Provokasi Punca Kekecohan Semasa Perhimpunan Aman BERSIH 3.0.

Serangan anggota pihak keselamatan (polis) terhadap orang awam (rakyat) yang menyertai perhimpunan secara aman semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28hb April 2012 yang lalu bolehlah dianggap sebagai suatu perbuatan yang kejam dan melampau terhadap rakyat.

Sepatutnya pihak polis yang bertanggungjawab sebagai anggota keselamatan awam menjaga keselamatan orang awam bukan sebaliknya. Dari tayangan video klip dalam YouTube dan juga laporan dari orang ramai yang menjadi saksi kejadian tersebut menunjukkan bagaimana anggota polis boleh bersikap ganas terhadap orang awam.

Apabila orang awam diserang beramai-ramai oleh anggota polis seolah-olah tiada seorang pun anggota polis yang cuba meleraikannya perbuatan ganas tersebut bahkan mereka semua seolah-olah mengambil kesempatan memukul dan menendang orang awam macam anjing liar. Dimanakah sikap mesra polis selama ini?

Kalau tiada provokasi diantara pihak polis dan orang awam sudah pasti perkara semacam itu tidak akan terjadi kerana di negeri-negeri lain yang mengada perhimpunan aman tidak berlaku seperti yang terjadi di ibu negara Kuala Lumpur. Siapa yang menjadikan punca ini semua terjadi?

Kita mendesak pihak kementerian keselamatan dalam negeri mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang melanggar peraturan atau standard operating procedure (SOP).

Jangan biarkan anggota keselamatan bertindak sesuka hati dan ganas terhadap orang awam kerana ini akan menyebabkan rakyat menjadi fobia atau takut dengan sikap ganas anggota polis yang terbabit.

Memang bukan semua anggota polis bersikap ganas seperti dalam kejadian tersebut tetapi disebabkan oleh perbuatan sebahagian anggota mereka melakukan perbuatan ganas tersebut maka semua akan terpalit seperti kata perumpamaan seperti “seekor kerbau membawa lumpur,semuanya akan terpalit”.

Kita minta satu badan penyiasatan bebas dilakukan terhadap mereka yang melakukan keganasan pada hari tersebut samaada dari peserta dan juga anggota polis yang terlibat. Jangan biarkan rakyat memandang anggota keselamatan sebagai alat pihak tertentu atau musuh sehingga mereka tidak mahu memberi bekerjasama dalam menjaga keselamatan negara nanti. Berlakulah adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS SARAWAK

English version
Provocation Cause Commotion during Peaceful Assembly of NET 3.0.
The attack members of the security forces (police) against civilians (people) who participated in a peaceful rally during NET 3.0 assembly in Kuala Lumpur on 28th April 2012 recently, can be regarded as violent and extreme acts against the people.

The police who are supposed to be responsible for the safety of the public are to protect not otherwise. From the video clip in YouTube as well as reports from the public who witnessed the incident showed how the police can be violent against civilians.

When civilians massacred attacked by the police as if no member of the police who tried to intervene violent acts, but they all seem to take advantage of hitting and kicking civilians like dogs. Where is the friendly attitude of the police all this while?

If no provocation between the police and the public is certainly the sort of thing will not happen because in other states who take a peaceful rally did not happen as it happens in the capital city of Kuala Lumpur. Who makes this source all happen?

We urge the ministry security to take disciplinary action against members who violate the rules or standard operating procedure (SOP). Do not let the security personnel acted arbitrarily and violence against civilians as this will cause phobia or fear of the people with the attitude of the police violence involved.

It's not all the police were violent as in the incident, but due to the actions of their members commit violent acts then all will be implicated in the words of the parable such as "a buffalo bring mud, everything will be implicated."

We requested one independent investigation body to be carried out against those who commit acts of violence on that day, either from the participants and police personnel involved. Do not let people look at the security forces as an instrument of a particular party or the enemy until they do not want to cooperate in safeguarding the security of the country later. Be fair to all regardless of races, religion and political affiliation.