Apa
masalahnya dengan belajar tulisan Jawi?
Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama dan mereka hidup dalam aman damai dan harmoni.
Mempelajari
pelbagai bahasa atau penulisan sangat disyorkan supaya kita dapat mengenali
budaya dan agama kaum lain. Jika kita dapat menguasai banyak bahasa dan
tulisan, lebih mudah untuk berkomunikasi dengan satu sama lain dan dengan
pelbagai kaum dan memupuk hubungan yang lebih erat antara kaum dan agama.
Hasrat Kementerian Pendidikan
untuk memperkenalkan tulisan kaligrafi dan tulisan Jawi untuk mata pelajaran
Bahasa Melayu untuk Tahun Empat sepatutnya diberi sokongan oleh semua pihak
tanpa mengira bangsa dan agama.
Kenapa kita harus
menjadikan tulisan Jawi isu semata-mata untuk kepentingan pihak tertentu? Pelajaran
penulisan Jawi yang akan diajar di Sekolah Rendah Tahun Empat sangat bermanfaat
untuk pelajar mengenal dan mempelajari tulisan Jawi. Sekiranya ia boleh dibuat
peringkat awal Tahun Pertama Sekolah Rendah lebih baik lagi.
Tiada sebab untuk
parti politik tertentu dan organisasi atau persatuan untuk menentang program
pembelajaran tulisan Jawi ini kerana ia meningkatkan pengetahuan pelajar kerana
mereka dapat berkomunikasi dalam banyak bahasa dengan mudah dan mesra.
Pertubuhan seperti Persatuan
Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru
Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang menentang pengenalan pembelajaran Jawi
di sekolah vernakular tidak mempunyai alasan kuat untuk menghalang pembelajaran
Jawi. Jika mereka boleh bertindak di luar had mereka, adakah mereka sedar
bahawa tindakan mereka adalah satu pembaziran masa dan boleh menyebabkan
persengketaan kaum dan agama di negara ini.
Bagi mereka yang
menentang tulisan Jawi ini boleh menyebabkan orang lain bertindak balas, mereka
harus menghentikannya, jika tidak, ia boleh menyebabkan persengketaan kaum dan
agama di negara ini.
Pasukan keselamatan
mesti bertindak tegas terhadap pelampau ini untuk mengelakkan persengketaan
kaum dan agama yang boleh menyebabkan negara tidak aman.
Kami menggesa semua
pihak supaya bertenang dan rasional dalam memastikan keselamatan negara kita
tidak terjejas oleh isu sensitif ini. Setiap orang harus menghormati budaya dan
kepercayaan masing-masing, sebarang pertikaian tidak dapat diselesaikan secara
emosional.
Mana-mana persatuan
/ organisasi yang menyebabkan ketidakstabilan di negara ini perlu berhati-hati
untuk tidak bertindak balas terhadap isu sensitive kerana rakyat dari pelbagai
kaum dan agama akan bertarung satu sama lain kerana isu sensitif yang mereka
mainkan. Jika mereka terus mengganggu ketenteraman awam, mereka perlu diambil
tindakan. Sekiranya golongan ini tinggal di negara lain, mereka tidak akan
diberikan keistimewaan dan layanan yang sama dan sebagainya seperti di
Malaysia.
Marilah kita
belajar menghormati tradisi kebudayaan pelbagai kaum dan kepercayaan mereka supaya
kita dapat mengenali satu sama lain dengan lebih baik dan hidup dalam damai dan
harmoni di negara ini. Lebih baik bagi kita untuk belajar banyak ilmu pengetahuan
daripada terus bertengkar satu sama lain untuk perkara-perkara yang tidak
memberi manfaat kepada negara.
Akhir sekali,
apakah manfaat menentang pembelajaran tulisan Jawi dan keburukan pembelajaran
tulisan Jawi? Marilah kita berfikir secara rasional dan mengelakkan pertikaian
kaum dan agama di negara ini.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
What's
the problem with studying Jawi writing?
Malaysia is made up
of various races and religions and they live in peace and harmony.
Learning a variety
of languages or writing is highly recommended so that we can get to know the
culture and other religions. If we can master many languages and writings, it
is easier to communicate with one another and with different races and foster
closer relationships between races and religions.
Education
Ministry's intention to introduce calligraphy writing and Jawi writing for the
Malay Language subject for Year Four should be supported by all parties,
regardless of race and religion.
Why should we make
a Jawi writing an issue solely for the sake of a particular party? The Jawi
writing lessons that will be taught in primary school Year Four very helpful
for students to know and learn Jawi writing. If only it could make the early
years of Primary School even better.
There is no reason
for certain political parties and organizations or associations to oppose this
Jawi writing learning program as it enhances students' knowledge as they can
communicate in many languages easily and friendly.
Organizations like
the United Chinese Schools Teachers' Association (Jiao Zong) and the United
Chinese School Committees' Association (Dong Zong) which defies the
introduction of Jawi learning in the vernacular school have no strong reason to
hinder learning Jawi writing. If they can act beyond their limits, do they
realize that their actions are a waste of time and can cause racial and
religious strife in the country.
For those who
oppose this Jawi writing can cause others to react, they should stop it, otherwise,
it may cause racial and religious strife in this country. Security forces must
act decisively against these extremists in order to avoid racial and religious
strife that could lead the country unsafe.
We urge all parties
to be calm and rational in ensuring that our national security is not affected
by this sensitive issue. Everyone has to respect their culture and beliefs, any
dispute cannot be resolved emotionally.
Any
association/organization that causes instability in the country should be careful
not to respond to sensitive issues because the people of various races and
religions will fight each other because of the sensitive issues they play. If
they continue to interfere with public order, they will need to be taken
action. If this group lived in another country, they would not be given
privileges and treatment the same as in Malaysia and so on.
Let us learn to
respect the cultural traditions of the various races and their beliefs so that
we can get to know each other better and live in peace and harmony in this
country. It's better for us to learn a lot of knowledge than to fight each
other for things that don't benefit the country.
Finally, what are
the benefits of opposing learning Jawi writing and the disadvantages of
learning Jawi writing? Let us think rationally and avoid racial and religious
disputes in this country.
Read more...