKU to overcome this water supply as soon as possible because many users affected by water pollution and water consolidation will affect them.
Hopefully all parties can carry out their duties more responsible, trustworthy and welfare of the people regardless of race, religion and political belief.
Bekalan Air Bersih Miri Tercemar Akibat Kecuaian
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
March
(13)
- Penduduk Di Sungai Niah Terancam?
- Media Massa Perlu Berani Menyampaikan Suara Rakyat
- Rumah Panjang Di Sarawak Masih Perlu Insfrastruktur
- Penduduk Kecewa Dengan Sikap Polis Di Dewan Orang ...
- Baitulmal Sarawak Mewah Tapi Rakyat Masih Miskin!!!
- Hukum Allah Saja Yang Dapat Selesaikan Masalah Man...
- SPR Sarawak Lambat Bayar Wang Cagaran Poster Calon?
- Penduduk Kampung Lusut Menagih Janji YB
- PAS Untuk Semua
- Bandaraya Miri Perlu Poliklinik Moden Dan Canggih
- OKU Pun Jadi Mangsa Kezaliman Pemimpin BN!!!
- Bekalan Air Bersih Miri Tercemar Akibat Kecuaian
- Nasib Penduduk Rumah Panjang Yang Terpinggir
-
▼
March
(13)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment