Bantulah keluarga yang terputus
dari bekalan makanan
Wabak Coronavirus @ COVID-19 terus meningkat setiap hari dan Perintah
Kawalan Pergerakan juga telah melebihi satu minggu. Sesetengah keluarga
terjejas oleh ketidakupayaan untuk meninggalkan rumah untuk mencari rezeki dan
membeli bekalan makanan kerana kekurangan wang untuk membeli barangan runcit.
Kebanyakan keluarga yang bergantung kepada pendapatan perniagaan harian
mereka, dan mereka yang miskin dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap,
harus tinggal di rumah dan tidak dapat meninggalkan rumah kerana mereka tidak
mempunyai wang dan kenderaan untuk pergi ke kedai runcit beli barang dapur.
Kami telah menerima aduan mengenai isu ini, dan kami meminta
pihak-pihak yang berkaitan, terutamanya pihak kerajaan, badan amal, NGO dan
individu, untuk memberikan bantuan segera kepada keluarga yang terjejas oleh
Perintah Kawalan Pergerakan supaya mereka dapat memberi bekalan makanan kepada
keluarga yang terlibat. Kebanyakan keluarga ini tinggal di pinggir bandar dan
bahkan perniagaan kecil merasa sukar untuk keluar dari rumah untuk perniagaan.
Bantuan perlu diberikan terus kepada keluarga yang terlibat kerana
mereka sukar untuk meninggalkan rumah. Pembekalan barangan runcit mesti
diuruskan oleh pihak berkuasa supaya bekalan makanan sampai kepada kumpulan
sasaran tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik.
Dengan bantuan pihak berkuasa untuk memberikan bantuan ini, lebih mudah
bagi pihak yang berkenaan untuk menyampaikan bekalan makanan kepada keluarga
yang terlibat sebab pihak berkuasa mempunyai kemudahan untuk menjangkau mereka
yang terlibat.
Jika mangsa wabak COVID-19 bertambah setiap hari dan banyak kematian,
kemungkinan besar Pergerakan Perintah Kawalan akan dilanjutkan, semua pihak
perlu bekerjasama sepenuhnya dengan arahan kerajaan untuk mengelakkan wabak itu
daripada terus merebak.
Diharapkan, wabak Covid-19 boleh dikawal sepenuhnya dan kita semua
boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan selamat dari mana-mana penyakit.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
Help the family that
disconnected from the food supply
Coronavirus @ COVID-19 outbreaks continue to rise daily and the Movement
Control Order has been more than a week away. Some families are affected by the
inability to leave home to earn a living and buy food supplies due to a lack of
money to buy groceries.
Most families who depend on their daily business income and those who
are poor and do not have a regular source of income, should stay home and not
be able to leave home because they do not have the money and vehicles to go to
grocery stores to buy groceries.
We have received complaints on this issue, and we ask the relevant
parties, especially the government, charities, NGOs and individuals, to provide
immediate assistance to families affected by the Movement Control Order so that
they can provide a supply of food to the families involved. Many of these
families live in the suburbs and even small businesses find it difficult to get
out of the house for business.
Aid should be given directly to affected families as they are difficult
to leave home. The supply of groceries must be managed by the authorities so
that the food supply reaches the target group regardless of race, religion or
political affiliation.
With the help of the authorities to provide this assistance, it is
easier for the relevant authorities to deliver food supplies to families
affected because the authorities have the facilities to reach those affected.
If the victims of the COVID-19 outbreak increase daily and many deaths,
it is most likely that the Control Order movement will be extended, all parties
should cooperate fully with the government's instructions to prevent the
outbreak from spreading.
Hopefully, the epidemic Covid-19 can be fully controlled, and we all
can live a life as usual and safe from any disease.
0 Comments Received
Post a Comment