PAS
Sokong wujudkan kerajaan Sarawak berintegriti
Kerajaan Sarawak sekali
lagi mencipta sejarah apabila 26 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan 30
setiausaha politik menandatangani ikrar integriti baru-baru ini. Majlis
tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol
yang juga pengerusi BNBBC dan ADUN Semop. Majlis menandatangai ikrar tersebut
berlangsung di Dewan Undangan Negeri di sini disaksikan oleh Ketua Menteri
Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
PAS Sarawak
menyokong penuh hasrat kerajaan BN Sarawak wujudkan kerajaan berintegriti
dengan mengisytiharkan harta wakil rakyat mereka tapi masih belum cukup kalau
masih ada lagi diantara mereka yang masih belum mengisytiharkan harta mereka kepada
umum agar mereka tidak dituduh mengumpul harta sepanjang mereka menjadi wakil
rakyat atau menjadi menteri..
Begitu juga dengan
wakil rakyat dari pembangkang juga perlu membuat perisytiharan harta mereka
agar rakyat tahu siapa mereka sebelum dan selepas mereka terpilih menjadi wakil
rakyat.
Ketua Menteri
Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pernah berkata “Beri saya peluang
(“Give me a chance”) slogan yang akan diketengahnya dalam menghadapi pilihan
raya umum Sarawak akan datang.
Ketua Menteri
Sarawak berkata beliau memerlukan sekurang-kurangnya beberapa tahun untuk
mencapai kejayaan yang impikan beliau buat Sarawak dan beliau mengakui tidak
dapat melakukannya seorang diri tanpa kerjasama seluruh penduduk Sarawak.
Kalau Ketua Menteri
Sarawak seorang saja yang bekerja untuk memulihkan intergriti serta membebaskan
diri dari cengkaman rasuah dan penyalahgunaan kuasa sedangkan masih terdapat
lagi orang kuat mantan Ketua Menteri Sarawak dulu, mungkin sukar bagi rakyat hendak
memberi peluang kepada beliau
disebabkan bayangan
dan pengaruh dari mantan Ketua Menteri dulu masih lagi menghantui fikiran orang
ramai.
Sekiranya Adenan
Satem hendak diberi peluang sekali lagi beliau perlu berani menukar atau
merombakkan kabinet yang baru dengan mengugurkan menteri kabinet yang ada
sekarang dengan yang lebih muda dan bebas dari unsur rasuah dan pengaruh Tun
Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Dia perlu berani
mengubah sesuatu kalau dia mahu diberi peluang sekali lagi, kalau dia terus
mengekalkan menteri yang lama dan juga mereka yang ada masalah dalam
pentadbiran yang lalu sudah pasti rakyat kurang yakin akan prestasi kabinet
beliau.
Ini bukan soal
mencampuri urusan yang melibatkan pemilihan parti beliau tapi lebih kepada
kepimpinan kerajaan Sarawak yang baru. Rakyat berhak bersuara siapa yang bakal
memimpin mereka bukannya parti yang menang dalam pilihan raya.
Ianya perlu
mengubah struktur pentadbiran yang lebih berkesan dan cekap dan bebas dari
skandal yang boleh mencacatkan hasrat beliau menjadikan Sarawak sebuah negara
yang bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Adenan Satem perlu
mengembalikan semula hak rakyat yang telah disalahgunakan selama ini dengan
memberi rakyat tempat tinggal serta kemudahan asas yang selama ini terpinggir
terutama di kawasan luar bandar dan di pedalaman.
PAS Sarawak
sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang lebih mementingkan
kebajikan rakyat bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Walaupun wakil
rakyat serta menteri mereka mengisytiharkan harta bukan bermakna mereka sudah
benar-benar bebas dari unsur-unsur yang meragukan sekiranya rakyat masih belum
mendapat maklumat yang tepat dari pihak berkuasa bagaimana mereka memperolehi
harta mereka.
Penglibatan PAS
dalam proses pilihan raya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem demokrasi yang
diamalkan di negara ini. Selain itu, penyertaan PAS di dalam pilihan raya ialah
bertujuan untuk menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat
negara ini terhadap dasar-dasar perjuangan Islam yang dibawanya. Kehadiran PAS
bukan sekadar untuk merancakkan suasana pilihan raya tetapi dengan harapan
untuk mencapai kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan
Islam yang adil untuk semua.
Ada kalanya kita
setuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara tapi kalau ianya baik untuk
rakyat maka kita akan memberi sokongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
politik. Kita sentiasa memberi kerjasama untuk kebajikan rakyat dan kita juga
berharap kerajaan Sarawak tidak menghalang usaha baik kita untuk kebajikan
rakyat di negara ini.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
PAS
Support create a Sarawak government with integrity
Sarawak government
has once again made history when 26 Barisan Nasional (BN) representatives and
30 political secretaries signed integrity pledges recently. The ceremony is
headed by the Chief Secretary for Political Chief Minister Abdullah Saidol who
is also chairman of BNBBC and Assemblyman for Semop. The signing of the pledge
was held at the State Legislative Assembly here, witnessed by Chief Minister
Datuk Tan Sri Adenan Satem.
Sarawak PAS fully
supports the government's intention of Sarawak BN to create a government with
integrity with representatives declare their assets but still not enough if
there still exist among those who have yet to declare their assets to the
public so that they are not accused of accumulate wealth along they become
representatives of the people or become a minister.
Similarly, the
representatives of the people of the opposition should also make a declaration
of their property so that the people know who they are before and after they
are elected as representatives of the people.
Chief Minister of
Sarawak Datuk Tan Sri Adenan Satem once said "Give me a chance“the slogan
that will be presented at the next of Sarawak general election.
Chief Minister of
Sarawak said he would need at least a few years to achieve his dream of success
for Sarawak and he acknowledges he cannot do it alone without the cooperation
of the entire population of Sarawak.
If the Chief
Minister of Sarawak was the only one working to restore the integrity and
liberate themselves from the clutches of corruption and abuse of power while
there is still a strong man of former Chief Minister of Sarawak, it may be
difficult for the people to give him a chance due to the shadow and the
influence of the former Chief Minister still haunt people's minds.
If Adenan Satem be
given another opportunity he should dare to change or revamp the new cabinet
with drop the existing cabinet ministers with younger and free from corruption
and the influence of Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
He must dare to
change something if he wants to be given the opportunity again, if he continues
to maintain the old minister and also those who have problems in the
administration of the past, certainly people less confident of his cabinet
performance.
It's not about
interfering in the affairs involving his party's election but rather on the
Sarawak government's new leadership. People have the right to speak who will
lead them instead of the winning party in the election.
It is necessary to
change the administrative structure with a more effective and efficient and
free from scandals that could impair his desire to make Sarawak as a country
which is free from corruption and abuse of power.
Adenan Satem need
to restore the rights of the people who have been abused over the years by
giving the people shelter and basic utilities that had been marginalized,
especially in rural and remote areas.
Sarawak PAS always
give support to any party who is more concerned with the welfare of the people
and not just for its own sake.
While
representatives of the people and ministers declare their wealth does not mean
they are completely free from dubious elements if the people still do not get
accurate information from the authorities on how they acquired their wealth.
PAS involvement in
the electoral process is to meet the demands of a democratic system practiced
in this country. In addition, PAS participation in elections is intended to
offer an alternative and provide understanding to the people of this country
against the policies of Islam it carries.
PAS presence not
just to boost the electoral atmosphere but with the hope of achieving victory
paved the way for the implementation of Islamic rule that is fair for all.
There are times
when we agree to disagree on something, but if it is good for the people, then
we will give support regardless of race, religion and political affiliation. We
always cooperate for the welfare of the people and we also hope that the government
of Sarawak not hinders our efforts for the welfare of the people in this country.
0 Comments Received
Post a Comment