PAS Bersama Pakatan Rakyat Meraikan Tahun Baru Cina
MIRI – PAS Miri bersama rakan Pakatan Rakyat dari DAP telah bersama-sama menyampaikan risalah serta buah limau manderin kepada masyarakat Cina yang berada di sekitar bandaraya Miri menjelang sambutan tahun baru Cina. Antara yang hadir dalam program bersama rakyat ialah YB Alan Ling DAP Piasau, YDP PAS Miri, Setiausaha DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Sarawak Mr Yeo Kian Leong, ketua pemuda PAS Sarawak, Arif Paijo dan lain-lain rakan dalam Pakatan juga turut serta.
Sambutan penduduk Miri amat mengalakkan dengan kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat ditengah-tengah masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat Sarawak menujukkan bahawa rakyat di Sarawak lebih suka hidup dalam harmoni tanpa mengira bangsa dan agama.
PAS ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina walau dimanapun mereka berada. Berhati-hatilah di jalanraya agar selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Tahun Kuda adalah tahun untuk kita sama-sama bekerja keras untuk menyatukan masyarakat Sarawak agar hidup dalam rukun dan damai. PAS bersama rakan Pakatan Rakyat DAP akan menganjur bersama rumah terbuka Tahun Baru Cina pada 9hb Feb 2014 dari jam 10 pagi sehingga 1 petang di Cahaya Taufek Restoran Jalan Permaisuri, Miri. Kehadiran semua masyarakat berbilang bangsa dan agama amat dialu-alukan.
Apabila kita mengenal antara satu sama lain dan menghormati adat budaya berbagai bangsa dan agama, kehidupan rakyat akan lebih aman dan harmoni.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
PAS With PR Celebrating Chinese New Year
MIRI – PAS Miri with fellow Pakatan Rakyat DAP was together handing out leaflets and Manderin oranges to the Chinese community in the vicinity of Miri city ahead of the Chinese New Year celebration. Among those present in the program with the people is the Honourable Alan Ling, DAP Piasau, PAS Miri Chief, Secretary of DHPP (PAS Supporters Congress) Sarawak, Mr Yeo Kian Leong, Sarawak PAS Youth chief, Arif Paijo and other partners in the coalition also participate.
Miri residents overwhelming response in the presence of leaders of Pakatan Rakyat in the middle of a multi-racial society, religion and political affiliation. Closer cooperation in Pakatan Rakyat Sarawak shows that the people of Sarawak would prefer to live in harmony regardless of race and religion.
PAS would like to take this opportunity to congratulate the Chinese New Year to the Chinese community regardless wherever they are. Be careful on the roads so that safely reach to their respective destinations.
Year of the Horse is for us all to work hard to unite the community of Sarawak so that live in a harmonious and peaceful. PAS with the Pakatan Rakyat partner DAP will be co-hosting the Chinese New Year open house on 9th February 2014 from 10 am until 1 pm at the Cahaya Taufek Restaurant Jalan Permaisuri, Miri. The presence of all the people of various races and religions are welcome.
0 Comments Received
Post a Comment