Makluman
dan Kaji Selidik Penambahbaikan KWSP Terlalu Singkat
Rangka masa yang
diberi untuk para pencarum mengisi data kaji selidik penambahbaikan KWSP adalah
terlalu singkat iaitu dari 21 April sehingga 5 Mei 2015.
Ramai dari kalangan
pencarum KWSP merungut kerana ada dikalangan mereka yang buta IT serta tidak
memiliki kemudahan internet untuk mengisi borang kaji selidik itu.
Sudah tentu bukan
semua ahli pencarum dapat mengisi kaji selidik itu melalui i-Akaun kerana ramai
dari kalangan pencarum yang bekerja sebagai buruh dan kurang pengetahuan
tentang IT serta tidak memiliki kemudahan internet akan terlepas peluang untuk
ikut serta dalam kaji selidik itu.
Kalau pihak KWSP
terus membawa hasil kaji selidik ini ke parlimen untuk kelulusan tanpa
penyertaan semua ahli pencarum, ini sudah tentu tidak adil bagi pencarum yang
tidak dapat menyertai kaji selidik tersebut dalam masa yang singkat dengan
tiadanya kemudahan internet dan mereka yang tinggal di luar bandar.
Pihak KWSP perlu
memaklumkan kepada semua pencarum melalui surat dan email tanpa mengira pangkat
serta jawatan pencarum agar mereka dapat sama-sama mengisi borang kaji selidik
tersebut.
Pihak KWSP tidak
perlu tergesa-gesa untuk melaksanakan sesuatu perkara yang melibatkan wang
simpanan pencarum tanpa pengetahuan serta persetujuan mereka dan adalah tidak
adil sekiranya KWSP terus juga dengan cadangan mereka kalau masih ramai
pencarum tidak dapat mengisi borang kaji selidik tersebut sepenuhnya.
Kita mahu sekurang-sekurangnya
99 peratus pencarum diberi hak sebagai peserta untuk kaji selidik ini. Kalau
kurang dari 50 peratus, kita memang tidak setuju apa juga cadangan yang telah
dibuat hasil kajian tersebut kecuali ianya benar-benar memberi manfaat kepada
pencarum.
Kita mengesa pihak
KWSP perlu memberi ruang masa secukupnya kepada semua pencarum untuk sama-sama
mengisi borang kaji selidik tersebut sebelum dibentangkan ke parliamen untuk
kelulusan.
Kita harap pihak
KWSP dapat memberi perhatian akan masalah dan rungutan ahli pencarum yang
rata-rata tidak setuju duit simpanan mereka disekat dari pengeluaran setelah
mencapai umur 55 tahun serta digunakan tanpa persetujuan mereka.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Notifications
and Survey Improvements of EPF is too short
The time frame
given to advising contributors to fill survey data of EPF improvement is too
short, i.e. from April 21 until May 5, 2015.
Many of EPF
contributors complain because there are those who are blind IT and do not have
internet facility to fill the survey.
Of course not all
members of contributors can fill the survey via i-Akuan because many of the
contributors who worked as laborers and less knowledge about IT and do not have
internet facilities will miss the opportunity to participate in the survey.
If the EPF
continues to bring these survey results to parliament for approval without the
participation of all members of the contributor, this of course is not fair for
contributors who cannot participate in the survey in a short time with no
internet facility and those living in rural areas.
The EPF must notify
all contributors by mail and email regardless of rank and position of
contributors so that they can jointly fill the survey form.
The EPF does not
have to rush to do things that involve the contributor provident fund without
their knowledge and consent it is not fair if EPF went ahead with their
proposal that still many contributors cannot fill the survey form completely.
We want at least 99
percent of the contributors are entitled as participants for this survey. If it
less than 50 percent, we do not accept any proposal that has been made on these
studies, unless it is really beneficial to contributors.
We urge the EPF
should provide sufficient time space to all contributors to jointly completed
questionnaires before being presented to Parliament for approval.
We hope the EPF
will be able to pay attention to problems and complaints from members of the
contributors that averages do not agree their money savings blocked from
withdrawal after 55 years, and was used without their consent.
0 Comments Received
Post a Comment