PAS Sokong wujudkan kerajaan Sarawak berintegriti

Kerajaan Sarawak sekali lagi mencipta sejarah apabila 26 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan 30 setiausaha politik menandatangani ikrar integriti baru-baru ini. Majlis tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol yang juga pengerusi BNBBC dan ADUN Semop. Majlis menandatangai ikrar tersebut berlangsung di Dewan Undangan Negeri di sini disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

PAS Sarawak menyokong penuh hasrat kerajaan BN Sarawak wujudkan kerajaan berintegriti dengan mengisytiharkan harta wakil rakyat mereka tapi masih belum cukup kalau masih ada lagi diantara mereka yang masih belum mengisytiharkan harta mereka kepada umum agar mereka tidak dituduh mengumpul harta sepanjang mereka menjadi wakil rakyat atau menjadi menteri..

Begitu juga dengan wakil rakyat dari pembangkang juga perlu membuat perisytiharan harta mereka agar rakyat tahu siapa mereka sebelum dan selepas mereka terpilih menjadi wakil rakyat.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pernah berkata “Beri saya peluang (“Give me a chance”) slogan yang akan diketengahnya dalam menghadapi pilihan raya umum Sarawak akan datang.

Ketua Menteri Sarawak berkata beliau memerlukan sekurang-kurangnya beberapa tahun untuk mencapai kejayaan yang impikan beliau buat Sarawak dan beliau mengakui tidak dapat melakukannya seorang diri tanpa kerjasama seluruh penduduk Sarawak.

Kalau Ketua Menteri Sarawak seorang saja yang bekerja untuk memulihkan intergriti serta membebaskan diri dari cengkaman rasuah dan penyalahgunaan kuasa sedangkan masih terdapat lagi orang kuat mantan Ketua Menteri Sarawak dulu, mungkin sukar bagi rakyat hendak memberi peluang kepada beliau
disebabkan bayangan dan pengaruh dari mantan Ketua Menteri dulu masih lagi menghantui fikiran orang ramai.

Sekiranya Adenan Satem hendak diberi peluang sekali lagi beliau perlu berani menukar atau merombakkan kabinet yang baru dengan mengugurkan menteri kabinet yang ada sekarang dengan yang lebih muda dan bebas dari unsur rasuah dan pengaruh Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dia perlu berani mengubah sesuatu kalau dia mahu diberi peluang sekali lagi, kalau dia terus mengekalkan menteri yang lama dan juga mereka yang ada masalah dalam pentadbiran yang lalu sudah pasti rakyat kurang yakin akan prestasi kabinet beliau.  

Ini bukan soal mencampuri urusan yang melibatkan pemilihan parti beliau tapi lebih kepada kepimpinan kerajaan Sarawak yang baru. Rakyat berhak bersuara siapa yang bakal memimpin mereka bukannya parti yang menang dalam pilihan raya.

Ianya perlu mengubah struktur pentadbiran yang lebih berkesan dan cekap dan bebas dari skandal yang boleh mencacatkan hasrat beliau menjadikan Sarawak sebuah negara yang bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Adenan Satem perlu mengembalikan semula hak rakyat yang telah disalahgunakan selama ini dengan memberi rakyat tempat tinggal serta kemudahan asas yang selama ini terpinggir terutama di kawasan luar bandar dan di pedalaman.

PAS Sarawak sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang lebih mementingkan kebajikan rakyat bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Walaupun wakil rakyat serta menteri mereka mengisytiharkan harta bukan bermakna mereka sudah benar-benar bebas dari unsur-unsur yang meragukan sekiranya rakyat masih belum mendapat maklumat yang tepat dari pihak berkuasa bagaimana mereka memperolehi harta mereka.

Penglibatan PAS dalam proses pilihan raya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Selain itu, penyertaan PAS di dalam pilihan raya ialah bertujuan untuk menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat negara ini terhadap dasar-dasar perjuangan Islam yang dibawanya. Kehadiran PAS bukan sekadar untuk merancakkan suasana pilihan raya tetapi dengan harapan untuk mencapai kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan Islam yang adil untuk semua.

Ada kalanya kita setuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara tapi kalau ianya baik untuk rakyat maka kita akan memberi sokongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kita sentiasa memberi kerjasama untuk kebajikan rakyat dan kita juga berharap kerajaan Sarawak tidak menghalang usaha baik kita untuk kebajikan rakyat di negara ini.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

PAS Support create a Sarawak government with integrity

Sarawak government has once again made history when 26 Barisan Nasional (BN) representatives and 30 political secretaries signed integrity pledges recently. The ceremony is headed by the Chief Secretary for Political Chief Minister Abdullah Saidol who is also chairman of BNBBC and Assemblyman for Semop. The signing of the pledge was held at the State Legislative Assembly here, witnessed by Chief Minister Datuk Tan Sri Adenan Satem.

Sarawak PAS fully supports the government's intention of Sarawak BN to create a government with integrity with representatives declare their assets but still not enough if there still exist among those who have yet to declare their assets to the public so that they are not accused of accumulate wealth along they become representatives of the people or become a minister.

Similarly, the representatives of the people of the opposition should also make a declaration of their property so that the people know who they are before and after they are elected as representatives of the people.

Chief Minister of Sarawak Datuk Tan Sri Adenan Satem once said "Give me a chance“the slogan that will be presented at the next of Sarawak general election.

Chief Minister of Sarawak said he would need at least a few years to achieve his dream of success for Sarawak and he acknowledges he cannot do it alone without the cooperation of the entire population of Sarawak.

If the Chief Minister of Sarawak was the only one working to restore the integrity and liberate themselves from the clutches of corruption and abuse of power while there is still a strong man of former Chief Minister of Sarawak, it may be difficult for the people to give him a chance due to the shadow and the influence of the former Chief Minister still haunt people's minds.

If Adenan Satem be given another opportunity he should dare to change or revamp the new cabinet with drop the existing cabinet ministers with younger and free from corruption and the influence of Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

He must dare to change something if he wants to be given the opportunity again, if he continues to maintain the old minister and also those who have problems in the administration of the past, certainly people less confident of his cabinet performance.

It's not about interfering in the affairs involving his party's election but rather on the Sarawak government's new leadership. People have the right to speak who will lead them instead of the winning party in the election.

It is necessary to change the administrative structure with a more effective and efficient and free from scandals that could impair his desire to make Sarawak as a country which is free from corruption and abuse of power.

Adenan Satem need to restore the rights of the people who have been abused over the years by giving the people shelter and basic utilities that had been marginalized, especially in rural and remote areas.

Sarawak PAS always give support to any party who is more concerned with the welfare of the people and not just for its own sake.

While representatives of the people and ministers declare their wealth does not mean they are completely free from dubious elements if the people still do not get accurate information from the authorities on how they acquired their wealth.

PAS involvement in the electoral process is to meet the demands of a democratic system practiced in this country. In addition, PAS participation in elections is intended to offer an alternative and provide understanding to the people of this country against the policies of Islam it carries.

PAS presence not just to boost the electoral atmosphere but with the hope of achieving victory paved the way for the implementation of Islamic rule that is fair for all.

There are times when we agree to disagree on something, but if it is good for the people, then we will give support regardless of race, religion and political affiliation. We always cooperate for the welfare of the people and we also hope that the government of Sarawak not hinders our efforts for the welfare of the people in this country.