"PUTRAJAYA 24 Mei 2010 Hari ini Ann Fiona Philips dari Sarawak menjuarai gelaran Ratu Cantik 1Malaysia mengalahkan Rodiatul Adawiah Abd Latid and Aimi Zanura Mohd Zafrullah yang diadakan. Phillips akan mewakili Malaysia dalam Ratu Cantik World Pageant 2010 di Venezuela nanti. Ini adalah kejayaan agenda Barat terutamanya Amerika Syarikat untuk memporak-puradakan Islam. Sebelum ini Miss USA 2010 yang dimenangi rakyatnya yang berketurunan Arab Islam, Rima Fakih, 24 pembuka tirai menjadi wanita simbol dan bahan memperagakan untuk dipertontonkan seterusnya menjadi ikutan remaja Islam.
Satu masa lalu kita telah didedahkan dengan satu fatwa berkaitan hukum wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik. Fatwa ini telah dikeluarkan oleh Allahyarham Dato Haji Ishak Baharom, bekas mufti negeri Selangor iaitu sekitar tahun 1997 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Fatwa ini dikeluarkan ekoran sekitar tahun itu banyak pertandingan ratu cantik yang telah dijalankan dan apa yang menyedihkan dan memalukan apabila terdapat ramai juga wanita yang beragama Islam tidak terlepas dari menyertainya.
Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 "Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780).
Adakah dengan ‘pertabalan’ ratu cantik Islam ini akan membuka jalan atau peluang kepada remaja-remaja Islam lain untuk turut sama mengorak langkah menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik kelak? Cukup merisaukan andai perkara ini bisa mempengaruhi pemikiran anak muda zaman sekarang yang mana sememangnya buta dalam menilai halal haram sesuatu perkara.
Inilah kejayaan besar buat negara barat dan musuh-musuh Islam kerana kehalusan dan kelicikan perancangan mereka yang sukar dihidu yang pada akhirnya akan memusnahkan identiti masyarakat Islam itu sendiri. Kita selaku masyarakat Islam pada hari ini perlu sedar dan cakna akan serangan demi serangan yang telah barat halakan khasnya agar umat Islam sentiasa leka, lalai dan hancur mengikut apa yang telah mereka rancangkan.
Pihak yang berwajib juga haruslah memainkan peranan yang sepatutnya dalam memastikan isu umat Islam khususnya wanita Islam tidak lagi diperkotak katikkan dan dijaga maruah serta martabatnya dimata masyarakat lain. Kita tidak menghalang wanita untuk menyertai apa sahaja bentuk pertandingan, asalkan pertandingan itu tidak bertentangan dengan apa yang telah Islam gariskan. Begitu juga dengan isu pertandingan ratu cantik ini.
BN,UMNO,PBB Hina fatwa Ulama:Benarkan pertandingan Ratu Cantik di "Negara ISLAM 1Malaysia"
Search
Followers
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
May
(28)
- Ayuh Bangkit Bantah Kekejaman Yahudi dan Sekutunya...
- Kenyataan Media PAS Miri Isu Cadangan Datuk Bandar...
- Bahana Judi : Budak 19 tahun hilang RM 9 Juta
- Malaysia Muflis atau Kerajaan BN Gagal Tadbir Ekon...
- Implikasi persetujuan Najib - Lee bakal undang ben...
- PAS is Better than Umno -even far better than PBB
- BN,UMNO,PBB Hina fatwa Ulama:Benarkan pertandingan...
- Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri
- Makan Malam Dana Kebajikan PAS Miri Bersama Tuan H...
- DUN Nangka Bakal Beralih Kepada Pakatan, ADUN Jamb...
- Sarawak..A confident start, but bumpy ride lies ahead
- Pakatan/DAP Menang Kerusi Sibu
- Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik
- Pesan Tok Guru Undi DAP di Sibu
- Judi Bola.Mana Ulama UMNO/BN?
- UMNO,PBB /BN Pengkhianat Agama
- Kesepakatan PAS/DAP Goyahkan BN/SUPP
- Insiden Barisan NAZAK(BN)....SPR Larang Bendera PA...
- SUPP Dibidas Sebar Fitnah Pada PAS
- Dasar Pakatan Rakyat Pilihan Terbaik Untuk Rakyat ...
- Saingan tiga penjuru di Sibu
- 209 Pengundi Sibu Lebih 100 Tahun?
- PAS Selangor Turun Bantu Menangkan DAP
- Gelombang Kebangkitan Rakyat Bermula 2006
- Ayuh Kita Menangkan Pakatan Rakyat di Sibu
- Sarawak..Sifar Jurutera Perkapalan?
- Muktamar Lonjakkan Motivasi Pemuda PAS
- Nelayan Tuntut Janji BN
-
▼
May
(28)
Episode Sebuah Perjuangan
Local Previews:
National Previews:
Malaysiakini (Bahasa Melayu)
Error loading feed.
Malaysiakini (English)
Error loading feed.
Malaysiakini (Chinese)
Error loading feed.
0 Comments Received
Post a Comment