Pengguna Air Terpaksa Bayar Bil Air Kotor?

MIRI - Projek pembinaan parit yang dibina ditepi bukit jalan menuju ke Luak baru-baru ini telah menyebabkan paip air pecah dan tekanan air menjadi rendah. Pagi ini penduduk dalam kawasan Luak menghadapi masalah air kotor mungkin disebabkan oleh kekotaran dari paip air pecah beberapa hari yang lalu.

Air yang berwarna kecoklat-coklatan ini telah menyebabkan pengguna terpaksa membuangnya kerana apabila menggunakan air kotor ini untuk mandi sudah pasti badan kita akan terasa gatal-gatal.

Pihak pengguna tidak puas hati dengan pihak LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) Miri kerana air pili yang berwarna coklat dan kotor ini pihak pengguna terpaksa juga membayar bil air setiap bulan walaupun kita terpaksa membuang air dalam takungan kerana terkena kekotoran dari air pili ini. Pihak pengguna terasa kerugian kerana terpaksa membayar air tanpa menggunakannya.

Bukan saja masalah air kotor, pengguna air paip dalam kawasan Miri juga akan dikenakan caj bil seminimum  sebanyak RM4.50 sekiranya tidak menggunakan air pili selama lebih dari satu bulan. Bila kita bertanya  kepada pihak LAKU Miri mereka mengatakan sebab kos perkhidmatan menggunakan meter air.

Kalau kerajaan Selangor menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyatnya tetapi di Miri lain pula halnya.
Sepatutnya kalau pengguna tidak menggunakan air selama lebih dari satu bulan tidak perlu membayar sebarang bil tetapi berlaku sebaliknya.

Tetapi apabila pihak LAKU yang buat kesilapan dan tidak memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna mereka pula bebas tanpa perlu membayar sebarang ganti rugi kepada pengguna atas kecuaian serta perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti mana pengguna yang terpaksa mengguna air kotor tetapi masih juga dikenakan caj.

Kita mengesa pihak LAKU mengkaji semula caj atau bil yang dikenakan kepada pengguna yang menghadapi masalah air kotor tetapi terpaksa pula membayar bil air yang kotor dan pengguna yang tidak menggunakan air selama lebih dari satu bulan yang juga dikenakan caj. 

Kita harap pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian tentang masalah pengguna air LAKU ini dari terus berlarutan. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.


Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

The user forced to Pay Dirty Water Bill?

MIRI – Drains construction projects built beside the hill roads leading to the Luak recently has caused a water pipe burst and water pressure becomes low. This morning the people in the Luak areas face the problems of dirty water may be due to impurities from tap water burst a few days ago.

The brownish water has caused the users had to discard it because when using this dirty water to bathe our bodies certainly will feel itching.

The users is not satisfied with the LAKU (Northern Region Water Board) Miri because this tap water is brown and dirty,  the users also had to pay water bills every month although we had to remove the water in the tank as affected by these impurities from the tap water. The users feel the loss by paying for water without using it.

Not only the problem of dirty water, tap water users in Miri area also will be charged a minimum bill of RM4.50 if not using tap water for more than a month. When we ask the Miri LAKU they say because the cost of using the services of water meters.

If the Selangor government offer clean water of 20 cubic meters, equivalent to 20,000 liters or 5.680 gallons, per month free of charge to its citizens but in Miri other case.  Supposed if users do not use water for more than 1 month are not required to pay any bills but the other way round.

But when the LAKU who make mistakes and do not give the best service to their users are free without having to pay any compensation to the user for their negligence and poor service as users are forced to use dirty water but have also been charged.

We urge the LAKU to review the charges or bills charged to users who face problems of dirty water but forced to pay the dirty water bills and users who do not use the water for more than a month also imposed charges.

We hope the relevant parties can pay attention on this problem of LAKU water users from continues. The cooperation with the relevant parties is very much appreciated.