Perintah Kawalan Pergerakan
mengikut zon
Wabak Coronavirus @ COVID-19 terus meningkat setiap hari dan Perintah
Kawalan Pergerakan perlu dilanjutkan sehingga 14 April, 2020, oleh kerajaan Malaysia
untuk melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19.
Walaupun terdapat beberapa tempat atau kawasan, kes jangkitan COVID-19
lebih teruk dan terdapat juga kawasan di mana tidak ada jangkitan, tetapi
mereka tidak sepatutnya meninggalkan tempat itu kerana mereka boleh dijangkiti
apabila memasuki kawasan larangan jika tidak ada kawalan. Di tempat-tempat di
mana tiada jangkitan COVID-19, mereka juga mesti mematuhi Perintah Kawalan
Pergerakan di seluruh negara untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 daripada
merebak.
Semasa pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ini, kerajaan boleh
menyemak dan mengenal pasti kawasan yang boleh diklasifikasikan sebagai Zon
Merah (tidak selamat) Zon Kuning (kurang selamat) dan Zon Hijau (selamat) untuk
memudahkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan lebih
berkesan di negara ini.
Di Kawasan Merah, penduduk akan berada di bawah perintah berkurung dan
semua keperluan makanan mereka akan ditanggung oleh kerajaan tempatan sehingga
jangkitan dapat dikawal atau tidak ada jangkitan baru berlaku. Di Kawasan
Merah, penduduk di kawasan itu dilarang keluar sepenuhnya dan pergerakan mereka
harus dipantau untuk mencegah penyebaran ke kawasan lain yang berdekatan.
Di Zon Kuning, di mana terdapat juga populasi yang dijangkiti tetapi
tidak sebanyak Zon Merah hanya satu atau dua kes, mereka boleh ditempatkan di
dalam bilik pengasingan atau bilik kuarantin di hospital berdekatan. Penduduk
kawasan tersebut boleh ditempatkan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan semasa.
Mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan keluar dari rumah melainkan
ada keperluan untuk membeli barangan makanan dan sebagainya. Mereka masih bebas
untuk bergerak tidak seperti di Zon Merah.
Dalam Zon Hijau, tiada kes jangkitan berlaku sehingga penduduk dapat
bekerja seperti biasa tetapi mereka juga dilarang meninggalkan premis mereka
dan pergi ke tempat lain tanpa izin dari pihak berkuasa. Penduduk di luar
kawasan mereka juga dilarang memasuki Zon Hijau sehingga keadaan COVID-19
dikawal sepenuhnya di seluruh negara.
Kesihatan dan keselamatan penduduk yang tinggal di Zon Hijau mesti
diambil kira dan jangan biarkan Zon mereka menjadi Zon Kuning atau Zon Merah
kerana mereka cuai dan tidak mengambil serius tentang kesihatan dan keselamatan
diri mereka di zon selamat.
Mungkin pihak berkuasa boleh menyemak semula Perintah Kawalan
Pergerakan, mengikut zon, supaya rakyat di negara ini masih boleh bekerja
seperti biasa dalam keadaan selamat. Sekurang-kurangnya kawasan yang tidak
terjejas oleh jangkitan COVID-19 boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa
dan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membantu populasi yang
terjejas oleh jangkitan COVID-19 dengan menyumbang kepada mangsa yang terputus
dari bekalan makanan.
Perkara ini boleh dibincangkan lagi oleh pihak berkuasa dengan pakar
kesihatan dan pegawai keselamatan, dan bagaimana kita boleh menangani masalah
ini dalam konteks krisis ekonomi negara akibat daripada jangkitan COVID-19. Dengan
cara ini, mereka sekurang-kurangnya boleh mencegah wabak itu daripada
menyebarkan dan rakyat Malaysia boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa
dan selamat.
Mari kita memberikan idea terbaik untuk mencegah jangkitan COVID-19
daripada terus merebak kerana jika ia tidak terkawal, rakyat dan negara akan
terjejas teruk. Selain berdoa kepada Allah, kita perlu melakukan sesuatu untuk
mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus merebak dan dapat dikawal sepenuhnya
dan kemudian dibasmi sepenuhnya.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
Movement Control Order by zone
Coronavirus @ COVID-19 outbreaks continue to rise daily and the
Movement Control Order has to be extended until April 14, 2020, by the
Malaysian government to protect the population from COVID-19 infection.
Although there are a few places or areas, cases of infection COVID-19
worse and there are also areas where there is no infection, but they are not
supposed to leave that place because they can be infected when entering a
restricted area if there is no control. In areas where there is no COVID-19
infection, they must also comply with the National Movement Control Order to
prevent COVID-19 infection from spreading.
During this extension of the Movement Control Order, the government may
review and identify areas that may be classified as Red Zone (unsafe), Yellow
Zone (less secure) and Green Zone (secure) to facilitate the government to
implement the Movement Control Order more effectively in the country.
In the Red Zone, residents will be under curfew and all their food
needs will be borne by the local government until the infection is controlled
or no new infections occur. In the Red Zone, residents of the area are
prohibited from going out completely, and their movements should be monitored
to prevent spread to other nearby areas.
In the Yellow Zone, where there are also populations that are infected
but not as much as the Red Zone only one or two cases, they can be placed in
isolation or quarantine room at a nearby hospital. The residents of the area
can be placed in accordance with the current Movement Control Order. They are
not allowed out of the area and out of the house unless there is a need to buy
food items and such. They are still free to move to unlike in the Red Zone.
In the Green Zone, no cases of infection occur so residents can work as
usual but they are also prohibited from leaving their premises and going
elsewhere without permission from the authorities. Residents outside their area
are also prohibited from entering the Green Zone until the COVID-19 situation
is fully regulated throughout the country.
The health and safety of people living in the Green Zone must be taken
into account and don't let their Zone to become a Yellow Zone or Red Zone
because they are careless and do not care about their health and safety very
seriously in the safe zone.
Maybe the authorities can review the Movement Control Order, in
accordance with the zone, so that people in this country can still work as
usual in a safe condition. At least areas not affected by COVID-19 infection
can continue their lives as usual and help boost the country's economic growth
and help the population affected by COVID-19 infection by contributing to the
victims that are disconnected from the food supply.
This matter can be further discussed by the authorities with health
experts and security officials, and how we can address this problem in the
context of the country's economic crisis as a result of the COVID-19 infection.
In this way, they can at least prevent the outbreak from spreading and
Malaysians can continue their lives as usual and safely.
Let us give you the best idea to prevent COVID-19 infection from
spreading because if it is not controlled, the people and the country will be
severely affected. In addition to praying to God, we need to do something to
prevent COVID-19 infection from spreading and can be fully controlled and then
eradicated completely.
Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief
0 Comments Received
Post a Comment