Negara akan kerugian Jika PETRONAS Disekat Operasi Di Sarawak

PETRONAS, singkatan untuk Petroliam Nasional Berhad, adalah sebuah syarikat minyak dan gas Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Ianya dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, perbadanan ini mendapat hak keseluruhan dari sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber ini.

PETRONAS menyediakan sumber besar pendapatan untuk negara Malaysia, dengan 45% daripada bajet kerajaan bergantung kepada dividen PETRONAS, Pada 26 Februari 2015, Petronas memotong perbelanjaan modal bajet 2015 selepas melaporkan kerugian suku keempat $ 2 bilion, kerugian pertama syarikat itu sejak ia mula melaporkan keputusan suku tahunan lima tahun yang lalu.

Baru-baru ini seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan Sarawak, pengerusi Dap Sarawak mencadangkan kerajaan Sarawak agar perlu membatalkan permit kerja bagi semua kakitangan PETRONAS dari Semenanjung yang memegang jawatan eksekutif dan pengurusan dalam usaha untuk memaksa kerajaan persekutuan untuk tunduk kepada permintaan kerajaan negeri untuk mendapatkan 20 per peratus royalti minyak dan gas.

Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa), yang membuat cadangan ini, berkata langkah ini akan menghentikan operasi PETRONAS, Malaysia Gas Cecair Asli (MLNG) dan semua anak-anak syarikat di negeri ini.

Kenyataan Chong memang tidak masuk akal dan tidak realisitik kerana sekiranya operasi PETRONAS dihentikan ianya akan mengakibat kerugian besar kepada syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan juga kepada pendapatan negara. Setiap minit pengeluaran minyak dan gas operasi ditutup ianya  boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada syarikat dan juga negara, ianya bukan macam menutup stesen pam minyak.

Adakah dengan menyekat kemasukan para ekskutif dan pengurusan PETRONAS dari Semenanjung memasuki Sarawak dapat menyelesaikan masalah tuntutan royalti? Bagaimana dengan nasib pekerja tempatan yang bekerja dengan PETRONAS adakah mereka dapat jaminan dapat pekerjaan selepas PETRONAS diberhentikan operasi di Sarawak? Dia perlu berfikiran luar kotak dan jangan terlalu emosi dalam menuntut sesuatu perkara.

PETRONAS bukanlah sebuah syarikat persendirian yang boleh membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan dari kerajaan pusat dan setiap keputusan yang melibat polisi PETRONAS perlu mendapat kelulusan dan kebenaran dari kerajaan Malaysia.

Sepatutnya rundingan yang melibatkan royalti ini perlu dibincangkan diantara kerajaan pusat dengan kerajaan Sarawak bukannya dengan pihak pengurusan PETRONAS. Pihak pengurusan PETRONAS tidak akan mampu menunaikan hasrat kerajaan Sarawak sepenuhnya dalam tuntutan royalti sebab ianya adalah milik penuh kerajaan Malaysia dimana Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam memberi keputusan yang melibatkan hak negara bukannya pihak pengurusan PETRONAS.

Mungkin pihak PETRONAS boleh memberi kontrak kepada syarikat tempatan tapi kalau melibatkan pemberian royalti sudah tentu ianya boleh menjejaskan pendapatan serta pembelanjaan operasi PETRONAS. Hampir separuh dari hasil PETRONAS ada ditangan kerajaan persekutuan maka kerajaan Sarawak boleh menuntut lebih dari bajet setiap tahun yang setara dengan peratus royalty tanpa menjejaskan bajet operasi PETRONAS.

45% daripada bajet kerajaan pusat bergantung kepada dividen PETRONAS maka mungkin dari situ kerajaan pusat boleh menggunakan bajet yang sudah diberi oleh PETRONAS kepada kerajaan pusat untuk pembangunan Sarawak tanpa menjejaskan pembelanjaan operasi PETRONAS.

Dalam pendekatan yang lebih drastik, Chong juga mencadangkan BN negeri menyertai Pakatan Rakyat (PR) kebangsaan untuk membentuk kerajaan persekutuan.  Beliau berkata, Pakatan, dengan 86 Ahli Parlimen, tambah dengan satu daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 Ahli Parlimen jika 25 Ahli Parlimen BN di negeri ini melompat kapal.

Kalau di Sarawak, Dap sudah pun memutuskan hubungan dengan PR Sarawak bagaimana pula dia boleh mengajak PR peringkat kebangsaan bergabung dengan BN Sarawak untuk kerajaan perpaduan. Adakah dia mempunyai agenda sendiri disebabkan dia gagal mempengaruhi PR Sarawak untuk mencapai agenda dia?

Adakah dia ingin bersama BN Sarawak kerana sudah tidak mampu melawan musuh politiknya maka dia perlu sertai pihak lawan demi mencapai cita-citanya yang mungkin sukar dicapai sekiranya dia  terus bersama PR. Itu urusan Chong dan partinya, kita tidak mahu mencampuri urusan dalaman mereka, terserah dengan ahli dan penyokong mereka menilai keinginan beliau untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN.
 
PAS tetap istiqamah dalam memperjuangkan kebajikan dan hak rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ada masanya kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Kerajaan Sarawak perlu telus dan memberi keutamaan kepada penduduk Sarawak yang tidak mempunyai tempat tinggal dengan memberi hakmilik tanah serta lot tanah untuk mereka yang tidak memiliki tempat tinggal bukannya hanya memberi keutamaan kepada pemaju dan pelabur asing yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Setiap rakyat Sarawak sepatutnya diberi tempat tinggal yang lebih baik bukannya tinggal di pelupusan sampah seperti pendatang asing.  Sarawak yang mempunyai keluasan tanah sebesar semenanjung Malaysia mampu menampung keperluan tempat tinggal untuk seluruh rakyat Sarawak.

Kita mengesa agar kerajaan Sarawak dibawah pemimpinan Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem terus komited untuk memberi tumpuan kepada kebajikan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Jangan hanya buat gimik apabila dekat waktu dengan pilihanraya tetapi selepas mencapai kemenangan masih lagi ada rakyat Sarawak yang hidup dalam kesempitan dan tiada tempat tinggal yang tetap hanya menumpang di tanah kerajaan. Harap perkara ini mendapat perhatian dari kerajaan Sarawak kalau mereka masih lagi mahu diberi peluang sekali lagi untuk memerintah.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

The State will lose If PETRONAS Blocked Operations in Sarawak

PETRONAS, the acronym for the Petroleum National Berhad, a Malaysian oil and gas company which was established on 17 August 1974. It is wholly owned by the Malaysian Government; the corporation is vested with the entire oil and gas resources in Malaysia and is entrusted with the responsibility of developing and adding value to these resources.


PETRONAS provides a great source of income for the country, with 45% of the government budget depends on dividends from PETRONAS, On February 26, 2015, PETRONAS cut capital expenditure budget in 2015 after reporting a fourth-quarter loss of $ 2 billion, the company's first loss since it began reporting quarterly results of five years ago.
 
Recently, as reported in the Sarawak local newspapers, the Sarawak DAP chairman suggested that the Sarawak government should revoke work permits for all of PETRONAS personnel from the peninsula who holding executive and managerial positions in order to force the federal government to comply with the state government's request for 20 per cent royalty of oil and gas.

Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa), which made this proposal, said the move will stop the operations of PETRONAS, Malaysia Liquefied Natural Gas (LNG) and all subsidiaries in the state.

Chong statement does not make sense and is not realistic because if it stopped its operation will cause huge losses to companies wholly owned by the Government and also to the national income. Every minute of oil and gas production operations closed it can result in substantial losses to the company and the country, it was not like closing the oil pumping station.

Are by restricting the entry of the executive and management of PETRONAS from peninsular entering Sarawak can solve the problem of royalty claims? What about the fate of local workers employed by PETRONAS would they be able to guarantee jobs after PETRONAS stopped operating in Sarawak? He needs to think outside the box and do not be too emotional in demanding something.

PETRONAS is not a private company that can make their own decisions without intervention from the federal government and any decision involving PETRONAS policy requires the approval and permission from the Malaysian government.

The negotiations involving these royalties should be discussed between the federal government and the state government rather than with the management of PETRONAS. The management of PETRONAS will not be able to fulfill completely the claims of royalties by the Sarawak government because it is a wholly-owned the Malaysian government where the Prime Minister in charge of giving a decision involving the rights of the country rather than the management of PETRONAS.

Perhaps the PETRONAS can give contracts to local companies but if that involves giving the royalty of course it can affect revenues and operating expenditures of PETRONAS. Almost half from its revenue is in the hands of the federal government, the state government can demand more from the budget every year, which is equivalent to the percentage of royalty without prejudice to PETRONAS operating budget.

45% of the federal government budget depends on dividends from PETRONAS then maybe it can use the federal government budget that has been given by PETRONAS to the federal government for Sarawak development without compromising PETRONAS operational expenditure.

In a more drastic approach, Chong also proposed the state BN join Pakatan Rakyat (PR) to form a national coalition government. He said the coalition, with 86 MPs, plus one from the Socialist Party of Malaysia (PSM), can form a government with a simple majority of 112 MPs if 25 BN MPs in the state jumped ship.

If in Sarawak, Dap already severed ties with PR Sarawak how he can invite national PR join Sarawak BN for a unity government.  Does he have his own agenda because he failed to influence PR Sarawak to achieve his agenda?

Does he want to be with BN Sarawak because it is unable to fight his political enemies he should join opponents to achieve his goal which may be difficult to achieve if he continues with PR. That is Chong and his party's affairs, we do not want to interfere in their internal affairs, it is up to the members and their supporters evaluate his desire to form a unity government with BN.

PAS remain firm in fighting for the welfare and rights of the people regardless of race and religion.
Sometimes we agree to disagree on a matter that involving the interests of the people and the country.

Sarawak government should be transparent and give priority to the people of Sarawak who have no place to stay by providing land titles and a lot of land to those who do not have a place to stay rather than just giving priority to developers and foreign investors who pursue profits alone.

Each of Sarawak citizens should be given a better place to stay instead of living in the landfill such as illegal immigrants. Sarawak has acreage as big as Peninsular Malaysia is able to meet the needs of place to stay for all the people of Sarawak.

We urge the state government under the leadership of Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem remain committed to focusing on the welfare of all people regardless of race, religion and political affiliation. Do not just do gimmick when near the time of the elections but after achieving victory still there are people of Sarawak who live in hardship and no permanent residence just squat on government land. Hope this matter got the attention of the state government if they still want to be given another chance to rule.