Penduduk
asal Sarawak tanpa MyKad memerlukan bantuan
MIRI - Seorang
penduduk di Sungai Dalam di kawasan Lambir, Miri mengadu yang beliau sudah
beberapa kali memohon dokumen pengenalan diri dari Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) tetapi gagal kerana tidak mendapat surat sokongan dari Tuai rumah panjang
tempat asal kedua orang tua beliau.
Janggau salah
seorang wanita yang sudah mempunyai keluarga sehingga kini masih belum memiliki
MyKad disebabkan ibubapa beliau tidak mendaftar atau lewat mendaftar kelahiran beliau. Beliau
berasal dari Rh Chabu , Sg Liam Lepong Ajai, Bakong, Baram.
Sebelum ini beliau
pernah mengadu masalah ini kepada JPN tetapi disebabkan beliau tidak mendapat
surat sokongan dari rumah panjang tempat kelahiran beliau menyebabkan proses
pendaftaran untuk mendapatkan MyKad beliau menghadapi masalah untuk kelulusan
dari pihak JPN.
Walaupun beliau
sudah mengisi Borang APBL(L) Akuan Penerimaan Borang Permohonan Sijil Kelahiran
(Lewat) yang ditandatangani oleh pihak Pendaftar Wilayah Kelahiran dan kematian
Sarawak tetapi JPN masih belum lagi dapat memproses MyKad beliau. Menurut
beliau JPN mahu surat sokongan dan pengesahan dari pihak berkenaan untuk
mendapatkan kelulusan memproses MyKad baru.
Persoalan beliau
ialah mengapa pihak JPN tidak dapat memproses pemohonan beliau sedangkan kedua
orang tua beliau memang asal penduduk Sarawak. Beliau juga memiliki surat nikah
dan memiliki 3 orang anak, hanya beliau seorang saja yang tidak memiliki MyKad
sedangkan anak-anaknya dan suaminya ada Mykad.
Inilah masalah yang
selalu dihadapi oleh penduduk asal Sarawak yang tinggal jauh di pedalaman yang
sukar untuk mendaftar kelahiran serta memilki dokumen pengenalan diri
disebabkan jalan perhubungan yang sukar dilalui pada masa lalu.
Kebanyakan mereka
ini adalah penduduk miskin serta sukar untuk keluar ke bandar-bandar berdekatan
untuk mendaftar kelahiran anak mereka disebabkan masalah jalan jauh serta
memerlukan kos tambang pengangkutan yang tinggi untuk sampai ke bandar.
Beliau merayu kepada
pihak kami agar masalah beliau mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak
kerajaan Sarawak serta JPN untuk dapat membantu beliau mendapatkan dokumen pengenalan diri yang sah
sebagai warga negara Malaysia kerana selama ini pemohonan beliau ditolak
disebabkan tidak miliki dokumen pengenalan diri serta tidak mendapat sokongan
sepenuhnya dari pihak yang berkenaan.
Kita mengesa pihak
JPN dapat mempertimbangkan permohonan beliau dengan segera kerana beliau memang
penduduk asal Sarawak yang kurang mendapat perhatian dari kerajaan disebabkan
mereka ini tinggal jauh di pedalaman.
Pihak JPN juga
perlu aktif membuat pendaftaran penduduk asal di Sarawak yang tinggal jauh di
pedalaman yang kurang kemudahan Infrastruktur seperti jalan raya, jambatan,
bekalan air, elektrik, telekomunikasi, dan sebagainya.
Kita juga
mengharapkan pihak kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Tan Sri Datuk Patinggi
Adenan Satem dapat menunaikan janji mereka untuk memberi tumpuan kepada
penduduk luar bandar yang kurang bernasib baik ini agar kehidupan mereka lebih
terjamin serta tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.
Kita berharap kerjasama dengan pihak kerajaan serta JPN
untuk mengatasi masalah penduduk asal tanpa dokumen pengenalan diri dapat
ditangani dengan segera amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Sarawak
Indigenous Peoples without MyKad need help
MIRI - A resident
of Sungai Dalam in Lambir, Miri complained that she had several times apply an
identification document from the National Registration Department (NRD) but
failed because not getting a letter of recommendation from the Longhouse chief
a place of origin of her parents.
Janggau one of the
women that already have a family until now still do not have MyKad because her
parents do not register or late registration of her birth. She originated from
Rh Chabu, Sg Liam Lepong Ajai, Bakong, Baram.
She had previously
complained of this problem to the NRD but because she could not get the support
from the longhouse where her birthplace causing the registration process for
her to get MyKad have a problem for approval from the NRD.
Although she
already filling out the Form of APBL (L) Acknowledgement of Receipt of
Application Form Birth Certificate (Late) signed by the Regional Registrar of
Births and death of Sarawak but NRD still not able to process her MyKad. According
to her NRD want letter of recommendation and verification from the relevant
authorities to obtain the approval process for new MyKad.
Her question is why
the NRD could not process her application while both of her parents are the
original inhabitants of Sarawak. She also has a marriage certificate and has 3
children only she was the only one that does not have a MyKad while her
children and her husband have MyKad.
This problem often faced
by the indigenous people of Sarawak who live further inland that are difficult
to register the birth and have identification documents due to inaccessible
roads in the past.
Most of them are
poor and hard to get out to nearby cities to register the birth of their child
due to travel long distances and requires high cost of transportation fares to reach
to the town.
She appealed to us
so that her problems get appropriate attention from the Sarawak government and
NRD to help her to get valid identification document as Malaysian citizens because
all this while her application was rejected because did not have personal
identification documents and did not get fully support of the parties concerned.
We urge the NRD can
consider her application immediately because she is indeed Sarawak natives who
received less attention from the government because they live far inland.
The department
should also actively make the registration of the original inhabitants in
Sarawak who live far inland that are less Infrastructure facilities such as
roads, bridges, water supply, electricity, telecommunications, and so on.
We also look ahead
to the state government under the leadership of Tan Sri Datuk Adenan Satem can
keep their promises to focus on the rural population who are less fortunate so
that their lives is more assured and did not left behind in development.
We hope with the
collaboration with the government and NRD to overcome the problems of the original
inhabitants without personal identification documents can be dealt with
immediately is greatly appreciated.
Feedback from Government agency
Tuan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Jabatan ini ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pihak berkenaan. Semakan rekod Jabatan mendapati Permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran bagi Puan Janggau telah dikemukakan pada 18 Jun 2011 di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) Miri, Sarawak iaitu bagi pendaftaran kelahiran yang dikemukakan selepas tempoh 42 hari daripada tarikh kelahiran. Berdasarkan maklumat, dokumen sokongan dan keterangan yang telah diperolehi semasa permohonan tersebut dikemukakan, keputusan permohonan adalah TOLAK dan telah dimaklumkan melalui surat Ruj. P.16653 bertarikh 24 Ogos 2011 kepada Puan Kenut Anak Ling (Penganjur) beralamat D/A Elizabeth Imu Ling, JKR Bahagian Bengkel, Jalan Pujut Lutong, 98000 Miri, Sarawak.
3. Walau bagaimanapun, permohonan semula boleh dikemukakan di mana-mana pejabat cawangan JPN berdekatan dengan mengisi Borang I (Permohonan Pendaftaran Kelahiran) dan Borang X (Permohonan Cabutan Dari Daftar Kelahiran) dengan lengkap beserta dokumen sokongan yang betul dan sahih seperti berikut :
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak atau Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan).
Discharge Summary (asal dan salinan)
Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan beserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau;
Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas.
Gambar berukuran passport (terkini) kanak-kanak dan gambar keluarga berukuran poskad
Borang Permohonan Pendaftaran Lewat Bagi Kelahiran Selepas 42 Hari Dari Masa Berlaku PDL(L) Pin.2
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian(asal dan salinan);
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
Borang Maklumat Keluarga BMK81
Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping);
DOKUMEN PEMOHON/PENGANJUR; jika pemohon bukan ibu bapa.
(ASAL DAN SALINAN)
Akuan Sumpah Berkanun SA-81 bagi pemohon/ penganjur yang mengetahui tentang kelahiran;
Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport pemohon/penganjur (asal dan salinan);
4. Usaha untuk membantu setiap permasalahan pelanggan berkaitan perkhidmatan di Jabatan ini sentiasa diberi perhatian tanpa mengenepikan peraturan dan undang-undang berdasarkan kepada misi Jabatan iaitu mengurus rekod pengenalan diri yang sahih serta memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk demi kesejahteraan dan keselamatan negara. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, hubungi talian 082-237872 / 237351 di Unit Daftar Lewat, Bahagian Khas, JPN Negeri Sarawak, Kuching dengan mengemukakan nombor rujukan permohonan atau hadir di mana-mana pejabat cawangan JPN berdekatan.
Sekian, terima kasih.
“Rakyat Di Hati JPN”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
t.t
(AHMAD BIN SAHADAR)
b.p Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Sarawak
Tel : 082-234054
Faks : 082-258295
Emel : ahmads@jpn.gov.my

0 Comments Received
Post a Comment