Mana Perginya Peruntukan Berbillion Ringgit Untuk Sabah dan Sarawak?
Merujuk kepada kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal hairan dengan sikap segelintir kecil masyarakat yang melabelkan pembangkang sebagai ‘bagus’ dalam 'Utusan Borneo'.

Adakah menjadi satu kesalahan apabila segelintir masyarakat memuji atau melebelkan pembangkang sebagai ‘bagus’? Adakah pembangkang semuanya ‘jahat’ dan tidak pandai memerintah seperti dakwaan beliau.

Menurutnya lagi,” penduduk Sarawak dan Sabah wajar meneruskan sokongan terhadap BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak selepas mengambil kira pencapaian dan kemajuan negara selama 55 tahun.”

Adakah selama ini pemerintahan BN di Sabah dan Sarawak sudah mencapai kemajuan dan setaraf dengan negara maju atau pun sudah setanding dengan negeri yang maju dari segi infrastruktur dan jalan penghubungan yang baik?

Ujarnya lagi “Dalam Belanjawan 2013, peruntukan diberi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Sabah dan Sarawak adalah besar. Siapa yang bagi peruntukan itu, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim”.

Beginikah taraf pemikiran seorang yang bertaraf menteri terhadap rakyat yang memuji pembangkang, seolah-olah beliau bercakap dengan anak-anak kecil, kalau hendak bercakap pun janganlah cakap macam budak-budak, adakah patut berkata seperti ini “Siapa yang bagi peruntukan itu, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim”.

Memang bukan Anwar Ibrahim yang bagi peruntukan tersebut tetapi hasil peruntukan tersebut adalah dari hasil bumi Sabah dan Sarawak termasuk juga dari pembayar cukai yang tidak semestinya penyokong BN.
Sesiapa yang diamanah oleh rakyat memegang kuasa pemerintah wajib menjalankan tugas tersebut dengan amanah dan jujur tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik selagi ianya rakyat Malaysia.

Tiada gunanya peruntukan berbilion ringgit sedangkan hasilnya tidak nampak dan rakyat masih lagi hidup dalam taraf kemiskinan. Sudah banyak kali kita mendengar janji-janji pembangunan, infrastruktur dan jalanraya untuk luar bandar tetapi jalanraya masih lagi teruk dan jauh ketinggalan walaupun sudah 55 tahun BN memerintah Malaysia.

Kemana perginya peruntukan berbillion ringgit tersebut dan apakah hasil yang dinikmati rakyat setelah banyak projek gagal dilaksanakan.

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan pembinaan dan menaik taraf projek jalan luar bandar telah diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Projek-projek pembinaan jalan raya di Sarawak tidak memenuhi sasaran masa dan dikehendaki dalam piawaian keselamatan.

Walaupun peruntukan amat besar yang diberikan bagi projek-projek, laporan Audit Negara berkata pelaksanaan yang lemah pada bahagian Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan kerajaan negeri Sarawak.

Laporan Audit Negara sendiri membuktikan bahawa bahagian Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan kerajaan negeri Sarawak sangat lemah dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan.

Harap  Datuk Seri Shafie Apdal dapat menunaikan janji beliau kepada rakyat Sabah dan Sarawak dibawah kementerian beliau yang masih lemah dengan melaksanakan projek jalanraya dan infrastruktur di luar bandar yang telah diluluskan, tanpa menyalahkan pembangkang atau rakyat yang tidak menyokong BN dalam PRU yang lalu.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Where have the billions of ringgit provision for Sabah and Sarawak?

Referring to the statement of the Minister of Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal puzzled by the attitude of a small handful of people who label the opposition as 'good' in 'Utusan Borneo'.

Is it an offense when some people praise or labeling opposition as 'good'? Is the opposition all 'bad' and do not know how to rule as he claims.

According to him,” the people of Sarawak and Sabah should continue support for the BN in the 13th General Election later, after taking into account the achievements and progress of the country for 55 years."

Do all this while the BN government in Sabah and Sarawak has made ​​progress and on par with developed countries or even already comparable to state-developed in terms of infrastructure and good road connections?

He said "In Budget 2013, the allocation given by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to Sabah and Sarawak is huge.  "Who gave those provisions, not Datuk Seri Anwar Ibrahim”.

Is this a world-class level of thinking ministers, against the people who praise the opposition, as if he was talking to little kids, even if we want to talk not talk childish behavior, should say it like this "Who gave those provisions, not Datuk Seri Anwar Ibrahim ".

It is not Anwar Ibrahim who provide those provisions but the result of the provisions were from the Natural Resources of Sabah and Sarawak as well as the taxpayers who are not necessarily supporters of BN. Anyone entrusted by the people hold the ruling power must undertake the task with trust and honest, regardless of race, religion and political beliefs as long as they are citizens of Malaysia.

There is no point provision billions of ringgit while the results are not visible and the people still live in poverty. It has been often we hear the promises of development, infrastructure and roads to rural areas but the roads are still bad, and far behind even after 55 years of BN rule Malaysia.

Where have the billions of ringgit provision and what are the results are enjoyed by the people after many projects failed.

The Auditor-General’s report states the construction and upgrading of rural road projects were approved during the Ninth Malaysia Plan. The road construction projects in Sarawak do not meet deadlines and are wanting in safety standards. Despite the staggering allocations given for the projects, the AG’s report noted poor implementation on the part of the Ministry of Rural and Regional Development and the Sarawak government.
The Auditor General's Report itself proves that the Ministry of Rural and Regional Development and the state government is very weak in implementing projects that have been approved.

Hope that Datuk Seri Shafie able to fulfill his promise to the people of Sabah and Sarawak under his ministry which is still weak to implement the project of roads and infrastructure in rural areas that have been approved without blaming the opposition or the people who do not support BN in the last general election.


Petikan dari Utusan Borneo

Ada pihak anggap pembangkang ‘bagus’
by Saibi Gi. Posted on October 18, 2012, Thursday
Mereka tidak bangun negara melainkan berkata-kata kosong, tabur janji: Shafie

KUCHING: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal hairan dengan sikap segelintir kecil masyarakat yang melabelkan pembangkang sebagai ‘bagus’. Katanya apakah yang telah dilakukan pakatan pembangkang merangkumi DAP, PKR dan PAS bagi membangunkan negara melainkan bijak berkata-kata kosong dan menabur janji. Golongan itu menurut beliau juga menidakkan pembangunan yang diusahakan kerajaan, malah mereka melabel Barisan Nasional (BN) sebagai rasuah.

“Mereka yang tidak berbuat apa-apa dikatakan bagus dan kerajaan yang buat jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain dikatakan korup,” katanya ketika merasmikan Pusat GIATMARA Stampin di sini, semalam.

Bukti yang paling dekat ialah kawasan Parlimen Stampin sendiri, katanya. Menurutnya, DAP tidak berbuat apa-apa di kawasan tersebut, sedangkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang membina pelbagai prasarana untuk kegunaan umum. Beliau memberi contoh meskipun Kelantan telah 21 tahun diperintah PAS, pembangunan di negeri tersebut tidak menggambarkan prestasi pentadbiran yang baik terhadap kerajaan negeri.

Shafie berkata lagi apa yang cuba dilakukan parti-parti pembangkang pada ketika ini ialah terlalu berpolitik. Katanya Amerika Syarikat kerana terlalu banyak berpolitik berhadapan dengan masalah dalaman yang mengakibatkan peluang pekerjaan rakyatnya terjejas kerana kelembapan ekonomi.
Kestabilan politik dalam sesebuah negara menurutnya merupakan asas kepada kemakmuran ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat. Malah, ia memberi laluan kepada kerajaan merancang dan melaksana program-program pembangunan di seluruh negara.

Menurutnya, penduduk Sarawak dan Sabah wajar meneruskan sokongan terhadap BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak selepas mengambil kira pencapaian dan kemajuan negara selama 55 tahun.
“Dalam Belanjawan 2013, peruntukan diberi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Sabah dan Sarawak adalah besar. Siapa yang bagi peruntukan itu, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya.