Penjaja gerai di Mosjaya Tidak Setuju Pindah



MIRI - Penjaja gerai di Mosjaya, Riam di Miri sama sekali tidak bersetuju dan menolak cadangan MBM (Majlis Bandaraya Miri) untuk memindahkan mereka ke tapak perniagaan yang baru, kerana kawasan baru yang dicadangkan tersebut memang tidak sesuai untuk berniaga.

Kebanyakan penjaja disitu berbangsa Cina dan juga Melayu yang mempunyai lesen atau permit perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, cuma masalahnya terdapat ramai juga penjaja yang tidak memiliki lesen berniaga dikawasan letak kereta sehingga menyulitkan pengguna untuk meletak kenderaan mereka disitu terutama waktu petang dan malam.

Mereka juga mencadangkan agar pihak MBM turut membuat pemantauan terhadap penjaja-penjaja yang berniaga di tapak letak kereta bagi mengelakkan penjaja-penjaja haram berniaga di kawasan itu.

Kalau mereka dipindah ke tempat baru yang terletak dibelakang stesyen minyak Petronas dan bersebelahan dengan parkir kereta sudah pasti ini akan menyulitkan pelanggan untuk datang ke gerai mereka nanti disebabkan kesesakan lalulintas.

Masalah utama yang mereka dihadapi nanti ialah, penjaja terpaksa meletakkan barang jualan mereka di kawasan letak kereta di tepi jalan dan ini akan menyebabkan kawasan tersebut sesak dan padat.

Penjaja disitu memerlukan tapak berniaga yang lebih luas untuk keselesaan para penjaja dan pengunjung lebih-lebih lagi dengan adanya sebuah kompleks beli-belah di kawasan berhampiran.

Mereka mendesak agar pihak MBM dapat memberi tempat yang lebih luas dan selesa bukannya tempat baru yang sempit dan tidak sesuai untuk berniaga.

Mereka juga mengadu kepada PAS Miri yang sebelum ini pihak MBM pernah berjanji untuk memindahkan mereka di tempat yang luas dan selesa untuk berniaga tetapi apabila mereka mengetahui tapak baru tersebut sempit dan sukar untuk pelanggan datang maka sebab itulah mereka membantah untuk pindah.

Kita harap pihak MBM dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan jangan memaksa para peniaga gerai di Mosjaya pindah sekiranya tapak baru tersebut tidak dibina dengan sempurna dan selesa untuk para penjaja dan juga pengunjung.

Pihak MBM seharusnya berlaku adil terhadap penjaja ini kerana kebanyakan penjaja kecil ini sukar untuk 
menjual hasil mereka sekiranya kawasan baru tersebut sukar untuk menarik para pelanggan datang membeli hasil mereka.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
MIRI - Stalls hawker in Mosjaya, totally disagreed to move
Stalls hawker in Mosjaya, Riam in Miri totally disagreed and rejected the proposal by MCC (Miri City Council) to move them to new business site, because the proposed new area is not suitable for business.

Most of the hawkers there a Chinese and also Malay with a license or a valid business permit which issued by local authorities, but the problem there are also many traders which do not have a license do business at the parking lot until make it difficult for the user to park their cars there especially in the evening and night.

They also suggested that the MCC also makes the monitoring of hawkers who do business on-site parking to avoid the illegal hawkers do business in the area.

They urge the MCC can give a place which is more spacious and cozy not a new places with a narrow and not suitable for business.

If they moved to a new place which is located behind the Petronas petrol station and next to the car park of course this will make it difficult for the customer to come to their stalls later due to traffic congestion.

The main problem they faced later is, the traders had to put their sale goods at the parking lot on the street and this will cause the area crowded and compact.

The hawkers there require a broader trading site for the convenience of hawkers and visitors especially with the availability of a shopping complex nearby.

They also complain to the PAS Miri before that MCC had promised to move them in a spacious and comfortable place to do business, but when they find a new site is narrow and difficult for customers to come, so that is why they object to move.

We hope that the MCC can resolve this matter and do not force the stalls hawker at Mosjaya move if the new site was not constructed properly and comfortably for the hawkers and visitors.

The MCC should be fair to the hawkers because most of the traders are difficult to sell their produce if the new area is difficult to attract the customers come to buy their product.