Elakkan berkumpul di tempat awam
Covid-19 akan tersebar dengan cepat jika tidak ada tindakan dan
kerjasama orang ramai untuk hadir dan berkumpul di tempat-tempat yang sesak
seperti pusat membeli-belah, pasar raya, tempat hiburan, perhimpunan awam atau
tempat ibadat dan sekolah atau pusat pengajian.
Dalam pada itu, mesti ada kerjasama dengan semua pihak untuk menghalang
Covid-19 daripada menyebar. Dengan ketiadaan kerjasama, masalah ini sukar untuk
dielakkan dan keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini akan terus terancam.
Cuti sekolah perlu dilanjutkan untuk sementara waktu selagi masalah itu
tidak dikawal dengan baik.
Orang ramai dan pihak berkuasa perlu bekerjasama untuk mengelak masalah
ini dari terus berlarutan.
Mungkin ada pihak yang terjejas dengan Covid-19 kerana mereka sukar
untuk berniaga dan sebagainya tetapi untuk mencegah sesuatu yang lebih serius
kita tidak mempunyai pilihan tetapi cuba mengelakkan jangkitan Coronavirus
(Covid-19) dari terus merebak.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengamalkan tahap kebersihan yang
tinggi seperti mencuci tangan dengan kerap dengan air dan sabun atau
menggunakan 'hand sanitizer'.
Orang yang mempunyai gejala dinasihatkan untuk tidak melawat
tempat-tempat yang sesak. Elakkan sekurang-kurangnya satu meter ketika
berurusan dengan orang lain.
Keselamatan dan kesihatan orang ramai adalah penting untuk dilindungi
dan mencegah Convid-19 daripada menular perlu diberi perhatian. Kerjasama
dengan semua pihak untuk menyelesaikan masalah yang menular ini sangat
dihargai. Semoga Allah pelihara kita semua dari musibah ini.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
Avoid gathering in public places
Covid-19 will spread quickly if there are no public action and
cooperation to attend and gather in crowded places such as shopping malls,
supermarkets, entertainment venues, public gatherings or places of worship and
schools or education center.
In the meantime, there must be cooperation with all parties to prevent
Covid-19 from spreading. In the absence of cooperation, this problem is
difficult to prevent, and the safety and health of the people of this country
will continue to be threatened.
School holidays need to be extended for a while as long as the problem
is not well controlled. There may be people who are affected by Covid-19
because they are difficult to trade and so on but to prevent something more
serious we have no choice but to try to prevent Coronavirus (Covid-19)
infection from spreading.
People are also advised to practice high hygiene such as washing hands
frequently with soap and water or use hand sanitizer.
People with symptoms are advised not to visit crowded places. Avoid at
least one meter when dealing with others.
0 Comments Received
Post a Comment