Anak-anak muda digalakkan mempelajari seni mempertahankan diri @ Silat

Silat adalah seni mempertahankan diri dari pulau Sumatra yang juga telah tersebar luas di seluruh negara, seperti Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia, sesuai dengan penyebaran pelbagai kaum di negara ini. Terdapat juga tanggapan bahawa seni mempertahankan diri ini semakin tidak mendapat sambutan dari kerajaan yang seharusnya memelihara seni ini yang kononnya terdapat unsur-unsur takhayul yang ditemui dalam seni mempertahankan diri.


Dengan kesedaran mengenai pendidikan Islam hari ini, guru aliran agama Islam menentang dan membuang amalan yang dilihat sebagai bertentangan dengan ajaran agama Islam seperti penggunaan mantra, menyembah makhluk ghaib dan sebagainya.

Salah satu persatuan Seni Silat Pusaka Ilham di Miri telah membawa pemodenan kepada seni bela diri hari ini. Apa yang pasti, seni mempertahankan diri akan terus menjadi simbol warisan dan identiti dunia Melayu.

Pada 29 Februari 2020 (5 Rejab 1441 Hijrah) di Tudan Desaras Miri, suatu Majlis Perasmian Gelanggang Seni Silat Pusaka Ilham telah dirasmikan oleh Mahaguru Bidin Bin Tahir selaku Guru Rumpun Silat Sarawak Wilayah Miri. Antara tetamu jemputan, Tuan Haji Jofri Jaraiee sebagai Ketua PAS Miri merangkap Pesuruhjaya PAS Sarawak, ketua Pekida Miri dan rakan lain.

Sebelum majlis perasmian, persembahan seni mempertahankan diri oleh pesilat² Seni Silat Pusaka Ilham sebanyak 20 orang telah diadakan. Turut hadir untuk mempersembahkan seni mempertahankan diri ialah Silat Gerak Betawi yang dipimpin oleh Paduka Ayahanda Mahaguru Bidin Bin Tahir.

Dalam ucapan alu-aluannya, tumpuannya kepada golongan muda, terutamanya, mempelajari asas-asas pertahanan diri dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di samping itu, golongan muda harus mematuhi perintah-perintah Allah, Rasul-Nya, guru-guru mereka, dan ibu bapa mereka.

Jangan menyalahgunakan seni mempertahankan diri ini kerana tujuan jahat seperti terlibat dalam gangsterisme, bergaduh dengan satu sama lain dan tidak mengikuti perintah Allah. Seni mempertahankan diri ini bukan semata-mata mempertahankan diri tetapi juga sebagai persediaan untuk mempertahankan agama, bangsa, dan negara.

PAS menyeru pihak berkuasa untuk memperkenalkan seni mempertahankan diri sebagai salah satu mata pelajaran yang diajar dalam kurikulum untuk membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang seni mempertahankan diri untuk kesihatan mental dan fizikal. Saya berharap anak-anak muda dapat menggunakan masa lapang mereka dengan mempelajari seni mempertahankan diri supaya masa mereka dapat diisi dengan ilmu pengetahuan yang berguna.

Seni Silat Pusaka Ilham adalah silat yang tidak hanya mempelajari seni mempertahankan diri tetapi juga mempelajari ilmu syariat, tauhid dan akhlak. Ahli-ahli Seni Silat Pusaka Ilham akan ditarbiyah pada akhir latihan.

Seni Silat Pusaka Ilham diasaskan oleh Ustaz Shahrul Saufi dan gelanggang latihan yang terletak di Tudan Desaras. Sesiapa yang berminat untuk mempelajari Seni Silat Pusaka Ilham boleh menghubungi Ustaz Shahrul di 013-5612504.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Young people are encouraged to learn martial arts @ Silat

Silat is a martial art from the island of Sumatra that was also prevalent throughout the country, such as Malaysia, Brunei, Singapore, and Indonesia, according to the spread of various ethnic groups in the country. There is also the notion that martial arts are getting less and less favorable from the government that should preserve this art which allegedly contained elements of superstition found in martial arts.

With the awareness of Islamic education today, teachers of the Islamic religion are opposed to and discarded practices that are contrary to the teachings of Islam like the use of spells, worship of supernatural beings and so on.

One of the Seni Silat Pusaka Ilham associations in Miri has brought modernization to martial arts today. What will certain, martial arts continue to be a symbol of the heritage and identity of the Malay world.

On 29th February 2020 (5 Rajab 1441H) at Tudan Desaras Miri, an Opening Ceremony of the Art of Silat Pusaka Ilham was officiated by the Mahaguru Bidin Bin Tahir as Guru Rumpun Silat Sarawak of Miri Region. Among the invited guests, Tuan Haji Jofri Jaraiee as PAS Miri Chief and Sarawak PAS Commissioner, Pekida Miri chief, and others.

Before the opening ceremony, martial arts performances by pesilat² Seni Silat Pusaka Ilham total of 20 members were held. Also present to present martial arts was Silat Gerak Betawi led by Paduka Ayahanda Mahaguru Bidin Bin Tahir.

In his welcoming speech, the focus is on young people, especially, learn the basics of self-defense and practice a healthy lifestyle. In addition, young people should obey the commandments of Allah, His Messenger, their teachers, and their parents.

Do not abuse these martial arts for bad purposes such as engaging in gangsterism, fighting with one another and not following God's command. This martial art is not simply to defend themselves but also as a preparation for the defense of religion, race, and nation.

PAS called on the authorities to introduce martial arts as one of the subjects taught in the curriculum to enable them to learn more about martial arts for mental and physical health. I hope young people can use their free time by learning martial arts so that their time can be filled with useful knowledge.

The Art of Silat Pusaka Ilham is a martial art that not only learns martial arts but also learns Shari'a, monotheism, and morals. Members of Silat Pusaka Ilham will be given an education at the end of the training. Silat Pusaka Ilham founded by Ustaz Shahrul Saufi and training courts located in Tudan Desaras. Anyone interested in learning the Art of Silat Pusaka Ilham can contact Ustaz Shahrul at 013-5612504.