Negara
akan kerugian Jika PETRONAS Disekat Operasi Di Sarawak
PETRONAS, singkatan
untuk Petroliam Nasional Berhad, adalah sebuah syarikat minyak dan gas Malaysia
yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Ianya dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan
Malaysia, perbadanan ini mendapat hak keseluruhan dari sumber minyak dan gas di
Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai
kepada sumber-sumber ini.
PETRONAS
menyediakan sumber besar pendapatan untuk negara Malaysia, dengan 45% daripada bajet
kerajaan bergantung kepada dividen PETRONAS, Pada 26 Februari 2015, Petronas
memotong perbelanjaan modal bajet 2015 selepas melaporkan kerugian suku keempat
$ 2 bilion, kerugian pertama syarikat itu sejak ia mula melaporkan keputusan
suku tahunan lima tahun yang lalu.
Baru-baru ini
seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan Sarawak, pengerusi Dap Sarawak
mencadangkan kerajaan Sarawak agar perlu membatalkan permit kerja bagi semua
kakitangan PETRONAS dari Semenanjung yang memegang jawatan eksekutif dan
pengurusan dalam usaha untuk memaksa kerajaan persekutuan untuk tunduk kepada
permintaan kerajaan negeri untuk mendapatkan 20 per peratus royalti minyak dan
gas.
Chong Chieng Jen
(DAP-Kota Sentosa), yang membuat cadangan ini, berkata langkah ini akan
menghentikan operasi PETRONAS, Malaysia Gas Cecair Asli (MLNG) dan semua
anak-anak syarikat di negeri ini.
Kenyataan Chong
memang tidak masuk akal dan tidak realisitik kerana sekiranya operasi PETRONAS
dihentikan ianya akan mengakibat kerugian besar kepada syarikat yang dimiliki
sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan juga kepada pendapatan negara. Setiap
minit pengeluaran minyak dan gas operasi ditutup ianya boleh mengakibatkan kerugian yang besar
kepada syarikat dan juga negara, ianya bukan macam menutup stesen pam minyak.
Adakah dengan
menyekat kemasukan para ekskutif dan pengurusan PETRONAS dari Semenanjung
memasuki Sarawak dapat menyelesaikan masalah tuntutan royalti? Bagaimana dengan
nasib pekerja tempatan yang bekerja dengan PETRONAS adakah mereka dapat jaminan
dapat pekerjaan selepas PETRONAS diberhentikan operasi di Sarawak? Dia perlu
berfikiran luar kotak dan jangan terlalu emosi dalam menuntut sesuatu perkara.
PETRONAS bukanlah
sebuah syarikat persendirian yang boleh membuat keputusan sendiri tanpa campur
tangan dari kerajaan pusat dan setiap keputusan yang melibat polisi PETRONAS
perlu mendapat kelulusan dan kebenaran dari kerajaan Malaysia.
Sepatutnya
rundingan yang melibatkan royalti ini perlu dibincangkan diantara kerajaan
pusat dengan kerajaan Sarawak bukannya dengan pihak pengurusan PETRONAS. Pihak
pengurusan PETRONAS tidak akan mampu menunaikan hasrat kerajaan Sarawak sepenuhnya
dalam tuntutan royalti sebab ianya adalah milik penuh kerajaan Malaysia dimana
Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam memberi keputusan yang melibatkan
hak negara bukannya pihak pengurusan PETRONAS.
Mungkin pihak
PETRONAS boleh memberi kontrak kepada syarikat tempatan tapi kalau melibatkan
pemberian royalti sudah tentu ianya boleh menjejaskan pendapatan serta
pembelanjaan operasi PETRONAS. Hampir separuh dari hasil PETRONAS ada ditangan
kerajaan persekutuan maka kerajaan Sarawak boleh menuntut lebih dari bajet
setiap tahun yang setara dengan peratus royalty tanpa menjejaskan bajet operasi
PETRONAS.
45% daripada bajet
kerajaan pusat bergantung kepada dividen PETRONAS maka mungkin dari situ
kerajaan pusat boleh menggunakan bajet yang sudah diberi oleh PETRONAS kepada
kerajaan pusat untuk pembangunan Sarawak tanpa menjejaskan pembelanjaan operasi
PETRONAS.
Dalam pendekatan
yang lebih drastik, Chong juga mencadangkan BN negeri menyertai Pakatan Rakyat
(PR) kebangsaan untuk membentuk kerajaan persekutuan. Beliau berkata, Pakatan, dengan 86 Ahli
Parlimen, tambah dengan satu daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), boleh
membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 Ahli Parlimen jika 25 Ahli
Parlimen BN di negeri ini melompat kapal.
Kalau di Sarawak,
Dap sudah pun memutuskan hubungan dengan PR Sarawak bagaimana pula dia boleh
mengajak PR peringkat kebangsaan bergabung dengan BN Sarawak untuk kerajaan
perpaduan. Adakah dia mempunyai agenda sendiri disebabkan dia gagal
mempengaruhi PR Sarawak untuk mencapai agenda dia?
Adakah dia ingin
bersama BN Sarawak kerana sudah tidak mampu melawan musuh politiknya maka dia
perlu sertai pihak lawan demi mencapai cita-citanya yang mungkin sukar dicapai sekiranya
dia terus bersama PR. Itu urusan Chong
dan partinya, kita tidak mahu mencampuri urusan dalaman mereka, terserah dengan
ahli dan penyokong mereka menilai keinginan beliau untuk membentuk kerajaan
perpaduan dengan BN.
PAS tetap istiqamah
dalam memperjuangkan kebajikan dan hak rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Ada masanya kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara yang
melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Kerajaan Sarawak
perlu telus dan memberi keutamaan kepada penduduk Sarawak yang tidak mempunyai
tempat tinggal dengan memberi hakmilik tanah serta lot tanah untuk mereka yang
tidak memiliki tempat tinggal bukannya hanya memberi keutamaan kepada pemaju
dan pelabur asing yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Setiap rakyat
Sarawak sepatutnya diberi tempat tinggal yang lebih baik bukannya tinggal di
pelupusan sampah seperti pendatang asing.
Sarawak yang mempunyai keluasan tanah sebesar semenanjung Malaysia mampu
menampung keperluan tempat tinggal untuk seluruh rakyat Sarawak.
Kita mengesa agar
kerajaan Sarawak dibawah pemimpinan Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem
terus komited untuk memberi tumpuan kepada kebajikan semua rakyat tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman politik. Jangan hanya buat gimik apabila dekat waktu
dengan pilihanraya tetapi selepas mencapai kemenangan masih lagi ada rakyat
Sarawak yang hidup dalam kesempitan dan tiada tempat tinggal yang tetap hanya
menumpang di tanah kerajaan. Harap perkara ini mendapat perhatian dari kerajaan
Sarawak kalau mereka masih lagi mahu diberi peluang sekali lagi untuk
memerintah.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
The
State will lose If PETRONAS Blocked Operations in Sarawak
PETRONAS, the
acronym for the Petroleum National Berhad, a Malaysian oil and gas company
which was established on 17 August 1974. It is wholly owned by the Malaysian
Government; the corporation is vested with the entire oil and gas resources in
Malaysia and is entrusted with the responsibility of developing and adding
value to these resources.
PETRONAS provides a
great source of income for the country, with 45% of the government budget
depends on dividends from PETRONAS, On February 26, 2015, PETRONAS cut capital
expenditure budget in 2015 after reporting a fourth-quarter loss of $ 2
billion, the company's first loss since it began reporting quarterly results of
five years ago.
Recently, as
reported in the Sarawak local newspapers, the Sarawak DAP chairman suggested
that the Sarawak government should revoke work permits for all of PETRONAS
personnel from the peninsula who holding executive and managerial positions in
order to force the federal government to comply with the state government's
request for 20 per cent royalty of oil and gas.
Chong Chieng Jen
(DAP-Kota Sentosa), which made this proposal, said the move will stop the
operations of PETRONAS, Malaysia Liquefied Natural Gas (LNG) and all
subsidiaries in the state.
Chong statement
does not make sense and is not realistic because if it stopped its operation
will cause huge losses to companies wholly owned by the Government and also to
the national income. Every minute of oil and gas production operations closed
it can result in substantial losses to the company and the country, it was not
like closing the oil pumping station.
Are by restricting
the entry of the executive and management of PETRONAS from peninsular entering
Sarawak can solve the problem of royalty claims? What about the fate of local
workers employed by PETRONAS would they be able to guarantee jobs after
PETRONAS stopped operating in Sarawak? He needs to think outside the box and do
not be too emotional in demanding something.
PETRONAS is not a
private company that can make their own decisions without intervention from the
federal government and any decision involving PETRONAS policy requires the
approval and permission from the Malaysian government.
The negotiations
involving these royalties should be discussed between the federal government
and the state government rather than with the management of PETRONAS. The
management of PETRONAS will not be able to fulfill completely the claims of
royalties by the Sarawak government because it is a wholly-owned the Malaysian
government where the Prime Minister in charge of giving a decision involving
the rights of the country rather than the management of PETRONAS.
Perhaps the
PETRONAS can give contracts to local companies but if that involves giving the
royalty of course it can affect revenues and operating expenditures of
PETRONAS. Almost half from its revenue is in the hands of the federal
government, the state government can demand more from the budget every year,
which is equivalent to the percentage of royalty without prejudice to PETRONAS
operating budget.
45% of the federal
government budget depends on dividends from PETRONAS then maybe it can use the
federal government budget that has been given by PETRONAS to the federal
government for Sarawak development without compromising PETRONAS operational
expenditure.
In a more drastic
approach, Chong also proposed the state BN join Pakatan Rakyat (PR) to form a
national coalition government. He said the coalition, with 86 MPs, plus one
from the Socialist Party of Malaysia (PSM), can form a government with a simple
majority of 112 MPs if 25 BN MPs in the state jumped ship.
If in Sarawak, Dap
already severed ties with PR Sarawak how he can invite national PR join Sarawak
BN for a unity government. Does he have
his own agenda because he failed to influence PR Sarawak to achieve his agenda?
Does he want to be
with BN Sarawak because it is unable to fight his political enemies he should
join opponents to achieve his goal which may be difficult to achieve if he
continues with PR. That is Chong and his party's affairs, we do not want to
interfere in their internal affairs, it is up to the members and their
supporters evaluate his desire to form a unity government with BN.
PAS remain firm in
fighting for the welfare and rights of the people regardless of race and
religion.
Sometimes we agree
to disagree on a matter that involving the interests of the people and the
country.
Sarawak government
should be transparent and give priority to the people of Sarawak who have no place
to stay by providing land titles and a lot of land to those who do not have a
place to stay rather than just giving priority to developers and foreign
investors who pursue profits alone.
Each of Sarawak citizens
should be given a better place to stay instead of living in the landfill such
as illegal immigrants. Sarawak has acreage as big as Peninsular Malaysia is
able to meet the needs of place to stay for all the people of Sarawak.
We urge the state
government under the leadership of Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem
remain committed to focusing on the welfare of all people regardless of race,
religion and political affiliation. Do not just do gimmick when near the time
of the elections but after achieving victory still there are people of Sarawak
who live in hardship and no permanent residence just squat on government land. Hope
this matter got the attention of the state government if they still want to be
given another chance to rule.
Read more...