Kecoh Di Dewan Orang Ramai Di Bekenu Akibat Salah Faham
Bekenu - Pihak kami ada menerima aduan dari orang ramai dan penduduk di Bekenu tentang kekecohan yang berlaku di dewan orang ramai di Bekenu beberapa hari yang lalu. Menurut seorang penduduk yang menyaksikan kejadian tersebut berkata, pihak polis sepatutnya tidak mengganggu program seminar yang dianjurkan oleh NGO tersebut.
Menurut saksi yang tidak mahu namanya disebut berkata, akibat perbuatan polis tersebut, pihak penganjur terpaksa memendekkan waktu program tersebut sehingga menyebabkan warga emas yang hadir pada majlis tersebut sangat kecewa dan marah dengan sikap pihak polis terbabit.
Pihak polis sepatutnya menggunakan budibicara dalam soal ini, tambahan pula ianya merupakan program seminar yang bercirikan keagamaan 'Islam cara Hidupku' yang dianjurkan oleh NGO non-partisan dan tidak pun mengganggu ketenteraman awam. Program yang berbentuk seminar tidak memerlukan permit sebab ianya dilakukan dalam kawasan tertutup.
Penceramah yang dijemput merupakan seorang personaliti TV dan merupakan seorang anak tempatan Miri yang semakin meningkat popular dalam setiap siri ceramah perbandingan agama yang disampaikan oleh beliau.
Apa yang paling menyedihkan terjadi pada program tersebut adalah mereka yang hadir terdiri daripada para muallaf, warga tua dan juga OKU. Walaupun bantuan kebajikan yang mereka terima tidaklah seberapa, tetapi ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mendengar ceramah pengisian rohani yang disampaikan oleh personaliti tersebut.
Peserta yang tiba kemudian tidak dibenarkan masuk ke dewan termasuk beberapa orang ketua kampung , penghulu, guru-guru dan orang awam. Menurut seorang peserta yang tidak dapat masuk ke dewan berkata, ada yang sangat terharu lalu menitiskan air mata apabila melihat semangat muallaf Iban yang begitu teguh mempertahankan Islam, sebaliknya mereka yang dilahirkan sebagai Islam terasa malu apabila melihat para muallaf sanggup bersusah payah mempertahankan pendirian mereka dalam soal ini.
Pembaziran juga berlaku apabila makanan dan minuman yang disediakan dan dimasak sendiri oleh para peserta sebagai jamuan kepada para hadirin juga tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis. Malah pihak polis memberi amaran sekiranya majlis seminar itu tidak dihentikan dengan serta-merta pihak polis akan menahan kesemua yang berada di dewan terbabit.
Inilah pertama kali pihak polis mengganggu program seminar yang dianjurkan oleh pihak NGO dan orang ramai berlaku di dewan orang ramai tersebut menurut penduduk disitu.
Pihak polis sepatutnya bersikap professional dalam menjalankan tugas mereka tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Pihak polis hendaklah menjaga keselamatan orang ramai bukannya mengikut arahan sesuatu pihak yang mempunyai kepentingan sehingga menyebabkan berlaku kekecohan dalam masyarakat umum.
Kita minta pihak kementerian dalam negeri menasihat pihak polis agar jangan menyalahguna kuasa mereka terhadap orang awam. Sekiranya terbukti ada menyalahguna kuasa, pihak SPRM boleh menyiasat kes ini dan mengambil tindakan sewajarnya keatas mereka yang menimbulkan masalah kepada orang ramai supaya ianya jadi pengajaran kepada semua.
Kita juga mendesak agar pihak polis memohon maaf kepada mereka yang terlibat dan jangan lagi mengganggu program atau seminar pada masa akan datang yang di anjurkan oleh pihak NGO atau pertubuhan yang berdaftar secara sah mengikut undang-undang dalam negera ini.
Pihak polis hendaklah bekerjasama dengan rakyat demi menjaga keselamatan negara dari ancaman penjenayah, bukannya mengintip atau mengganggu kegiatan pertubuhan yang dibenarkan oleh undang-undang dengan memberi amaran dan sebagainya sehingga menakutkan orang ramai untuk bekerjasama dengan pihak polis. Kalau perkara ini tidak diberi perhatian, sudah pasti ini akan merosakkan hubungan diantara polis dengan orang ramai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak
Commotion in Bekenu Community Hall due of Misunderstanding
Bekenu - We have received complaints from the public and the people in Bekenu about the commotion in the community halls in Bekenu a few days ago.
According to a resident who witnessed the incident said, the police should not disrupt the seminar program organized by the NGO.
According to a witness who did not want to reveal his name said, as a result of the police actions, the organizers had to shorten the time of the program, causing the senior citizens who attend at the function very disappointed and upset with the police attitude.
The police should use discretion in this matter, moreover it is featuring the religious seminar program 'Islamic way of Life' organized by NGOs, non-partisan and does not even interfere with the public order. In the form of seminar programs does not require a permit because it is done in closed area.
Invited speakers who is also a TV personality and is a local of Miri, which has grown in popularity in each series of Comparative Religions talk delivered by him.
What is most distressing occurred in the program are those who attend are from the converts, the elderly and the disabled. Although the welfare assistance they receive is not as much, but many who came from afar just to listen a talk of spiritual fulfillment delivered by the personality.
Participants who arrive later are not allowed to enter the hall including a number of village chiefs, headman, teachers and the public. According to a participant who cannot enter the hall said, there was very touched and shed tears, seeing the spirit of the Iban converts unwavering defense of Islam, rather they are born as Muslims feel ashamed when they see the converts are willing to struggle to defend their stand in this matter.
Wastage also occurs when food and drinks prepared and cooked by the participants as a feast to the audience were also not allowed entry by the police. Even the police warned that if the seminar event is not stopped immediately the police will arrest all those involved in the hall.
This is the first time the police disrupt a seminar program organized by the NGOs and the public occurred in the halls, according to residents there.
The police should be professional in carrying out their duties regardless of race, religion and political belief. The police should protect the security of the people rather than following the instructions of a party who has an interest that have caused commotion in the society.
We requested the home ministry advised the police not to abuse their power against civilians. If there are abuses of power, the MACC can investigate this case and take appropriate action on those who cause problems to the public so that they become lessons learned to all.
We also urge the police to apologize to those involved and should not interfere with the program or seminar in the future organized by the NGO or organization that registered legally in accordance with law in this country.
The police must work together with the people in order to protect national security from the threat of criminals, not spy on or disrupt the activities of organizations permitted by the law by giving a warning and so on until scare the people to cooperate with the police. If this is not given attention, I'm sure this will damage the relationship between the police and citizens.
lain kali jangan buat kaji selidik politik dengan bertopengkan sumbangan kebajikan dan mempergunakan pihak yang jujur mencari kebaikan.
JANGAN GUNA TAKTIK YANG JIJIK, KASIHAN UNIT SAUDARA BARU YANG MANA TELAH DI PERKUDAKAN DAN TELAH DITUNGGANGI OLEH ORG ORG-ORG YANG PANDAI MENGGUNAKAN TOPENG UNTUK KEPENTINGAN AGENDA POLITIK DI SEBALIK MEE MAGGI KITAK ORANG
sabar..islam itu mulia... benih kesedaran islam kembali mekar di bumi kenyalang...
tolong lah be gentlement pok pok, mun nak berik kebajikan pun mestilah ikhlas, bukan nya dah submit form baruk berik beras, gula, apa lagik tek eh. anggol dah kitak org tok. Apa perlu isi borang mok nanyak siapa pemimpin yang di kagumi. Apa releven dengan kebajikan kitak org ia dan apa releven dgn seminar tok???????????????????????????????????????????
Mengapa saudara baru dan warga tua menangis sedih kerana mereka dengan niat yang mulia dan ikhlas telah di pergunakan oleh org-org yang mempunyai agenda tersirat. SEDIH KECEWA setelah mengetahui hal yang sebenarnya. bukan nya sedih disebabkan oleh polis. Tolong betulkan FAKTA. mereka memberi kamu MADU tapi kamu balas dgn TUBA. tolong insaf POK!
Islam sememangnya satu agama yg mulia tetapi kemuliaan telah dirosakkan oleh segelintir umat yg taksub dan jumud
MEMANG BETULLAH TU TUGAS POLIS PROFESSIONAL, BUAT SEMINAR, CERAMAH AGAMA DAN BANTUAN YG DIBERIKAN BIARLAH IKHLAS JANGAN ADA UDANG DI SEBALIK MAGGI. BAGI BORANG, SURUH ISI TAPI TOKOH YANG DINAMAKAN LEBIH KEPADA PEMBANGKANG, MACAM NAK KENAL PASTI ARAH SOKONGAN POLITIK PLAK. NAWAITU BIARLAH ALLAH YANG BERI PETUNJUK DAN PAHALA BUKAN NYA DORONGAN SYAITAN MENGHIMPUN DOSA. JANGAN BUANG MASA WARGA TUA, OKU SAUDARA BARU
Kalai nak bagi komen biarlah beradap jangan guna bahasa kesat.
apabila sy berada di dewan sy dapati tiada unsur2 partisan.. ceramah pun totaly berkaitan perbandingan agama dan perkongsian kisah hidup seorang yang keturunan Iban memeluk ISlam dan satu2nya Iban pertama dalam sejarah menjadi pendakwah ulung diangkat ke station TV ISlam iaitu TV Al Hijrah melalui program Studio Muallaf dan Dialog Harmoni antara agama.. Jarang kita lihat ada tokoh2 dari sarawak hatta yang sudah asal Islam menjadi sangat berjaya di peringkat persekutuan dan hampir tiada nama kedengaran pendakwah dari Sarawak yang berjaya diangkat ke channel TV bahkan lebih membanggakan pendakwah berbangsa iban ini menjadi antara perintis pendakwah dari sarawak yang berjaya di TV Islam dan ada juga pendakwah ini memegang pelbagai jawatan dalam NGO Islam.. PEnduduk boleh nampak kalau ini perkara dakwah mereka akan dapat kebaikan daripada pengisian rohani tambahan personaliti pendakwah iban ini bukan sahaja mahir berbahasa ibundanya iaitu Iban malah mahir berbahasa Inggeris,melayu, cina dan Arab .. oleh kerana inilah ramai yang sanggup datang jauh untuk mendengar sendiri pengalaman hidup pendakwah ini menerima ISlam... Kita sebagai lahir2 ISlam sepatutnya rasa segan dan malu atas usaha ini... bukan mengutuk atas kerana politik atau apa... Akidah perlu diutamakan...
Terjemahan ayat 256 Surah Al-Baqarah : Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Barangkali ada pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini iaitu perencanaan manusia di mukabumi ini hanya Allah swt yang maha mengetahui dan menentukan kejadiannya.
Bagus jua ada orang nak bagi sumbangan.. psal mereka nk berpolitik terserah pada diri sendiri. Mun harap orang tempatan nk bagi ceramah agama susah.mcm2 alasan diberi..sampai bila Islam nk berkembang kalau orang melayu sendiri menyekat??? tepuk dada tanya iman
patut la agama kat sini tak berkembang.... rupanya ada lg manusia bersikap pemikiran jahiliah.... Alhamdulillah Sirah yang dibawa Muhammad S.A.W tercipta di sini.... Allahuakbar....