Mengapa Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) diberi keutamaan?


Malaysia telah memeterai perjanjian untuk membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dengan pembiayaan melalui pinjaman mudah daripada Export-Import (Exim) Bank of China. Projek yang dianggarkan bernilai RM55 bilion itu adalah salah satu daripada projek-projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Persoalannya mengapa projek yang menelan belanja berbilion ringgit ini diberi keutamaan di Semenanjung Malaysia sedangkan rakyat Sarawak dan Sabah amat memerlukan laluan lebuhraya Pan Borneo Sarawak - Sabah sepanjang 1,089 kilometer ini perlu diberi keutamaan daripada keperluan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL). Mengapa Perdana Menteri Malaysia masih sanggup berhutang semata-mata untuk membina ECRL ini dalam keadaan kegawatan ekonomi negara masa kini.

ECRL ini merupakan jaringan perkhidmatan tren baru itu yang bakal merentasi Banjaran Titiwangsa yang melibatkan laluan sepanjang kira-kira 600 kilometer (KM) melalui beberapa bandar seperti Gombak, Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat Kelantan.

Pantai Timur sudah memiliki jaringan Lebuhraya Pantai Timur yang cukup baik malahan mempunyai rangkaian penerbangan dari Kuala Lumpur, Subang dan Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.  Sedangkan Sarawak masih jauh ketinggalan dan tidak mempunyai rangkaian pengangkutan jalan darat yang baik malah rangkaian penerbangan juga agak terhad terutama di pekan-pekan kecil seperti Lawas, Mukah dan di pedalaman Baram.

Malah kawasan ekonomi impak tinggi seperti Miri, Bintulu dan Sibu pun masih mempunyai jaringan penerbangan yang terhad dan keadaan jalan yang masih teruk disebabkan jalan laluan lori balak dan kenderaan berat yang menyebabkan jalan beralun dan rosak. Sepatutnya lapangan terbang Miri dinaik taraf sebagai lapangan antarabangsa yang mempunyai rangkaian penerbangan terus ke luar negara.

Mungkinkah Najib terdesak sekarang untuk mengekalkan kuasa dengan memberi tumpuan di kawasan
yang kuat pembangkang seperti di Pantai Timur seperti negeri yang dikuasai oleh PAS berbanding dengan pengundi tegar Barisan Nasional di Sarawak. Bagaikan habis madu, sepah dibuang, begitulah nasib rakyat Sarawak yang setia dengan kerajaan BN tetapi nasib mereka terus terpinggir.

Walaupun Ketua Menteri Sarawak pernah menuntut berbagai peruntukan untuk pembangunan di Sarawak tetapi Perdana Menteri seperti tidak ambil kesah dengan pemohonan Ketua Menteri Sarawak itu.

Rakyat Sarawak harus bangkit menentang ketidakadilan ini kerana mereka sering mengabaikan keperluan asas rakyat Sarawak. Fokus yang jelas mereka memberi keutamaan dan pembangunan di Semenanjung Malaysia tatkala Sarawak terus menjadi simpanan tetap BN pusat yang jelas mengabaikan keperluan rakyat Sarawak. Sampai bila hendak melihat Sarawak maju kalau terus terpinggir begini.

Kerajaan Sarawak juga perlu memberi keutamaan kepada anak negeri Sarawak yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan tempat mereka mencari rezeki.  Kerajaan Sarawak juga perlu ingat yang sumber hasil utama datang dari Sarawak dan sepatutnya Sarawak sudah boleh jadi negara maju setanding dengan negara maju lain seperti Singapura sekiranya ditadbir dengan baik dan adil. Kerajaan yang adil adalah kerajaan yang tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak merampas hak rakyat dengan memberi kemudahan kepada korperat dan pelabur asing untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Why the East Coast Rail Link (ECRL) is given priority?

Malaysia has entered into agreements to build the East Coast Rail Link (ECRL) with China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) with financing through soft loans from the Export-Import (Exim) Bank of China. The estimated project worth RM55 billion, is one of the high-impact projects under the 11th Malaysia Plan.

The question is why the projects costing billions of ringgit is given priority in Peninsular Malaysia while the Sabah and Sarawak were in dire need of the Pan Borneo highway route Sarawak – Sabah along the 1,089-kilometer should be given priority over the needs of the project of the East Coast Railway (ECRL). Why the Prime Minister still willing to be in debt solely to build this ECRL in an economic downturn nowadays.

ECRL is a new train service network, which will cross the Titiwangsa Range involving the route about along 600 kilometers (KM) through several towns such as Gombak, Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu and ended in Tumpat, Kelantan.

East Coast already has a network of East Coast Highway that is good enough even has a network flights from Kuala Lumpur, Penang and Subang Airport via Kota Bharu, Kuala Terengganu and Kuantan. While Sarawak is still lagging behind and does not have a good road transportation network even the route network somewhat limited, especially in small towns such as Lawas, Mukah and in the interior of Baram.

Even high impact economic areas such as Miri, Bintulu and Sibu are still have a limited network of aviation and road conditions were still poor due to the routes of logging trucks and heavy vehicles cause bumpy roads and damaged. Miri airport should be upgraded as an international airport, which has direct links to overseas.

Could it be that Najib now desperate to retain power by focusing on strong opposition areas such as the East Coast state controlled by PAS compared with hardcore voters of Barisan Nasional in Sarawak? As if leaving after having fun, that was the fate of the people of Sarawak that loyal to the BN government but their fates continue to be marginalized.

Although the chief minister of Sarawak had demanded the allocation for development in Sarawak but The Prime Minister such as apathy, with chief minister of Sarawak's request.

Sarawakians must rise up against this injustice because they often ignoring the basic needs of the people of Sarawak. They give a clear focus and development priorities in the peninsula Malaysia when Sarawak continues to be BN's fixed deposit that clearly ignoring the needs of the people of Sarawak. Till when want to see Sarawak developed if continues marginalized like this.

Sarawak Government should also give priority to Sarawak natives that not have a permanent home and the place they make a living. The Sarawak government also needs to remember that the main source of revenue comes from Sarawak and Sarawak supposed to already can be a developed country at par with other developed countries such as Singapore if administered properly and fairly. Fair government is the governments that not abuse their power and confiscate the right of citizens by provide convenience to the corporate and foreign investors to scoop profits alone.