AES Siapa Yang Dapat Untung?
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bebankan Rakyat?
Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES) yang telah dilancarkan baru-baru ini memang ada pro dan kontra untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas dan juga mengurangkan kemalangan di jalanraya tetapi yang menjadi persoalannya sekarang adakah ianya benar-benar membantu atau membebankan rakyat.
Mungkin sekiranya digunakan secara betul dan bertanggungjawab, boleh jadi ianya membantu mengurangkan kesalahan lalu lintas tetapi sekiranya disalahgunakan semata-mata untuk mencari keuntungan hasil dari mendenda rakyat sudah pasti rakyat akan jadi mangsanya.
Dengan adanya AES ini pengguna jalanraya akan lebih berhati-hati untuk mengelak dari disaman tetapi adakah ianya akan memberi kesan kepada pengguna jalanraya yang memang jenis degil dan sukar untuk mengubah tabiat mereka yang suka memandu laju.
Sepatutnya rakyat kita dididik dari peringkat awal persekolahan lagi agar sentiasa berdisiplin di jalanraya. Mungkin sistem jalanraya kita juga salah satu punca menyebabkan pemandu terasa tertekan.
Kita selalu mendengar cara kerajaan untuk mendidik rakyat adalah dengan mendenda, adakah dengan mendenda ratusan ringgit atau ribuan ringgit dapat mengubah sikap seseorang menjadi pemandu jalanraya yang berdisplin?
Apa punca yang menyebabkan mereka menjadi begitu? Perkara ini patut dikaji semula oleh pihak yang bertanggungjawab agar rakyat Malaysia boleh jadi pemandu yang berdisplin dan berhemah suatu hari nanti sekiranya ada satu mekanisme yang boleh membantu rakyat Malaysia dalam hal yang berkaitan dengan displin di jalanraya.
Denda dengan ratusan ringgit sehingga ribuan ringgit hanya menguntung sebelah pihak saja sedangkan yang akan jadi mangsa adalah rakyat bawahan. Inilah salah satu punca mengapa rakyat menentang cara perlaksanaan sistem (AES) bagi pesalah kecil.
Denda secara ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah kemalangan di jalanraya tetapi perlu cari keadah yang terbaik dan berkesan untuk mendidik rakyat Malaysia supaya berdisplin di jalanraya.
Kita mencadangkan kepada kerajaan atau kabinet boleh meluluskan suatu undang-undang khidmat masyarakat bagi pesalah kecil selama beberapa jam atau hari sebagai alternatif kepada hukuman penjara atau denda. Mungkin dengan cara ini mereka akan merasa lebih bertanggungjawab dan dapat mendidik mereka supaya lebih berdisplin di jalanraya.
Tanpa mengira golongan kaya, berpangkat, dan golongan yang kurang berkemampuan semua pihak yang melakukan kesalahan akan didenda dengan cara memberi khidmat masyarakat mengikut jenis kesalahan kecil yang mereka lakukan dan ini akan memberi pengajaran kepada mereka dari hasil kerja khidmat masyarakat tersebut.
Kalau dibandingkan dengan denda yang ada sekarang bagi golongan kaya atau yang berkemampuan sudah pasti masalah bayaran tidak akan menjadi suatu bebanan kepada mereka tetapi bagi orang awam yang kurang berkemampuan sudah pasti ini akan jadi masalah dan beban bagi mereka.
Kita mendesak agar pihak kerajaan mengkaji semula sistem denda yang diamal sekarang kepada suatu sistem yang boleh mendidik dan menyedarkan rakyat supaya lebih berdisplin dan bertanggungawab semasa memandu di jalanraya.
Mungkin cadangan ini tidak mendatangkan hasil dan keuntungan kepada sesuatu pihak tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan perihatin dengan masalah rakyat mereka seharusnya mengutamakan kebajikan rakyat dari pihak kapitalis yang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata.
Memang tidak dinafikan ada pro dan kontra dengan AES ini tetapi sekiranya disalahgunakan sudah pasti rakyat yang akan menanggungnya.
Semoga pihak kerajaan dapat memikirkan semula sistem ini dengan memberi keutamaan dan keselamatan rakyat dengan membuat satu perkara yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat bukannya membebankan rakyat.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Automated Enforcement System (AES) burdened the People?
Automated Enforcement System (AES), which was launched recently there were pros and cons to reduce traffic offenses and also reduce accidents on the road but the question now is whether it really helps or burden them.
Maybe if used correctly and responsibly, so it can help reduce traffic offense, but if misused simply to make money, as a result of the fine the people of course the people will be victims.
With the availability of this AES motorists will be more careful to avoid summoned, but whether it will have an impact on road users, which was kind of stubborn and difficult to change their habits like speeding.
We often hear how the government to educate people is to punish, is to penalize hundreds of ringgit or thousands of ringgit can change a person's attitude became more disciplined road driver?
What is the source causing them to become so? The matter should be reviewed by the responsible party so that Malaysians can be disciplined and prudent driver someday if there is a mechanism that can help Malaysians in matters relating to the disciplines on the road.
Fine with hundreds of ringgit to thousands of ringgit just beneficial to one side only, whereas that will suffer is the lower citizens. This is one of the reasons why the people oppose how the implementation of the system (AES) for minor offenders. Fined in this way will not solve the problem of road accidents but need to find the best and effective method to educate Malaysians to be disciplined on the road.
We propose to the government or cabinet may approve a law community service for minor offenders for a few hours or days as an alternative to a prison sentence or a fine.
Maybe this way they will feel more responsible and able to educate them to be more disciplined on the road.
Regardless of the rich, status and the less fortunate all those who commit offenses will be fined by providing community service by type of minor offenses they are doing and this will be a lesson to those of the community service work.
Compared with the existing fine for the rich or the privileged, payment problems certainly will not be a burden to them but to the public who cannot afford it, this would be a problem and a burden for them.
We urge the government to review the fine system as practiced now of a system that can educate and enlighten people to be more disciplined and entrusted while driving on the road.
Perhaps this proposal is not generate revenue and profit to a party, but as a responsible government and concerned with the problems of the people they should prioritize the welfare of the people from the capitalists who prefers profit alone. There's no denying there are pros and cons with this AES but if misused certainly the people who will bear.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
October
(11)
- Puting Beliung Serang Bandaraya Miri
- Program Hari Raya Qurban Bersama PAS
- 'Speed Bump' Cepat Rosak Sebab Tidak Ada Qualiti?
- Salam Eid-Al-Adha Mubarak
- Dewan Suarah Miri Perlu Dibaikpulih
- Penduduk Peribumi Sarawak Terus Tertekan Akibat Da...
- Mengapa MBM Caj Bill Taksiran belum tamat Tempoh?
- Peruntukan Habis Projek Tidak Siap!!!
- AES Siapa Yang Dapat Untung?
- E-Filing LHDN Perlu Diperbaiki
- Bajet 2013 Untuk Siapa?
-
▼
October
(11)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
BR1M = Bulak Rakyat 1Malaysia
PR1Ma = Perah Rakyat 1Malaysia
TR1M = Taik Rakyat 1Malaysia
AES = Abis Engkau Samun
Apa pun yg dipolah org...semuanya negatif
Memang dasar pembangkang
yg asyik nak bangkang
nak bangkang
nak bangkang
nak bangkang
Dah xada kerja lain kah?