Sarawak Kehilangan Ketua Menteri Yang Berjiwa Rakyat

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada petang rabu jam 13:20pm , di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Samarahan.

Adenan 72 tahun akan meraikan ulang tahun ke 73 pada 27 Jan bulan ini telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014 yang lalu.

Rakyat Sarawak telah kehilangan seorang Ketua Menteri yang berjiwa rakyat dimana beliau salah seorang Ketua Menteri yang lantang membela hak peribumi Sarawak dan juga hak Autonomi Sarawak. Kita harap pengganti beliau nanti akan terus menyambung perjuangan beliau membela rakyat.

PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau serta rakyat Sarawak agar terus tabah dan bersabar menghadapi ujian sebesar ini. Mungkin ramai yang masih terkilan kerana masih ramai lagi rakyat Sarawak terutama di luar bandar masih memerlukan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Menteri.

Walaupun beliau tidak lama menjadi Ketua Menteri Sarawak tapi jasa beliau terhadap rakyat Sarawak tetap jadi kenangan. Semoga Allah mengampuni dosa beliau dan meletakkan roh beliau bersama roh para solehin.


Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Sarawak loss Chief Minister of the people at heart

Chief Minister of Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem died on Wednesday afternoon at 13:20 pm, at the Sarawak General Hospital Heart Centre in Samarahan.

Adenan 72 will celebrate the 73 year birthday on Jan 27 this month was appointed as Chief Minister of Sarawak on February 28, 2014 ago.

Sarawakians have lost a Chief Minister of the people at heart, where he is a Chief Minister who defends the rights of natives in Sarawak and Sarawak Autonomous rights. We hope his successor will continue to resume his struggle championing the people.

Sarawak PAS expressed condolences to his family and the people of Sarawak to remain steadfast and be patient in facing of this test. Many are still aggrieved because there are many more people of Sarawak, especially in rural areas still need his services as Chief Minister.

Although his not for long as Sarawak Chief Minister but his service to the people of Sarawak will be memorable. May Allah forgive him and put his soul with the spirit of the believers.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief