Jerebu akan kembali jika kebakaran
belukar tidak dikawal
Cuaca di bandaraya Miri panas dan kering sejak kebelakangan
ini. Mungkinkah cuaca kering dan panas telah menjadi akibat kebakaran belukar
baru-baru ini di sebuah perladangan di Kuala Baram? Kebakaran besar di kawasan
tanah gambut jika tidak dikawal boleh menyebabkan jerebu kembali.
Pihak berkuasa perlu menyiasat secara terperinci bagaimana
kejadian kebakaran itu boleh berlaku. Jika ada pihak tertentu dengan sengaja
membakar semak untuk tujuan mengembangkan ladang mereka, pihak berkuasa mesti
mengambil tindakan terhadap mereka.
Asap tebal akibat kebakaran belukar boleh menyebabkan jerebu
dan buruk bagi pesakit asma, dan kesihatan orang awam yang tinggal berhampiran
tempat kejadian akan terjejas.
PAS Sarawak mendesak pihak berkuasa untuk tidak membiarkan
perkara seperti ini berlaku kerana negara kita menghadapi pelbagai masalah
termasuk Coronavirus 2019 (COVID-19) masih tidak terkawal sepenuhnya dan
menunggu keputusan ujian makmal untuk menghalangnya daripada merebak.
Marilah kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri kita dan
orang ramai daripada perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan
kesihatan dan keselamatan rakyat. Kerjasama semua pihak sangat dihargai agar
kita dapat hidup dengan aman dan bebas dari masalah kesehatan.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
The haze will return if the bush fire is not controlled
The weather in Miri city has been
hot and dry lately. Could it be that the dry and hot weather has been the
result of a recent bush fire at a plantation in Kuala Baram? Large fires in
peatlands if not controlled can lead to haze back.
Authorities need to investigate in
detail how the fire incident happened. If certain parties intentionally set
fire to the bush for the purpose of expanding their farms, the authorities must
take action against them.
The thick smoke caused by
bushfires can cause haze and bad for asthmatics, and public health who lives
near the scene will be affected.
Sarawak PAS urged the authorities
not to let things like that happen again because our country has been facing
various problems including Coronavirus 2019 (COVID-19) are still not fully
under control and wait for the results of the laboratory tests to prevent it
from spreading.
0 Comments Received
Post a Comment